Assalamualaikum and hi :)
*THIS POST IS AN UPDATED VERSION*
*Me and my classmate during Biology Marine's annual dinner when we were first year.
Post ni actually an updated versions from the old post that
I wrote during my first year in UMT. Update in 2019. Sebab ramai yang
menyinggah untuk membaca so I want to give a proper update on this post since
saya pun semakin memahami kos Biologi Marin ini berbanding sewaktu saya baru
belajar dulu where I know nothing about this program, what is the benefit ? or
what is the function of this program. Now, In Shaa Allah I’ll try my best to
give a good explanations about Program Sarjana Muda Sains (Biologi Marin) ini.
Terlebih dulu saya ingin memohon maaf andai saya ada tersalah memberi info atau
ada tersilap atau tertukar info info sebab saya pun masih cuba memahami dan
masih belajar.
I started my degree life back then in 2016. Sebelum tu I
studied in Kolej Matrikulasi Pulau Pinang for about 10 months in 2015/2016.
Then I diterima masuk ke UMT under program Sarjana Muda Sains (Biologi Marin)
di bawah Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran (PPSMS). Program Biologi
Marin ni adalah program 3 tahun (6 semester) + Latihan Industri 3 bulan yang
akan dijalankan di luar semester. Latihan industri tu samalah dengan Praktikal
atau Internship.
Sekarang saya sudah selesai menduduki peperiksaan akhir
semester 6 (iaitu semester akhir saya di UMT) yang tamat pada 25 Jun 2019 yang
lalu. Saya di Pulau Pinang sekarang menjalani latihan industry/praktikal selama
3 bulan yang akan tamat pada 20 September 2019 dan In Shaa Allah jika diizikan
oleh-Nya saya dan rakan rakan batch 2016/2019 akan bergraduat pada November
2019 pada Konvokesyen UMT yang ke-17 nanti. Doakan kami satu batch berjaya
bergraduat bersama sama.
And here, let’s me introduce Biologi Marin more for you
guys. Biologi Marin adalah kos cabang dari kos Sains Samudera where in Marine
Biology we focus more on biological of the marine life. Apa yang ada dalam laut
tu In Shaa Allah akan dipelajari selama 3 tahun di UMT. Sebut jer, coral ?
mangrove ? ikan ? kuda laut ? ikan jerung ? pokok dalam air ? plankton ? Yes
semua tu kita belajar dalam kos ni. Kita ada belajar jugak basic Sains Samudera
which is more on physical contohnya macam mana pergerakan laut, macam mana
fenomena laut terbentuk and whatsoever. Kita akan belajar pasang surut air dan
apa yg terjadi dengan adanya fenomena pasang surut ni.
Kos Biologi Marin ni bukan sekadar pembelajaran melalui
teori tapi turut banyak aktiviti hands on supaya pelajar lebih cekap dengan
aktiviti praktikal. Ada subjek khas iaitu Kaedah Instrumentasi Akuatik yang
kita akan belajar di semester 1 yang mengajar kita cara cara handle alat alat
untuk lab. Pelajar Biologi Marin juga akan terlibat dengan aktiviti conserving
nature (menjaga alam) bersama badan badan bukan kerajaan (NGO) seperti WWF, dan
lain lain lagi. Banyak kelebihan kita dapat turut serta join program program
yang berunsurkan awareness kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga alam
sekitar untuk kesejahteraan sejagat. Kita akan turun padang sama sama join
program awareness yang dianjurkan NGO contoh seperti Beach Cleanup, penanaman
anak pokok bakau dan pelbagai lagi aktiviti lain. Pendek kata, Pelajar Biologi
Marin adalah duta kecil membawa kesedaran kepada masyarakat tentang alam
sekitar.
*memberi sedikit ilmu tentang bakau kepada pelajar sekolah rendah
*sewaktu kami sekelas menyertai aktiviti bird watching
Apa yang perlu pelajar ada dan bawa sebagai pelajar Biologi
Marin ? Mula mula sekali saya ingin tekankan, sila bawa lab coat ke UMT. Dulu
waktu saya first year dan baru mendaftar saya memang sangat zero knowledge dan
tak tahu nak bertanyakan pada siapa dan as a result, saya tinggal lab coat saya
dari matrik di rumah yang menyebabkan kesukaran untuk meminjam lab coat dari
pelajar lain atau lab assistant. So, make sure first thing first waktu packing
bag tu SILA MASUKKAN LAB COAT ANDA KE DALAM LUGGAGE ! Tak kisah lab coat dari
zaman matrikulasi/zaman asasi/zaman diploma atau zaman sekolah. Asalkan anda
ada lab coat yang elok untuk digunakan ketika lab session. Selain itu, di UMT
ada terdapat kolam renang di mana pelajar pelajar baru tahun satu Biologi Marin
akan belatih berenang sekali seminggu yang akan diajar oleh senior tahun 2 kos
Biologi Marin. Jadi untuk masuk ke dalam kawasan renang tu, kita perlu memakai
proper attire that’s mean swimming suit dengan goggle. Peraturan kolam renang
UMT memang kita kena pakai swimming suit yg elok barulah dibenarkan masuk. So,
make sure beli swimming suit berserta dengan goggle sekali tau. Next, Laptop
untuk buat assignment. Semestinya keperluan pelajar degree adalah laptop tak
kisahlah laptop jenis apa lama atau baru asalkan korang ada device tu untuk
bantu korang buat kerja. Pakaian biasa jer, smart and casual and also need
formal attire waktu presentation. Tentang pakaian saya rasa tak payah ulas
panjang sebab semua pun faham dan tahu. Kasut bertutup untuk masuk ke lab juga
perlu ada.
Di UMT atau sama jer dengan universiti lain kita ada system
satu semester bersamaan dengan 14 minggu tempoh pembelajaran dengan tambahan
minggu final exam. Kita akan ada satu minggu cuti mid sem dan ada cuti semester
selepas habis minggu final exam kita.
Buku rujukan? Nota kuliah? Kebiasaannya, lecturer setiap
subjek akan update dan bagi kita nota kuliah beliau dan korang hanya perlu download
di web E-Pembelajaran Oceania UMT. Nota tambahan biasanya kami meminjam buku
rujukan di library PSNZ UMT untuk assignment assignment yang memerlukan info
tambahan selain dari nota kuliah yang diberikan. Korang semua juga akan
berjinak jinak dengan journal/paper scientific untuk mendapatkan info.
Berenang ? Snorkelling ? Scuba diving ? Menjadi pelajar
Biologi Marin yang penting perlu ada dalam diri kita adalah tak takut pada air
dan sihat tubuh badan untuk menjalani kehidupan menjadi pelajar Biologi Marin
yang agak aktif. Tak pandai berenang tak apa sebab korang akan belajar nanti
bila masuk UMT. Snorkelling pun kalau tak pandai korang akan diajar juga. Scuba
diving adalah pilihan. Korang boleh untuk nak atau taknak ambik lesen scuba
diving. Itu pilihan masing masing. Perbezaan snorkelling dengan scuba diving ?
Snorkelling adalah korang terapung di atas air dengan memakai life jacket while
scuba diving korang akan menyelam di dalam air dengan bernafas menggunakan tank
oksigen serta memakai suit bcd untuk scuba diving. Faham kan konsep dia ?
Skill yang bagus jika pelajar Biologi Marin perlu ada adalah
skill observe bawah mikroskop. Tak pandai atau lupa jangan risau sebab korang
akan belajar di semester 1 nanti dalam subjek Botani Akuatik. Lain lain skill
untuk guna instrument lab pun korang akan belajar di UMT nanti jangan risau.
Jarak ke kolej kediaman dengan kompleks kuliah/pusat
pengajian sains marin dan sekitaran tidaklah terlalu jauh dan tidaklah terlalu
dekat so make sure bangun lah awal untuk ke kelas atau ke lab. Jalan biasanya
akan ditunjukkan oleh fasilitators sewaktu minggu orientasi nanti.
Waktu orientasi, focus dengan maklumat yang disampaikan oleh
yang berucap kerana maklumat tu sangat penting untuk kita sepanjang 3 tahun
kita akan duduk di UMT. Take note setiap perkataan dan info penting yang akan
diberitahu oleh pensyarah supaya korang tak keliru di kemudian hari. Waktu
mendaftar kita biasanya akan dapat 1 beg, 1 tshirt, 1 baju berkolar dan 1 baju
korporat UMT. Kad matrik jugak kita akan terus dapat pada hari pendaftaran.
Untuk pelajar pelajar baru, saya sarankan anda semua untuk
like facebook fanpage Diari Kampus
Biologi Marin UMT di mana banyak aktiviti yang dijalankan oleh pelajar
Biologi Marin ada update di fanpage tersebut. Admin fanpage tersebut terdiri
dari pensyarah pensyarah Biologi Marin dan beberapa pelajar yang dilantik
menjaga akaun fanpage tersebut. Make sure like tau ! Habis jer baca semua post
tentang Biologi Marin di blog saya ni then boleh terus pergi like fanpage tu
hehehe !
Saya rasa itu sahaja perkara perkara common yang
dapat saya kongsikan mengenai program Sarjana Muda Sains (Biologi Marin) ini.
Kalau ada soalan boleh drop soalan di bahagian komen di bawah atau di akaun
media sosial saya yang lain. Saya juga ada buat summary soalan soalan common
junior junior baru di post Biologi Marin part 2. Link ke post tersebut saya ada
kongsikan di bawah. Di post tu saya ada menjawab soalan soalan yang biasa saya
dapat dari pelajar pelajar baru yang akan mendaftar. Bacalah jika korang
berminat untuk tahu. Saya juga ada kongsikan beberapa aktiviti aktiviti
sepanjang menjadi pelajar Biologi Marin. Korang boleh check di next post saya
ada letak link untuk setiap post saya tentang Biologi Marin.
**** korang boleh jugak baca smbungan post ni di SINI****
*Updates 1 Mac 2018*
Gambar gambar kami sewaktu menjalani kajian kerja lapangan di Pulau Bidong bulan 8 2017 yg lalu.
Kerja lapangan ni merupakan subjek wajib untuk pelajar tahun 2 Biologi Marin.
p/s : ingt tauu nak baca next post tntg biologi marin boleh klik --> Part 2 Biologi Marin.
Akak..pointer kat matrik brpa?
ReplyDeleteAkak..pointer kat matrik brpa?
ReplyDeleteYeah. And then u got biostatistic for sem 2. Way to go man.
ReplyDeleteNama ig apa ya? Nak dm.
ReplyDeleteselalu saya on twitter jer, ada twitter tak ? twitter @ashadeerlight ,, klau ig @sha_deerlight tpi jrang sikit on.
Deletekak, ada tak pelajar yang masuk umt pointer bawah 3?
ReplyDeleteada tapi kwn saya tu dapat kos lelong
DeleteMacamana kos lelong tu? Cer citer sikit
Deletesalam, akak. cmne sye nk contact akk ye? sye ade soalan nk tnye psal bilogi marin ni.
ReplyDeleteada di next post akak tu akak letak mcmne nk contact akak. tngok dlm post ni saya ada letak link utk ke next post.
DeleteAkak, nak jadi marine biologist ni mesti ambil PhD tak? Apa requirement yang harus saya ambil?
ReplyDeletetak semestinya kena ambik phd. kalau phd ni awak akan dpt title dr dekat nama awk. ada website yg saya baca, https://www.landyourlife.com/marine-biologist/ ada bgtau more info on this. bacalah kalau berminat
DeleteAkak..cabang kerja klo amik kos ni cmne eh??
ReplyDeleteHello..Owner masih aktif..?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletehi kakak. saya aquatic biology student. saya sedang cari tempat intern. i need your guid. can you help me? and how can i contact you?
ReplyDeleteplease contact me at azwa_azmi@umt.edu.my atau 017-9599152 utk internship.
DeleteHi nak tanya. Do you have any idea kalau student from diploma computer science boleh ke apply untuk sambung degree marine biology?
ReplyDeletehi sis, dalam semua subjek sepanjang semester sis belajar ad ke subjek yg mmg core dia psal kira2/Math? Tq
ReplyDelete