*gambar sengaja bikin gempak sikit (bila lagi nk brgmbr pegang shark walaupun yg dh mati kan*
Mlm ni trgerak hati untuk mengupdate blog yg hmpir bersawang ni. Melarikan otak sekejap dri berfikir utk nk siapkan assignment NGO utk kelas marine verterbrate tu hmm..
Actually, baru tdi i got new dm from adik lepasan matrik yg nk tnye tntg biology marine, and i guess i should write new post about this utk mmbantu adik adik yg berminat dngn course yg tertera di atas ~~ Sbb mmg rmai yg email and dm dkat facebook twitter and ada jugak trsesat prgi dm dkat ig nk tanya psal course biology marine ni kan ? ahahahaha okay okaay, so meh lah akak coretkan soalan soalan common adik adik yg dh dm akak tuu.
Sblom ni mmg busy sngt tak smpt nk update blog, tu pun bnyk post post yg terbengkalai tak smpt nak siapkan dan semestinya takleh nk post lah. So sementelah rehat kejap dekat rumah ni, so aku dpt update lah.
Hrini aku just share soalan soalan serta pndapat yg common yg aku dpt bila adik adik tuu dm aku. Scroll ~~
Overall tntg course ni (Biology Marine)
Biology marine atau nickname dia bg plajar plajar umt adlh biom. Biom ni mrupakan anak kepada course major Sains Samudera (lecturer saya bgtau) msti korang pun prngh nmpk course sains samudera tu waktu nak isi upu kaan, tpi msti rmai lgi suka biom kaan ? kan ? hehehehe. Biom ni course yg bagus utk org org yg tak suka fizik mcm saya. why i said that ? sbb course ni mainly dia biology lah kaan. well, kita tetap akan belajar basic sains samudera which subjek dia adlh Pengenalan kepada Sains Samudera waktu di Sem 1 tpi sperti namanya, kita dak dak biom hanya akan blajar basic sahaja. basic basic pun ermm haru biru jugak result aku hritu utk subjek ni ahahaha. And so, utk korang lebih rasa gambaran biom ni korang boleh bukak facebook korang and search Diari Kampus Biologi Marin. like fanpage kami dan awk awk semua boleh scroll aktiviti aktiviti kami sbgai warga biology marine umt :)) Like tauu fanpage tuu klau awk awk smua minat nk apply course biology marine ni.
First time dngr tntg course ni
LOL statement ni pun aku prnh kluarkan dri mulut sndiri. first time kaaan dngr, tu pun satu course ni jer yg ada kaan ? Aku dlu pun apply course ni sbb ada biology dkat depan tuu haa. just because of that AHAHAH. Memang course ni tak rmai org tau. Org biasanya tau pun bila nak apply UPU lah kaan, ternampak course ni bila duk scroll scroll list course di upu kaan. Samalah dik non oii, aku pun macamtu lah hritu. Sbbtu aku buat first post hritu tntg course ni, senang bakal bakal junior nk tanya soalan klau ada pape yg musykil di hati. Sbb hritu pun aku mcm trcari cari jugak maklumat tntg course ni tpi maklumat yg ada sngt sedikit. And sbbtu jugaklah Dr Uzair wujudkan team utk fanpage Diari Kampus Biologi Marin tuu, memudahkan bakal bakal warga biologi marin untuk mengetahui dengan lebih mndalam tntg course ni. Sekali lgi, jngn lupa like fanpage Diari Kampus Biologi Marin :))
Nak apply course ni kena pandai berenang dlu ke ?
Ni pun sngtlah common question dri adik adik tuu...
Well,, percayalah korang tak perlu pndai berenang utk apply course ni, tpi klau korang dh ada kepakaran tuu itukan satu bonus buat korang. Tapi bagi yg tak pandai, jngn risau, korang akan diajar berenang bila korang dah pun join biology marine punya course.
Orang pakai spek mata (glasses) boleh apply tak ?
Kita nak belajar berenang dekat mana ? kena bayar tak ?
Buat yg belum tau, actually UMT ada fasiliti utk kolam renang. say yeayy. Fasiliti tuu sngt lengkap, ada track kolam mcm olimpik tuu and ada jugak kolam 8 metre dlm utk diving tuu kaan. so kita biasa akan blajar dkat kolam umt which is FREE and very near to our hostel. Biasanya akak and abg senior jer yg ajarkan. Mybe klau utk batch baru 2017/2018 mungkin abg and akak akak dri kelas aku yg akan ajar hahahaha, aku mmg tak ahh, kaki itik hmm xD HAHAHAH tpi korang kena prepare beli baju renang lahh. Biasanya ada jual dkat Paya Bunga Square di bandar kuala terengganu.
Course ni best tak ?
Bagi aku lah, mmg lah best kan. Kita kena menanam minat utk apa yg kita lakukan, and aku tak perlu memaksa utk meminati course ni. Bagi aku course ni sngt interesting dan bnyk benda baru yg kita boleh belajar. Kalau yg minat aktiviti luar tuu mmg disyorkan lah join course ni. Tapi berwaspada lah bg yg syangkan kulit putih korang tu, belilah topi,kain,mask utk melindungi kulit putih korang. Sbb course ni sngt bnyk mlibatkan aktiviti dkat luar kelas berpanas terik ditimpa angin bayu laut bla bla bla.
Kita memang kena sentuh haiwan ke ? Saya geli sikit dngn haiwan haiwan ni
HAHAHAH, kena sentuh ke hah. Kena lah kut, Kena bedah, Hritu budak kelas kami bedah jerung haaa, bedah ikan pari, bedah ikan tilapia. Pegang lintah,ketam bla bla bla yg telah diawet. Takde apa sngt pun, sbb benda dh diawet tpi geli tuu tetap ada cuma kita act biasa jer. Seronok tauu, kita boleh tngok mcm mcm jenis species haiwan yg mybe first time kita dngr dpn mata kita sndiri. Mana ada org dpt peluang mcmtu sesenang jer.
(ni Bull Shark tau, my group buat mini project utk subjek Marine Ecology about sighting of shark in Terengganu and we are suprise to encounter this fella although sad that this shark was end up in fish market instead of the water, the fisherman let us take a photo and measure it size and weight to include in our project data.)
Yuran ?
Yuran utk course ni mybe brpatutan kut berbanding course lain. Entahlah aku pun tak pasti sangat hahahah. Tapi yuran setiap sem utk course ni RM1927 (cmpur yuran asrama) tpi utk korang yg first year, first sem kena byr mahal sikit sbb kena byr utk yuran pndftaran.
duit ptptn cukup ke tak ?
Org yg ambik PTPTN senang sikit, sbb yuran akan trus tolak guna duit PTPTN, baki selebihnya mungkin ckup klau awak berjimat cermat. Biasalah itu sangat common kaaan. Siapa berjimat, ckuplah duit dia.
Rakan sekelas akak best tak ?
Bolehlah. Rakan rakan sekelas akak agak havoc dan bising hahaha, Hyperactive. Lagi lgi klau classmate lelaki. Diorang punya hyperactive tuu smpai tahap tak malu dh nk tonjolkan diri dkat dpn. And akak mmg bangga dpt sekelas dngn rmai kwn kwn yg otak kreatif. Kawan kawan sekelas agak mmg kreatif orgnya. Pensyarah kami pun ckp mcmtu. Klau bab presentation, klau budak kelas lain smpai dr kena sbut nama, klau budak kelas akak, dorang yg volunteer haa, berebut rebut nk buat presentation dluu. terkejut akak first time, mcm culture shock jugaklah mula mula tu. Tapi lama lama mcm dh biasa dah dengan perangai gila gila mereka.
Bawah ni gambar last dinner kami sebelum grad !
Peluang pekerjaan utk course ni ?
Macam macam dik oii, Boleh jdi pakar biologi, cikgu biologi, lecturer, boleh kerja di bawah NGO, boleh jdi scientist, marine biologist, aktivis utk marine organisms. and bnyk lagilah yg kita akan discover pluang pluang pkerjaan tu bila join course ni.
Contoh contoh subjek yang akan pelajar ambil untuk kos
Biologi Marin
- Here I attached skema program utk tatapan anda
semua. Boleh tengok apa yg student biologi marin/BIO-M belajar sepanjang 3
tahun iaitu bersamaan 6 semester di UMT.
Fakulti Biologi Marin besar atau kecik ?
-
Fakulti ni kita tak panggil fakulti biologi
marin, sbb biologi marin bukan fakulti hanya sebahagian dari kos dalam fakulti.
Dekat UMT, sepanjang tahun 2016 hingga saya habis belajar ni tahun 2019 fakulti
dipanggil Pusat Pengajian. Biologi Marin termasuk dalam Pusat Pengajian Sains
Marin dan Sekitaran atau nama singkatannya PPSMS. Dalam PPSMS ni ada lagi
beberapa kos lain iaitu, Program Sains Samudera, Program Kimia Analisis,
Program Biodiversiti and Biologi Marin sendiri. Tapi rasanya untuk sesi baru
2019/2020 ni UMT akan tukar nama Pusat Pengajian kepada Fakulti balik (saya tak
pasti tapi ada dengar desas desus dari lecturer sendiri) and dengar ceritanya
akan ada dua lagi tambahan kos iaitu kos Sains Biologi dan kos Sains Kimia yg
dulunya dari Pusat Pengajian Sains Asas, PPSA akan join masuk bawah fakulti
PPSMS sbb dengarnya PPSA akan dibubarkan. Tak pastilah sejauh mana kebenarannya
kita tengok nanti bukak sesi baru itu dalam bulan Ogos 2019 nanti mungkin.
Nanti bagitau lah saya betul atau tidak desas desus tu hahaha ! So PPSMS ni ada satu bangunan tinggi 6 tingkat yang menempatkan bilik bilik pensyarah dengan pejabat pengurusan serta bilik dekan PPSMS dan bersambung dengan sebuah bangunan makmal 3 tingkat. So biasanya kalau ada lab session yg berkaitan marin memang akan buat dekat lab di PPSMS. Subjek yg bukan marin biasanya lab di makmal berpusat.
(ni bahagian tgh of my big fakulti)
Assignment/Lab report/Lab work
- Okay saya cakap pasal assignment dulu. Assignment
banyak jugaklah tapi saya rasa untuk tahun pertama pengajian assignment tak
akan sebanyak lab report. Biasanya assignment dalam grouping akan lagi banyak
dari assignment individu. Biasanya setiap subjek, pelajar akan dibahagikan
kepada beberapa kumpulan. Tahun 1 ni biasanya lecturer sendiri yang akan
bahagikan kita. Masuk tahun 2/3 kemungkinan lecturer akan serahkan pada pelajar
sama ada nk tentukan kumpulan sendiri atau nak minta lecturer yang tentukan
kumpulan. Biasanya memang setiap subjek akan ada group so get ready to mingle
with your groupmate. Kalau pelajar biomarin ni lecturer lebih suka kalau
pelajar jadi kreatif so kreativit sangat penting dalam biomarin. Lecturer suka
bagi assignment yg boleh membuatkan pelajar berfikir luar kotak. Nak berbangga
jugak sebab ada lecturer yg puji batch kami sebab terlampau kreatif hahaha !
Kami pernah diberi assignment untuk baca paper dalam journal scientific tapi
terjemahkan paper tu dalam bentuk fun dan kreatif tanpa guna powerpoint/slide.
Dan hasilnya sangat wow ! Masing masing teruja nk berlawan antara satu sama
lain untuk dapat markah. Kreativiti tu saya sangat tabik lah dengan classmate
saya. Im very proud sebab since then, Lecturer lecturer meneruskan assignment
assignment kreatif macamtu pada junior junior. Ada dalam satu subjek iaitu
subjek Biological Oceanography tu kami kena present topic pembelajaran pada
kelas sendiri. Setiap topik dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan kami kena
buat slide dan wajib ada satu mascot untuk Nampak fun maka bersengkang matalah
kami satu kelas dekat library untuk buat mascot tu. Seronoknya bila ingat
balik.
- Lab report. LAB REPORT akan sangat banyak. Jadi
silalah bersedia untuk menghadap lab report sepanjang 3 tahun yer wahai junior
junior baru Biologi Marin sekalian :)) Kebiasaannya biologi marin adalah kos
yang banyak aktiviti lab jadi confirmlah lepas habis setiap lab akan kena
submit lab report yang biasanya dalam kumpulan dan masa diberi seminggu. Contoh
macam kalau korang ada lab Ahad, so Ahad minggu depan lah kena submit before
pukul 5 ptg. Tapi nak submit awal pun takpe, nak submit esoknya pun boleh !
Asalkan jangan hantar lab report lewat nanti kena deduct markah untuk carry mark
60% (tentang carry mark saya akan cerita dekat bawah nanti)
-
Lab Work. Kebiasaannya subjek wajib biologi
marin macam dalam skema program pengajian tu ada lab session masing masing. So
maknanya course ni memang padat dengan jadual lab session selain kuliah teori.
Lab ada yg berlangsung di dalam makmal dan ada juga dibuat di lapangan/field
contohnya di pesisir pantai atau dalam air, dekat dalam kawasan hutan paya
bakau dan banyak lagi. Kos ni memang kos yang kerjanya banyak di luar dan main
kotor kotor contohnya kalau masuk hutan paya bakau. Kalau yang jenis geli
dengan selut tu saya tak tahu lah tapi seronok tau trust me. Paling jauh lab
session kami ke Kuala Selangor. Waktu tu untuk subjek Marin Biodiversiti dan
kami diarahkan rekod video binatang and jadikan binatang as our main subject
dalam video. Video tu tak kisah ikut kreativiti korang asalkan ada info penting
tntg binatang yg korang pilih tu. Group saya pilih spesies Lutong haritu,
dahlah seronok betul kejar Lutong tu ramai ramai satu group dekat Kuala
Selangor lepastu bila buat video, video kena puji pulak siap dpt markah tinggi
lagi untuk assignment tu.
- Ada juga lab work yang 24 jam contohnya untuk
subjek Paya Bakau where satu kelas kena buat monitoring terhadap kualiti air di
area paya bakau. Yeah I mean 24 hours straight dari 8 malam hingga ke 8 malam
esoknya. Satu group diberi satu station. Ya Allah memang pengalaman yang takkan
dapat dilupakan. Tidur ramai ramai dalam lab siap ada bawak khemah dengan
sleeping bag lepastu lupakan sekejap peraturan lab, semua pakai selipar, bawak
masuk makanan dalam lab malam malam. Ya Allah rindu betul time tu. Ada yg shift
12 malam sampai 4 pagi tu haa tidur atas jalan ramai ramai satu group. Ada lab
work yang kita kena monitor fasa telur ikan sampai telur tu menetas selama 24
jam. Yang ni pun seronok sebab kita rasa macam jaga anak sendiri, bila dh
menetas dapat pulak tengok denyutan jantung ikan yg baru menetas tu Subhanallah
seronok sungguh. Yang ni pun memang aktiviti satu kelas and pakat berkampung
dalam lab selama 24 jam bergilir gilir observe fasa telur bawah mikroskop. Okay
seronok tak ? Yang lain saya malas cerita korang lalui sendiri lah nanti bila
dh join kos Biologi Marin ni.
Carry Mark !
-
Ini sangat penting untuk semua faham dan tahu. Dekat
UMT guna system Carry Mark 60% Final 40%. Ingat percentage tu sebab university
lain guna percentage lain. Apa carry mark ni ? Carry mark ni adalah markah yang
korang kutip sepanjang satu semester tu before korang duduk untuk final exam.
Markah datang dari mana ? Attendance, Lab report, Assignment, Presentation,
Test, Online Quiz, Peer Evaluation (markah dari kawan kawan satu group). Semua
carry mark ni akan keluar kemungkinan minggu ke-14 dalam semester dan paling
lewat pun before hari exam. Lecturer wajib keluarkan carry mark so student
boleh ready untuk final. Kalau lecturer tak keluarkan carry mark dalam minggu
ke-14, korang kena Tanya lecturer tu bila dia akan bg carry mark. Sebab memang
ada kes untuk carry mark ni so korang kena berhati hati. Lepas dapat carry mark
ni korang still boleh jumpa lecturer tu kalau korang rasa tak puas hati dengan
carry mark korang atau rasa carry mark korang rendah sangat ke boleh lah pergi
pensyarah yang mengajar. Biasanya pelajar ni carry mark dorang harap dapat 40%
ke atas sebab tu markas lulus so kiranya dah gerenti lulus kalau dpt carry mark
40% ke atas. Kira usaha sikit lagi untuk final exam nk dpr gred A atau B. Kalau
korang tak faham skrg pun takpe nanti korang lalui sendiri confirm terus faham.
Rasanya macam dah takde dah soalan lain yang saya dapat.
Biasanya junior junior yang baru masuk atau bakal masuk belajar tanya soalan
macam tu lah dekat dm saya di twitter dengan di instagram. Ada jugak yg siap
tulis email dekat saya so saya just summarise kan soalan common yang orang
selalu tanya. Kalau ada lagi soalan lain yg ditanya banyak kali saya akan
update lagi dekat sini dari semasa ke semasa tapi bear in mind that info dari
saya ini adalah sewaktu saya belajar dari tahun 2016/2019. Kalau tak sama
sistemnya tu kemungkinan pihak pengurusan ada tukar system baru untuk pelajar
pelajar baru masuk tapi kebiasaannya sama sahaja. Wallahualam.
*And tambahan saje saje, kalau ada yang nak follow my
instagram mohon dm saya dulu bgtau sebab saya tak akan approve orang yang saya
tak kenal. Taknak follow pun boleh jer, saya tak kisah sebab tau korang nak
tanya soalan jer biasanya so korang boleh terus dm jer sebab i open my dm to
everyone.
Ig : @ashashahira_
email : ashaashahira@gmail.com
Facebook : Asha Shahira :))
p/s : ada jugak yang tanya kenapa blog saya asyik hujan hahahaha ! saya suka sangat kalau cuaca hujan sebenarnya so saya saje letak effect hujan rintik rintik dekat blog ni.
p/s : ada jugak yang tanya kenapa blog saya asyik hujan hahahaha ! saya suka sangat kalau cuaca hujan sebenarnya so saya saje letak effect hujan rintik rintik dekat blog ni.
Dekat bawah ni, saya share sedikit gmbr gmbr budak budak biology marine first year utk batch 2016/2017 :)) Kami dah nak final exam, doakan kami :))
ni gmbr waktu join aktiviti penanaman bakau bwh WWF
Last kelas microbiology waktu sem 1
Orientasi course waktu sem 1
Gambar yg join gmbr kelas terbaik, tapi tak menang sbb last last minute ada kelas lain compete dri segi like. Tapi bg aku gmbr kami lagi awesome kaann
gambar ni waktu kami menang dpt juara fakulti terbaik :))
p/s : aku ada update post tentang kenangan pelajar biomarin join kerja lapangan di Pulau Bidong. kalau korang nak baca pengalaman kami boleh klik --> Kerja lapangan di Pulau Bidong
*update 17 April 2019
I already got my diving license so if you would like to read about my experience you can ---> CLICK HERE !
Enjoyy reading :))
Salam kak, sye drpd student unisel kos diploma aquaculture...
ReplyDeleteTakat ni sye baru hbis sem 2...for the future sye ingt nk sambung degree kat umt kos biology marine sbb sye rasa bidang ni je lah yg sye bleh catchup lgi sbb common kos ni mestilah bio en sbb sye nk kurangkan kejenuhan nk hadap especially add math math fizik time spm err hmm kimia pon msih relevant lah utk catchup lgi wlaupun sipi2 je tpi bio alhamdulillah sye senang dgn subjek ni lgi plak kos ni berkerja n interaksi dgn haiwan especially ikan mmng sye terpesona drpd kecik lgi mmng merecik arh tambah plak kos ni bwh 10k en x Perlu utk pinjam ptptn yeah jimat disitu...akak rasa klo sye dpt maintain 3 pointer atas n muet dlm band 2 or 3 Masih cerah lgi ke utk join kos ni...sye ni kureng sikit dlm bahasa inggeris ni sbb time spm kimia n bio fully bm sye belajar time diploma skrng ni pon mcm si put sedut x bleh sedut rasenye especially kene present dlm bi hahaha...
sorry awk bru perasan comment sbb bru skrg ada masa nk bukak blog sbb tgh cuti sem. well yeah In shaa Allah klau ada rezeki awak dalam bidang biologimarin ni adalah jalan tu kan. english jgn risau majoriti semu biasa biasa jer english. try ad error jer broken english bla bla bla waktu present no worries asalkan notes pnting wktu present dpt disampaikan dngn baik.
DeleteAssalamuaikum akak..klau org ade astma boleh amik ke course ni?
ReplyDeleteIn Shaa Allah boleh.
DeleteSalam kak.saye lpasn matriks dn tertrik dngan kos ni ehhe..boleh tak sharekan subjek2 dlam kos ni
ReplyDeletehai waalaikumussalam. subjek banyak jugak. saya share yg common ye, tahun 1 belajar basic tentang laut dan binatang yg trdapat di laut, then tahun 2 masuk details mcm contoh macam Bakau, Coral, Biodiversity, Biological Oceanography, and more ~~ and tahun 3 (tahun akhir) biasanya banyak belajar tentang undang undang laut, dan assesment alam sekitar.
Deletesatu soalan je nk tanya :-) Bahaya x job ni?
ReplyDeleteBahaya atau tak itu subjektif. Mana mana tempat/job akan bahaya kalau kita tak hati hati. Tapi its more like keseronokan utk teroka alam kalau dpt job daripada bidang ni. Sebab alam sekitar kan sngt relate dgn kehidupan seharian kita.
DeleteAssalamualaikum. Saya nak tanya, apa beza course bio marine tu dgn sains marin?
ReplyDeleteBio marin more on biological/ psal haiwan dan organisma dalam laut while sains marin more to physical laut takde sngt yg brkaitan binatang. more tu mcmana pembentukan pantai, ukur ukur paras laut mostly bnyk fizik and math lah utk sains marin ni.
DeleteKalau Ambil diploma Akuakultur, boleh sambung bachelor degree dlm marine biology ke?
ReplyDeleteIn Shaa Allah boleh. Cubalah apply
Deleteassalamualaikum akak kalau saya tak belajar bio dekat matrik boleh ker ambil course ni?
ReplyDeleteAda jugaklah classmate yg dari modul 2 (fizik) yg tersesat masuk biomarin. Cubalah apply kalai berminat sebab kita tak tau rezeki dekat mana kan.
DeleteOoo okey kak.. Thank youu..
DeleteHai kak asha
ReplyDeleteHai :)
DeleteAssalamualaikum kak. Saya amik course bio marin nii.. Saya nak tahu.. Nanti masa intern,kita boleh intern kat mana?
ReplyDeleteintern ni benda paling akhir utk student biom fikir sbb intern ni lepas habis final semester 6 (final year). nanti lecturer mmg akan bg list tmpt tmpt intern wktu briefing tntg intern semester 6 nnti
Deleterindunyaaa biom ❤❤❤
ReplyDeletesronoknya tgok..best dpt masuk laut kan..akak pun ade dive juga dulu..btw jika ade adik2 nak tau pasal program lain mcm pend.awal kanak kanak..or logistik..bole wsp sis 011-16930576-ade program dgn UPSI ..
ReplyDeleteassalammualaikum kak ..kalau saya belajar di matriks kejuruteraan which is x belajar biologi boleh amik x course ni?
ReplyDeleterasa mcm tak boleh jer dik sbb takde basic biologi. akak tak pasti jugak tpi ada classmate akak hritu matrik ambil modul 2 fizikal yg takde bio tpi dpt masuk jugak so mmg akak tak pasti. Wallahualam.
ReplyDeleteAssalam kak saya student spm tahun nii.sajelaa saya nak tgk pasal biologi marin ni sbb saya mmg minat course ni.then saya nak sambung belajar di matrikulasi.semasa matrikulasi saya kena ambil sains hayat laa yee kalau nak amik pasal biologi marin ni?then lps matriks nnt mcm mne nak apply utk amik course ni..hehe maaf yee akk
ReplyDeleteAmbik modul yg ada subjek biologi. Lepas matriks apply jer kos ni guna upu mcm biasa.
DeleteKos ni perlu iv ke?
ReplyDeleteTakde iv dik.
Deletesalam kak, nak tanya, lepas spm nak kena amik course apa dulu sebelum nak sambung ke degree untuk marine biology ni? kena amik asasi atau matrik dulu kan? waktu akak dulu amik programme apa ye? tq :-)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deletewslm, saya jawabkan ya, lepas spm boleh ambil asasi sains atau matrik (ambil modul ada biology) then apply course ni bila nk sambung degree nanti :')
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAkak sambung belajar ke LPS habis course ni? sambung dekat mana?thank you
ReplyDelete