Monday, October 31, 2016

My Daydreaming ~

Dalam keboosanan membaca article tntg eukaryotic and prokaryotic smbil mata mnjeling ke arah tv, ibu skrg tgh tngok drama Suri Hati Mr. Pilot ~~ tetiba gatal nk taip entri. hmmm. gatal sngt pdahal summary blue planet pun belum siap.

Image result for day dreaming
*klau daydreaming a.k.a brangan muka tak sah kalau tak senyum kan ?

Manusia mne jer yang xprnh berangan kan ? eiyelah benda ni xperlu masuk sekolah tak perlu diajar tak prlu blajar smpai hbis degree bru nk reti berangan. budak kecik pun reti berangan kan. kita klau dah berangan confirm tak fikir lah benda benda negatif. Kita usually daydreaming ni mmg fikir benda yang akan buat kita rasa seronok, fikir benda benda yg happy semestinya. 

Aku pun suka daydreaming gak, waktu sorang sorang haa makin bnyk lah berangan. Cuma dkat UMT skrg ni susah sikit nk berangan. busy weiii. Dlu wktu cuti bnyklah jugak aku berangan. Meanwhile aku pun mmg kaki berimaginasi nii. 

Daydreaming ni actually mcm kita punya impian utk future kita, apa yg kita tgh idamkan and something same like that. Aku ada list impian aku yg aku letakkan dlm checklist supaya aku boleh achieve kesemuanya mudah mudahan. In Shaa Allah. 

Malam malam ni, aku sajer sajer nk berkongsi tntg sedikit impian aku bersama pembaca blog ni. HAHAHHA, actually aku prhatikan aku punya blog stats dah meningkat, setiap hari, ada jer pelawat di blog ni jdi aku mcm bermotivasi utk update supaya org yg rajin bukak blog aku tu dpt santapan matanya ;D maaflah klau tuan empunya blog ni kadang kadang jer update. Kadang kadang aku takde masa kerana busy, kadang kadang aku busy layan drama korea xD kadang kadang aku tak ada idea best nk menaip. so inilah aku yg kadang kadang jer update blog. 

Okay back to our topic ~

Antara list impian aku utk aku realisasikan dlm hidup aku (iyelah manusia yg hidup pastinya ada impian enn) aku bg antara jer, impian impian yg sesuai utk dikongsi. semestinya impian yg lahir dari jiwa...

My own Book Cafe 

nii mmg btul btul day dreaming nii haaa, berangan nak ada kafe sndiri. BERANGAN betul mekchaa ni haaa *klau piqa baca msti dia ckp mcmtuu. Well tu mmg impian aku, mungkin aku dh teraddict dngn korea punya style yg bnyk sngt kafe dkat negara dorang aku pun rasa nk memilik sebuah xD Tpi impian tu hadir kerana aku suka membaking. Bukan pandai membaking cuma aku suka. MINAT ! aritu nk buat red velvet tpi jdi maroon cupcake sbb trlebih letak serbuk koko. hahahahahha kaan aku dh kata aku minat tpi xterer sngt sbb bukan ambik kelas baking pun. So, aku mcm trfikir klaulah aku ada kafe sendiri and dpt baking kek/cupcake utk dijual, then buat sikit menu utk western food mcm Spagetti Bolognese ke apa ke, lpstu variety kan jenis minuman tak terhad pada coffee jer. Sbb aku xsuka pun coffe xleh telan pun tpi boleh variety kan kepada air buah, smoothies, hot choc whatsoever kann. Kenapa Book cafe ? BOOK ! satu lagi benda yg aku minat. BUKU. Aku tringin klau aku dpt kumpulkan beratus ribu jenis bku dan letakkan dekat kafe. Customer yg dtg boleh baca buku tu secara percuma sebagai servis dan aku akan dpt pahala hehehehe. tpi koleksi buku aku belum pun cecah angka ribu. Aku dh berangan kalaulah nnti aku ada kerja, dan dapat genggam duit sndiri, aku akan gunakan suku dri duit aku utk beli novel/buku setiap bulan. Dari aku form 3 aku trfikir nk buat mcmtu bila dh kerja nnti. skrg ibu jarang belikan novel utk aku sbb bnyk lgi duit prlu digunakan utk benda lebih pnting. tpi nanti if In Shaa Allah aku dpt kerja tetap, aku nk kumpul koleksi bku. Back to my book kafe, seronoknya dpt memilik kafe sndiri, kita dpt decorate kafe based on our own taste. SERONOKNYA !!!

KOREA TRIP !

Ini actually rancangan berdua, aku dengan mekyaa. Dari form 4 berangan tntg benda ni. Mekyaa pun selalu sebut, kalaulah nanti kitorang dh kerja, kitorang akan plan satu trip ke negara yg mmg kami idam-idamkan utk pergi bersama. well sama sama minat KOREA kan, tak kira lagu drama movie kshow whatsoever, penyanyi,style,budaya semua kami suka. Makanan korea yg dijual di malaysia pun kami berdua dh try brsama sama. Aku teringin untuk pergi bercuti dngn mekya ke sana. Dan kitorang plan utk ke concert xD concert sekali seumur hidup kata mekyaa. Lpstu kitorang nk g melawat tmpt tmpt cntik yg kitorang prnh tngok dlm drama drama korea sebelumni. AHH bestnyaaa. 

MEET SYAFIQAH JAMALUDDIN AGAIN !

ini adlh impian yg prlu dicapai dlm masa trdekat In Shaa Allah. kerana mndpt universiti yg berbeza, kami trpisah. persahabatan yg trjalin ketika di matriks bagaikan begitu kukuh trjalin sehingga sekarang. Smpai skrg aku rasa sunyi klau sehari tak brwhatsapp dngn piqa. Apa yg trjadi pada hari itu aku akan ceritakan dkat dia. Kadang kadang kami on call mcm org gila. Aku klau on call dngn piqa mmg kena keluar ckp dkat tangga. Kami sngt bising bila brsama namun tetap bising bila on the phone. Aku ckp dkat piqa walaupun skrg aku dngn dia jauh, tpi tak tahu kenapa aku rasa dekat dngn dia. Iyelah, bnyk hal kami kongsi brsama walaupun jauh. klau aku ada masalah aku bgtau dia and same goes to her, aku rasa dekat sngt dngn dia. sbbtu harapan aku agar aku dpt berjumpa dngn dia. spend time dngn dia. aku rasa msti seronok nanti. Sbb skrg pun kami sedang berkongsi satu rahsia bersama. Aku simpan rahsia dia, dia sipan rahsia aku. kalau berjumpa tak tau lah apa yg kami akan buat. rasanya tergelakkan antara satu sama lain. Waktu aku menaip ni pun aku tgh tersengih mmbayangkan gilanyaa situasi kalau kami berjumpa nanti. mahu bantai gelak 24 jam tak berhenti, Ya Allah, izinkan aku bertemu sahabatku itu. AMEEN :D

hmmm, rasanyaa tak mengarut sngt kaaan aku punya impian, tpi sbenarnya ada jugak benda yg mengarut tpi aku taknak lah share dkat sini. malu lah kitee xD okaay, aku nk smbung balik buat kerja, kang habis cuti seminggu, kerja tak gerak gerak. hmm. heheheh

Saturday, October 29, 2016

Hoorayy ! Cuti Mid-Sem :D

Hai againnn, nii proper entry hehehe. Sebelum tuu nk wish Happy Deepavali to everyone who celebrate it and also to everyone who can have a holiday because of this celebration :D

Harini Sabtu, 29/10/2016. Merupakan hari kedua aku di rumah utk cuti mid-sem ni. Aku brtolak dri dpn bus stop UMT naik bas Perdana jam 8 malam dn smpai lebih kurang dlm pkul 11 mlm. Lpstuu mengaduu lapar then papa bwk g makan dluu. makan supper lah katakan ~

Cuti mid-sem aku nii adlh selama seminggu SAHAJA ! 5/11/2106 aku dh trpksa kemas brng angkut beg balik naik bas perdana gak dri Pengkalan Chepa. hukhuk seeeedihhh. Aku mmg cuba nk memanfaatkan sepenuhnya cuti ini dngn rehat dan juga buat kerja sesikit. Tapi skrg aku belum sentuh lgi assignment microb dngn summary utk blue planet screening. Smlm nk jugak buka video titas di e-learn tpi xleh bukak. Fedup -,-

Mlm ni ingt nk pasang movei The Purge dkat tv tpi xleh lah sbb ibu nk tngok telemovie Kari Sanjana tuu. Deepavali enn harini ~~ tpi seronok gak lah telemovie tuuuu.

Aku seronok gilaa dpt cutii tauu takk. Dari seminggu sebelum cuti lgi aku dh beria nk balik. Kenapa ? kerana teruknyaa minggu last tuu. penuh ngan keserabutan dan kesengsaraan sebagai student. Aku sngt letih dan mengantuk gilaa. sbbnyer nk cover bnyk chapter utk test sblom cuti mid-sem tuu haaa. Hari Isnin ada test Botany and also Selasa Test lab botany, Rabu pulak test KIA haaa. test botany 5 bab haa, test KIA 8 bab. mmg mlm mlm aku tido dlm kul 10 bngun kul 2.30 pgi sbb nk kasi melekat nii haa ilmu dlm kepala otak. Mengantuk pun hader haa, tpi aku cover tido petang sbb bnyk kelas batal minggu tuu. Aku xnk lah tidoo waktu exam mcm aku sellau buat time matrik. tidoo sekejap wktu tgh exam. bengongg enn. dah nk buat mcmne, nk cover tido pun xleh sbb kelas pack gila smpai pkul 5 haaa.

Lpstu nk siapkan herbarium lgi. Identification of Seaweed tuuu. Selalu keluar bilik g Limbong nk siapkan benda alah tuu dngn grupmate ~ tpi mmg kenangan lah ! sama-sama bersengkang mata smpai 1 lebih dkat kafe.

Malam Rabu tu last test KIA, esoknyaa tuu kelas etnik dah batal, kelas titas petang jer ada, tpi aku ada shooting utk short drama subjek etnik so kena bngun awal gak. mmg letihlah. tpi bak kata ibu, itulah lumrah kehidupan pelajar. nanti bila dh kerja konfirm rindu. ehh ?

Haa sbbtu lah aku begituu menunggu nunggu cuti mid sem ni. Bnyk keperluan peribadi dah hbis dan dh nk g shopping, nk balik rumah mkn sedap sedap tpi free xD nk kacau adik adik dkat rumah, nk tngok drama. nk membaking. Kebetulan bufday adik aku yg kedua bongsu tuu jatuh hri Selasa ni 1/11/2016 :D nk baking bufday kek.

and bnyk lgi lah benda nk buat spnjang cutii nii. And xsbr jugak actually nk blik cuti sbbnyer hanya satu nk naik RV Discovery muhehehe. xsbr nk tnggu Selasa ^^

Okaay rasanyaa smpai di sini celoteh aku nii. Klau ada trfikir cerita best lgi akan ku upload lgi :D

#Bye :))


Alahai sweetnyaaa ~

Hai, hihihi, mlm kedua di rumah utk cuti mid sem ~

Semalam kalut sikit nk siapkan disscusion lab report KIA so aku xsempat nk update blog nii... Hrini sesajer scroll insta then trnmpk post actor Amar Baharin. yeahh my best malay actor ececece ~~

Aku dh blik Kelate bru dia nk dtg ganu haaa. sedih btul ! kalau tak dh heret saper saper ikut aku g stadium kuala terengganu tuu haaa !!!! ajak Nad ke, ajak Suan cie cie ke hahahahhaha.


then aku jumpa gak post trbaru Amar, gmbr Amyra di Dubai shooting for Isteri Tuan Ihsan, aku pun dh excited xsbr nk tngok #SerojaIrdina menggila dpn tv. WAHHH msti Amar rindu tunang dia tuu yerkk. 


bapakkk ahh sweet pickupline. then aku scroll komen sbb nk cri klau klau myra ada komen enn. then aku jumpaa gak hahahahahah


hai lahh, maaflah aku mengarut sikit memalam nii. seronok sngt tngok dorang. aku kan mmg diorang punya loyal fans sejak dlu lgi. duk berdoa agar dorang dua ni btul btul bercinta dan akhirnya nanti khahwin. Well masa dorang announce tarikh kawin tuu mmg aku sengih mcm kerang busuk. tumpang bahagia utk #AmyrAmar :D 

#HopeAmyrAmarHappyTillJannah
#11/11/2016 




Wednesday, October 12, 2016

nineteen years ago...

hai, assalamualaikum, salam sejahtera. ALHAMDULILLAH, atas segala nimatnya :))

i'm turn nineteen :))


harini 12 Oktober 2016. yang sentiasa merupakan tarikh bermakna dlm hidupku, permulaan kehidupan seorang insan hamba milik Allah di dunia. Yes, today is my birthday. Im officially 19 ! hehehe, kini mnymbut hari lahir di bumi pesisir air, Terengganu Darul Iman demi meneruskan cita cita yg tinggi utk mnjadi seorang biologist yg brjaya In Shaa Allah...

Dri mlm semalam, bnyk notti yg masuk mngucapkan selamat hari lahir kepadaku. terima kasih rakan rakan ! Sampai, rakankuu Khairul Anwar (makwa) yg sekarang tgh training utk mnjadi anggota polis trut wish bufday akuu. trharu sbb dia bukan selalu dpt online. hujung minggu jer. Rakan rakan sekelas sewaktu di bangku sekolah pastinya merupakan org yg akan selalu mnjadi group first yg akan wish bufday akuu. iyelah, dlu dlm kelas aku jer lah satu satunya insan yg lahir di bulan permulaan musim hujan ni. Well yeah, skrg negeri pantai timur sudah mula musim tengkujuh. Selalu sahaja hujan dan training renangku sentiasa cancel gara gara hujan. apapun, hujan yg trun tetap rahmat dri-Nya.

Aku menulis entri ni dengan mnyelit waktu senggang, waktu bosan sekejap shaja gara gara trpksa mghafal 5 bab subjek science marine sbb mlm esok ada test ! nervous lak, mcm test microb hrituu.

Harini agak pack sudah pasti kerana lab BOTAK (botany akuatik) yg mnyesakkan minda dan akal ituu. mmg lab hrini aku focus gila nk siapkan drawing algae semua tuu dan labelling serta nama scientific dia. mmg kejang jari jemari ini dengan kesejukan aircond dlm lab MBP tuu. berulang alik dari satu lab ke satu lab untuk mncari specimen yg tercatat pda kertas. soo tired. 4 jam masa dihabiskan dlm lab. pkul 1 sharp berlari lari utk hntr drawing. mmg dhsyat ahh kekalutan tdi.

Hmm, well, wishes dri shabat baikku agak lewat semuanya hari ini, hahahaha dh biasa, kenal sngt dngn kwn kwn akuu tuu. Klau xsilap, Asmaa yg first wish dlm pkul 12 lebih smlm. lajuu diaaa ! lpstu dlm grup 5 Amanah then personal personal people, and then skrg yg last buat masa ni adlh wish dri Syafiqah Jamaluddin hahahaha. dia mmglah, aku mmg dh kenal diaa dh. xkan ingt info lain except dia punya birthday jer. byangkan ah first kenal dia, dia lupa no phone dia. hehehehhe. takpe, i tak kesah, xambik hati hehehe. okaay kat bwh ni i nk share dedication dri kwn kwn yg sngt disayangi.



dedication kejam dri Adni Halianie adnan busuuuk yg selalu sakit. skrg tgh kena suspect denggi pulak. hahahaha.



dedication sweet muwit dri Syafiqah Jamaluddin yg jauh di Serdang.



dedication dri shabat yg sentiasa xprnh lupakan aku, Nur Hidayah Ismail


dan ini, dari si kecik Alianatasha Bt Nik Saipul Bahri

my BFF from matrik and also from school ~

thankyouu atas dedication itu wahai sahabat yg sentiasa diingati. 

I'll ALWAYS LOVE YOU ALL FOREVER !



#kenanganrindunkmati with Syafiqah di Penang.




kenangan bersama Mekya,Dayah and Deni di TTA :))

Hidupku terasa bahagia kerana saat ini wlaupun semuanya jauh di mata, namun kasih antara kami semua tetap dekat di hati. Aku bahagia di kelilingi sahabat sahabat yg setia brsahabat through bad or good day. ALHAMDULILLAH !

To ibu,
I LOVE YOU, thanks for giving birth to this crazy daughter. I'm sorry if during this life if i ever hurt your feeling. Altough i'm rarely saying this to you, but I'LL ALWAYS LOVE MY LOVELY MOTHER ! insan yg setiap tahun tak prnh lupa utk wishh bufdayku, tepat pada waktu kelahiranku. dlm pkul 6 lebih ptg ~~ tdi blur kejap since ibu ws "kaklong ibu dah jln masuk labour room" pkul 4 lebih tdi. then bru tringat yg signifikasi ibu nk bgtau itulah yg trjadi 19 tahun yg lalu di mana merupakan kelahiran pertama buat ibu dan papa. Aku bangga menjadi anak kalian berdua. 

To papa,
Walaupun jrang mnunjukkan kasih sayang tpi, aku tauu betapa papa syang dkat akuu. hahahaha apa shaja prmintaan ku (yg tak mengarut okaay) pasti akan ditunaikan. papa pun wish tdi dkat dkat pkul 6 ptg. hehehehe. org yg snggup nk hntr aku balik ganu bila setiap kali aku blik rumaaah. org yg selalu hulurkan duit belanja since skrg aku still brgntung kepada biasiswa PAMA hahahahaha.

aku rasa itu sahaja entri aku mlm ini, i got 2 chapter more to cover. esok sempat lgi since kelas hnya smpai kul 10 pgi. yeyeyeye ! 

p/s : nnti free sikit nk review K2. hehehe, wei 14th ada orientasi course. jngn sruh aku naik pntas weii. aku rela jdi pmbntu utk prop. hahahaha !


Saturday, October 1, 2016

October, Ohsem !

Image result for hello october

Hai kalian :D Salam 1 Oktober ! Pejam celik pejam celik kita dh hmpir ke pghujung tahun 2016. Esok juga merupakan hari baru bagi tahun baru dalam Islam. Skrg kita dh berada di bulan Oktober. Bulan perit bgi student PT3 yg bakal menduduki exam PT3 10/10 ini kaan. hehe, sbb aku pun ada adik yg exam PT3 tahun neyy. bru tdi g beli brg brg nk masuk exam. 

October will always be my precious month. Dlm bulan ini aku dilahirkan ~~ maka, pada bulan ini, cukuplah aku 19 tahun hidup di dunia. Bulan yg aku hrapkan bakal ada manisnya dan akan tiada pahitnya. Tahun ni, tahun 2016, aku melaluinya dngn penuh suka duka perit jerih. Ada tangisan yang aku titiskan dan ada gelak ketawa yang aku luahkan. Namun dlm 12 bulan yg ada dlm setahun, aku amat mgharapkan bulan kelahiranku akan menjadi bulan paling bermkna setiap tahun. Aku berdoa agar bulan Oktober 2016 ini akan menjadi bulan yang dapat mencipta memori indah dalam hidupku. Sementelah skrg ini aku sudah bergelar seorang mahasiswi di Universiti Malaysia Terengganu. Menjadi seorang mahasiswi ini telahpun menjadi kebanggaanku. Betapa bahagia bergelar seorang mahasiswi meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi...

Harini, 1 Oktober 2016, aku dan ibu keluar berdua. Dalam kereta asyik berbual dngn kehidupan aku di universiti. Tidak dinafikan hubunganku dengan ibu sangat akrab, penuh gelak ketawa. Ketika aku memberitahu ibu, bahawa aku ingin pulang ke rumah, ibu lah yg pling excited. Seronok melihat ibu begitu bahagia menyambut kepulanganku. Seronok melihat ibu berbangga dengan anak sulungnya ini. Kami berdua keluar berjalan jalan tdi sambil mencari barang keperluanku yang akan pulang ke universiti esok hari. Ibu menghadiahkan aku sepasang sneaker baharu untukku sempena hari jadi yang bakal tiba. iye lah kerana pada tarikh hari lahirku, aku tidak dapat pulang ke rumah. 

Tiba- tiba teringat akan hari lahirku sebelum ini, di mana ketika rakanku yg masih mengingati mngucapkan happy bufday sejurus selepas pkul 12 tghmlm, ibu tidak akan wish aku happy birthday, selagi jam di dinding belum menunjukkan waktu 6.45 ptg. Waktu aku benar benar lahir ke dunia 19 tahun yang lalu. Sweet kan ibuu. 

Maka, aku kini mghrapkan yg terbaik untuk bulan Oktober ini. Aku mengharapkan nasibku yg baik pada bulan ini. Aku mengharapkan aku adapt dengan kehidupan sebagai mahasiswi. Mengharapkan rakan rakan baru menerima aku seadanya, Mengharapkan rakan rakan lama mengingatiku selalu ;))

Aku rasa itu sahaja entry pendekku pada permulaan hari bulan Oktober 2016 serta di hari terakhir tahun 1437 Hijrah. Maka esok adalah permulaan hari bagi tahun 1438 Hijrah, 1 Muharram 1438 H bersamaan 2 Oktober 2016. 

p/s : esok dh nk kena balik ~~ rasa mcm xpuas 2 hari setengah berada di rumah. Bnyk lab report menungguku tanpa lelah. Seronok juga kerana menjumpai labcoat zaman matrik dlu. Tak prlu dah meminjam dri Anis. Bila aku jumpa labcoat aku tdi, aku seronok sbb labcoat aku putih bersih dan wangi. Wahh seronok dan bangga dngn labcoat sndiri. Okay bye :D