Hai kalian :D Salam 1 Oktober ! Pejam celik pejam celik kita dh hmpir ke pghujung tahun 2016. Esok juga merupakan hari baru bagi tahun baru dalam Islam. Skrg kita dh berada di bulan Oktober. Bulan perit bgi student PT3 yg bakal menduduki exam PT3 10/10 ini kaan. hehe, sbb aku pun ada adik yg exam PT3 tahun neyy. bru tdi g beli brg brg nk masuk exam.
October will always be my precious month. Dlm bulan ini aku dilahirkan ~~ maka, pada bulan ini, cukuplah aku 19 tahun hidup di dunia. Bulan yg aku hrapkan bakal ada manisnya dan akan tiada pahitnya. Tahun ni, tahun 2016, aku melaluinya dngn penuh suka duka perit jerih. Ada tangisan yang aku titiskan dan ada gelak ketawa yang aku luahkan. Namun dlm 12 bulan yg ada dlm setahun, aku amat mgharapkan bulan kelahiranku akan menjadi bulan paling bermkna setiap tahun. Aku berdoa agar bulan Oktober 2016 ini akan menjadi bulan yang dapat mencipta memori indah dalam hidupku. Sementelah skrg ini aku sudah bergelar seorang mahasiswi di Universiti Malaysia Terengganu. Menjadi seorang mahasiswi ini telahpun menjadi kebanggaanku. Betapa bahagia bergelar seorang mahasiswi meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi...
Harini, 1 Oktober 2016, aku dan ibu keluar berdua. Dalam kereta asyik berbual dngn kehidupan aku di universiti. Tidak dinafikan hubunganku dengan ibu sangat akrab, penuh gelak ketawa. Ketika aku memberitahu ibu, bahawa aku ingin pulang ke rumah, ibu lah yg pling excited. Seronok melihat ibu begitu bahagia menyambut kepulanganku. Seronok melihat ibu berbangga dengan anak sulungnya ini. Kami berdua keluar berjalan jalan tdi sambil mencari barang keperluanku yang akan pulang ke universiti esok hari. Ibu menghadiahkan aku sepasang sneaker baharu untukku sempena hari jadi yang bakal tiba. iye lah kerana pada tarikh hari lahirku, aku tidak dapat pulang ke rumah.
Tiba- tiba teringat akan hari lahirku sebelum ini, di mana ketika rakanku yg masih mengingati mngucapkan happy bufday sejurus selepas pkul 12 tghmlm, ibu tidak akan wish aku happy birthday, selagi jam di dinding belum menunjukkan waktu 6.45 ptg. Waktu aku benar benar lahir ke dunia 19 tahun yang lalu. Sweet kan ibuu.
Maka, aku kini mghrapkan yg terbaik untuk bulan Oktober ini. Aku mengharapkan nasibku yg baik pada bulan ini. Aku mengharapkan aku adapt dengan kehidupan sebagai mahasiswi. Mengharapkan rakan rakan baru menerima aku seadanya, Mengharapkan rakan rakan lama mengingatiku selalu ;))
Aku rasa itu sahaja entry pendekku pada permulaan hari bulan Oktober 2016 serta di hari terakhir tahun 1437 Hijrah. Maka esok adalah permulaan hari bagi tahun 1438 Hijrah, 1 Muharram 1438 H bersamaan 2 Oktober 2016.
p/s : esok dh nk kena balik ~~ rasa mcm xpuas 2 hari setengah berada di rumah. Bnyk lab report menungguku tanpa lelah. Seronok juga kerana menjumpai labcoat zaman matrik dlu. Tak prlu dah meminjam dri Anis. Bila aku jumpa labcoat aku tdi, aku seronok sbb labcoat aku putih bersih dan wangi. Wahh seronok dan bangga dngn labcoat sndiri. Okay bye :D
No comments:
Post a Comment
You may leave a comment here :))