Assalamualaikum and Hai :))
Harini, aku update panjang sikit dari kebiasaan kerana artikel kali ini contain pengalaman dan kenangan aku di Pulau Bidong selama 4 hari pada tahun lepas.
Aku baru teringat yang aku tak pernah cerita lagi tentang pengalaman join kajian kerja lapangan di Pulah Bidong. Haritu ada tulis dkat word jer tpi file tu hilang so let me taip balik lah. It was my first time pergi pulau seumur hidupku. Meh join sis throwback sikit memory tahun lepas.
Tak ingt dah tarikh rasanya 20 Ogos 2017, iye setahun telah berlalu. Waktu tu kami cuti sem lps tamat semester 2. Subjek Kerja Lapangan ni merupakan subjek wajib utk pelajar tahun 2 so kita kena lah prgi buat kajian dlu dkat pulau.
4 hari kami di UMT, dua hari rabu dan khamis kami menjalani latihan water confident di kolam UMT dan membuat prsediaan barang barang makmal utk dibawa ke pulau. Jumaat dan Sabtu adalah hari berehat before prgi Pulau.
Hari Ahad pagi kami bertolak naik bot doscovery umt utk ke Pulau. tak silap rasanya 10 buah bot discovery digunakan utk membawa pelajar biomarin tahun 2 2017/2018 brsama para lecturer, staf makmal, volunteer, tukang masak serta barang barang berat.
prjalanan dari jeti Pulau Duyung ke Pulau Bidong rasanya dlm 2 jam setengah. mabuk ke tak ? aku mmg seorang yg mudah pening dan suka muntah, tapi mmg tahan gila taknak muntah so aku tidur di spanjang prjalanan. 30 minit before nk sampai tu baru aku bukak mata dan menikmati prmandangan di tengah laut. kami dlm 79 org student biom second year sesi 2017/2018 ni telah dibahagikan kepada 4 kumpulan besar. satu kumpulan 20 org.
Aku berada dlm kumpulan 1. Kami telah ada jadual utk aktiviti spanjang 4 hari di Pulau Bidong. so sbb aku kumpulan 1 confirm lah aku akan cerita tentang jadual kumpulan 1.
sampai di pulau, kami kena bergabung tenaga angkut barang dari bot ke darat. ni kenangan sangat beratur tepi pantai pass pass barang dkat org sebelah. penginapan diasingkan laki prempuan semestinya kaan dan diasingkan ikut kumpulan mcm kumpulan aktiviti. so korang mmg tidur dgn member grup korang jer. untuk mengeratkan uhwah rasanya so takde lah gaduh gaduh waktu nak buat kerja kaan.
Lecturer lecturer selalu bimbang dan momokkan kami tentang ketiadaan air di pulau bidong tapi alhamdulillah waktu kami pergi tuu takde langsung masalah air, semua dpt mandi dan gosok gigi dengan tenang dan selesa.
So aktiviti first kumpulan aku adalah physical parameter dan biological. maknanya kami kena naik BOT lagiiii ! kumoulan 1 dibahagikan lagi kpd 2 grup kecil consist of 10 members each. aku di grup 1a kami kena ambik parameter air laut sperti suhu, arus, kekeruhan air and banyak lagi lah. kami jugak kena ambik sample air laut di dua station yg telah ditetapkan. manakalabot satu lgi conduct biological activity which kena collect plankton, dan bethos (marine life yg hidup di dasar laut) di laut.
Kami naik bot tu dlm pkul 3 guys. it so hot and omg tgh perut ada isi lps makan tghari tdi. and guess what arus air laut pun terumbang ambing aduhh tringat gila saat malapateka bg aku, muntah teruk di atas bot. oh no, aku still dpt tahan tak muntah atas bot, aku muntah di dlm laut hahahaha, takpe kasi plankton nutrient tambahan di laut berkat makan tghari before tu.
Mmg otak bercelaru tak dapat lngsung nk fokus buat kerja. paling worse bila bot dah berhenti makanya bot trumbang ambing dan aku pening gilaaa, tahap nk pengsan. sis is kennot with this kind of situation, rasa brsalah pun ada pda teammates sbb tak dpt membantu sngt wktu buat kerja ats bot tu. pdahal dorang pun ada pening jugak. hmm cedihhh. tu lah aktiviti pling truk bagi aku di Bidong ni. so sbb rasa brsalah tuu, sampai jer di darat dlm pkul 5, lps mandi dan solat tak makan terus prgi start buat analysis utk chlorophyl test. sampai ke maghrib buat then teammates yg lain sruh g makan dlu. dorang gnti kerja, but aku rasa brsalah so makan cpt cpt dan dtg balik smbung buat. dlm pkul 9 tu before lecturer panggil briefing team physical parameter dh pun siap simpan brg dhh 😍 sronok gila dpt siap awal dan dpt tolong team biological sorting marine animal yg dpt collect ptg tdi. oh and kumpulan lain iaitu kump 2,3 dan 4 pun trut buat kerja masing masing ikut jadual. ada grup yg buat microb, and mcm mcm lgilah lupa dh apa dorang buat sbb bukan kumpulan aku 😂
Pkul 9 mlm kami ada briefing, briefing ke hah org panggil? ia mcam ahh conclusion utk hari first. lecturer akan tanya setiap grup apa dorang buat hritu, apa yg prlu ditambah baik, apa yg bagus dorang dpt hritu. dan nasihat atau tips utk next kumpulan yg akan buat aktiviti sama pada keesokan harinya. lps diskusi tu kami semua smbung buat kerja smpai 12 mlm.
tgh sorting benthos
ni waktu aktiviti microb
ni waktu sesi bercerita apa yg jadi haritu yg pkul 9 tuu.
esoknya hari kedua klau xsilap kumpulan 1 buat aktiviti sehari suntuk di pantai vietnam. pantai di dlm kwasan pulau bidong jugak cuma dari tmpt pnginapan kami kena naik bot utk ke sana. pagi kami buat aktiviti sediment collection dan apa tah nama aktiviti tu lupa, mcm ukur dan lukis graf pantai. i forgot dah apa namanya. Aktiviti ni okaay jer takde masalah sngt cuma kami kena ukur low tide pada wktu pagi,so confirm lah air tgh pasang wktu tu dan memang budak laki dlm grup kami kena menyelam utk ukur low tide (air surut) nasib baik ada sorang tu bawak gogle dan camera yg boleh bwk masuk air. smpai ke tghari kami buat kerja smpai rasa trbakar kulit nii haa.
tghari tu kami balik ke tmpt pnginapan utk solat, brsihkan diri dan makan tghari. pkul 3,kami naik bot kembali utk ke pantai vietnam utk aktiviti microplastic dan water confident. best laah weii masuk laut. kebahagiaankuuu. dlm pkul 6 ptg kami start trus aktiviti bird watching smpai ke magrib. Penat Ya Allah usah dikata. kami adlh grup last yg smpai ke tmpt pnginapan. mlm tu kami sorting sample air dan buat aktiviti microb. dan mcm biasa ada diskusi utk tau apa jdi hri tu.
aktiviti bird watching
esoknyaaa hari ketiga ! hari yg ditunggu tunggu !
Ya Allah kebahagian sngtt hari ketiga ni. Kami buat aktiviti snorkelling dan manta tow ! mmg sronok sngt sbb kami dpt buat aktiviti berat dlu mcm physical parameter activity di hari first. snorkelling ni kami kena tngok jenis coral dlm laut dan catat ikut jenis korang kena buat PIT atau Quadrat. aku mls nk terang tpi aku buat quadrat utk aktiviti ni. aku no problem bab masuk air walaupun pagi tu kedalaman laut adalah 3 meter sbb air pasang. biasanya hanya 2 meter jer yg pernah masuk iaitu di kolam umt tu. walaupun aku pendek 1.5 plus plus meter sahaja ketinggian tpi no hal lah sbb aku pro HAAHAAHAA kakiku yg pendek ini still berguna dlm air ecehh 😂 kami buat aktiviti ni brpsangan actually tpi sebab air pasang partner aku tak berapa confident lgi lgi dgn arus deras pagi tu. so volunteer yg jaga kami dlm laut wktu tu teman aku ke tgh laut nk cri kawasan quadrat aku since partner aku tak dpt nk move ke dpn. siap aku punya quadrat aku trlupa nk ambik skate board partner aku weii bapak penat kena berenang ke tepi balik utk ambik slate board dri dia. kesian dia tak dpt gerak weii. takpe aku xrasa susah pun nk tolong since result ni aku jugak nak guna nnti. members grup kenalah saling tolong menolong kan. so aku pun selesaikan jugak quadrat partner aku. takde lah susah mana since aku catit jenis coral dan growth form tu dkat slate board aku so aku dpt siapkan kerja dgn cpt. ahli grup lain rmai lagi tak siap so volunteer tu ckp pusing pusing lah dlu enjoy view dlm laut. im so happy oh my god that is heaven ! lawaa yg amat dgn ikan ikan berenang, nmpk obor obor lagi waduhh kebahagian ! bila dh penat barulah aku berenang ke darat. terus baring tak hingat dah dekat tepi pantai dgn member grup satu. lpstu selfie lah ramai ramai.
yg board kecil putih tu namanya slate board. tmpt utk catat data dlm air so data tak hilang.
lab assistant akan tolong belikan slate board ni utk semua, kita just kena bayar jer laah.
slate board ni mmg disekalikan dgn pensel yg trikat dan tali getah yg senang kita nak sangkut dkat life jacket kita ataupun di pergelangan tangan.
so takde lah slate board ni jatuh ke dasar laut waktu kita buat kerja. karang jadi marine debris haaa !
aduh panjangnyaa cerita, penat dh tpi nak cerita lagi sbb next activity lagi BEST 😍 MANTA TOW ! ni adalah aktiviti dimana korang kena pegang pada board yg diikat dgn tali brsambung dngn bot dan bot akan tarik kau sekeliling laut utk korang tgk pmndangan dlm laut. at first before prgi bidong, aku takde confident lansung nak try aktiviti, oh lupa nk cerita aktiviti tak wajib pun just suka suka, klau korang berani korang boleh lah nk join. kalau korang takna korang boleh jer duduk rest dkat tmpt pnginapan. so before sampai di pukau bidong aku tak yakin dgn diri sndiri. aku fikie negatif gila, klau trlepas board mcmne, klau tali ptus mcmne, klau tetiba kaki cramp takleh brenang mcmne. hahahahaha mcm mcm benda negatif aku fikir.
tpi sbb tdi sronok gila buat snorkelling aku xfikir pnjang trus on nk join aktiviti manta tow di pantai vietnam. seriously aku rasa xmenyesal pun join aktiviti tu smpai rasa nk buat dua kali weii lawaa gilaaa dlm laut Ya Allah aku speechless wktu tow tuu. So kami pecah dua grup sbb kumpulan 1 rmai yg brani so 5 org jer yg taknak buat manta tow ni. half members kena tnggu dlu dkat jeti while half lagi buat manta tow dlu. aku trmasuk half ygbuat dlu. aku takut jugak sbenarnya so xbrani nk buat dlu so aku tnggu lah yg lain trun dlu. aktiviti ni buat gilir sorang sorang. first person, diyana buat dlu wktu dia buat tu bot tarik dia di dlm laut aku rasa mabuk nk muntah sbb aku rasa bot bawak slow gilaa. start dh episod mabuk aku aduhh aku mmg takleh naik bot tapi aku okaay dlm air. so before aku muntah pelangi aku volunteer jdi org yg kedua. ya, aku trun dlm air sbb aku rasa nk muntah ! then lps turn aku tu aku mintak dgn lecturer nk g snorkelling area jeti pulau vietnam tmpt yg other half lgi tgh tnggi sbb aku mmg takleh dah weh duduk atas bot mmg mabuk nak muntah.
ni gmbr dari pakcik google jer sbb aku xjumpa gambar aktiviti manta tow dlm gallery laptop aku.
gmbr tuu mmg betul gmbr aktiviti manta tow.
so siap buat manta tow tu, aku dpt g snorkelling area jeti pantai vietnam smbil tnggu ahli kumpulan 1 yg lain slesaikan manta tow, sronok yg ampun lawaa gilaaa marine life dkat kwasan tu lagi lawa dari kwasan aku snorkelling pagi tdi. dkat pntai vietnam ni mybe sbb ada jeti so kawasan dia gelap sikit and aku nmpk marine life dkat situ tend to be more colourful, ikan dan coral berwarna warni dkat bawah jeti dan ada yg melilit dkat tiang jeti. Indahnya ciptaan tuhan.
mmg hari ketiga tu paling bes bagi aku so sbbtu part ni paling panjang hahahaha,aku excited plus rindu wktu cerita benda ni.
tuu aku lah tuu yg tgh buat up love tuu hahahaha
nmpak tak ke-excited-an akuu di situu
sbenarnya takde lah confident sngt brenang klau takde life jacket tu. boleh jer sbenarnya nk brenang sbb dh try skejap cuma tak brape confident bila kaki tak jejak tanah. so dgn bantuan life jacket tu kita akan rasa lebih confident utk brenang situ sini hahahhaa. so org yg tak reti brenang pun tak payah risau sbb kita ada life jacket, korang cuma jangan takut air jer. rugi nanti.
ni gmbr member member grup 1 yg dah siap aktiviti manta tow dan tgh snorkelling bebas di pantai vietnam. ada volunteer tgh jaga dan perhatikan kami dari atas so kami mintak tolong ambikkan gmbr hahahaaha
Petang tu ada aktiviti trawling. semua kumpulan dari kump 1 smpai 4 trlibat pda wtu yg sama. oh cuma prlu hntr wakil sahaja dua org. setiap kumpulan kena hnte wakil 2 org utk naik bot. aku mmg tak lah kaan no way nak naik bot. confirm bot wktu trawling akan sangat slow yg ampunn dan mnybabkan mabuk yg luar biasa so i choose to rest. ptg tu duk baring baring dlm hammock smbil ambik angin pantai. pkul 5, lecturer panggil yg mne yg takde kerja brkumpul utk gotong royong. esokkan dah nak balik so kena lah pastikan kawasan panginapan ni bersih mcm sewaktu first day hritu.
ni ptg lps team trawling balik.
tgh sorting hasil dapatan waktu trawling.
ni tgh buat preserve sample dari hasil trawling utk bawak balik UMT
ni waktu lecturer lecturer tgh excited jumpa parasit dlm ikan yg dapat sewaktu trawling.
dan ini adalah gambar swaktu gotong royong.
Malam last tu heaven sikit bergurau senda tak ingt dunia, smbil selesaikan kerja yg belum siap dan key in data dalam laptop dari hasil setiap aktiviti yg telah dijalankan sepanjang 3 hari di sini.
si jack ni try pakai kain pelikat
Macam aku ckp tadi, malam last ni agak relaks sebab dah tak banyak kerja dah, boleh bergurau senda, nyanyi ramai ramai, buat lawak, gossip, and apa apa lah hahahaha !
Esok paginya, kami berkemas dan bertolak balik ke UMT.
Wei sampai UMT kami bukan dpt rest tau, kena terus makmal utk smbung buat aktiviti analysis chlorophyl.
Before naik bot utk bertolak balik tu confirmlah kami bergambar kenangan dulu di Pulau Bidong, saje taknak post dlu gmbr nk post last sekali before aku publish post ni. Aku rasa bertuah dapat jadi antara yg join kerja lapangan ni. Walaupun penat, hitam legam sun burn, serta mabuk tapi pengalaman 4 hari di Pulau Bidong memang takkan dilupakan. Kerana subjek kerja lapangan ini lah kami pelajar tahun 2 biologi marin sesi 2017/2018 menjadi sangat akrab sbb banyak susah payah yang kami lalui bersama.
Walaupun begitu, subjek kerja lapangan ni tak berakhir di pulau jer, kami kena buat analaysis data di lab sepanjang satu semester iaitu semester 3 menggunakan sample yang kami bawak balik dari Pulau Bidong. Kami memang dah pun selamat presentation utk kerja lapangan dan dah pun siap hantar lab report yg setebal novel cinta kaki novel tu dekat pensyarah.
tengah berdebar tunggu giliran nak kena present
tengah kena tembak dekat dpn ni hahahahaha
takuttt
tu gmbr done present. aku presentator yg kedua.
berdebar walaweii
ni gmbr done hantar report ni sem 3 yang lalu. tebal woo report ni !
Okaay rasanya itu sahaja ceritera panjang saya kali ini. Done throwback dan kami skrg pun danh bakal menjadi pelajar tahun akhir Biologi Marin ! Doakan kami semoga selamat menjadi dua lagi sem sebelum bergraduat. Dan dgn disertakan gambar gambar terakhir before kami tinggalkan Pulau Bidong tahun lepas.
ramai dah legam termasuklah lecturer. Ayaa jer yg maintain cerah flawless hahahah
Oh not to forget, classmate saya dlm gmbr ni semua bakal jadi student tahun akhir biologi marin bulan 9 ni ^^
Sama-samalah kita fight lagi dua semester untuk menjadi pelajar brgraduat bawah course Ijazah Sarjana Muda Biologi Marin dgn jayanya !
Ni pensyarah pensyarah yg join kami sewaktu di Pulau Bidong
p/s : semua gambar tu credit tu all my classmate yg share di fb, twitter dan juga group whatsapp. Thankyou for all the memories in Pulau Bidong, rakan rakan.
Gonna read about my experience at Pulau Perhentian for my open water diving license ? Come and read by --->
CLICK HERE !
*Update 21 July 2019
Hey, ive been reading my old post and wanna attached my newest post about my last semester ! Feel free to read my post on
Tamat semester akhir !
Goodbye,,