Assalamualaikum and hi !
*gambar lepas habis last paper
Syukur ke hadrat-Nya kerana dengan izin-Nya akhirnya aku dapat menulis post tentang aku dah tamat semester 6 ! HAHAHAH Aku di rumah sekarang ni before aku gerak pergi Pulau Pinang Jumaat pagi utk start latihan industri aku di Jabatan Laut Wilayah Utara.
Aku officially tamat last paper semalam dan tamat semester 6 ! Habis paper tak kisah dah susah ke serabut ke soalan last paper tu yang penting dan habis. Kami satu kelas berpakat untuk ambik gambar ramai ramai depan DSM before semua balik. Makanya jom tengok gambar kami !
Basically almost everyone lah ada dalam gambar ni since ni gambar selepas habis exam.
Lefamilia Biology Marine batch 16/19
Gegadis BIOM
Jejaka BIOM
Seronok sebab semua bersatu hati untuk bergambar. Walaupun ramai yang keluar awal waktu jawab exam tu tapi dorang still tunggu semua habis jawab and tak terus balik macam biasa. Seronok bila tengok chinese guy dua org yg keluar awal and i thought dorang tak stay utk bergambar tapi dorang ada jugak tunggu and nampaklah kesepakatan kami satu kelas. Will miss them, my lovely classmate !
3 tahun duduk bersama dorang berpenat lelah berseronok bersama. Kerja lapangan yang membawa kepada keakraban kami satu kelas since kami banyak habiskan masa bersama di pulau dan di lab untuk siapkan kajian kerja lapangan. And waktu final year walaupun kami dah jarang dapat satu kelas since semua sibuk dengan final year project masing masing tapi bila bertemu balik, bila ada kelas bersama tu memang riuh lah bersembang bagai. Kalau bab membawa nama BioM memang kami semua bersatu hati satu kelas.
Kami dah last lah jumpa before internship start. Tapi kami akan jumpa balik bulan Oktober ni sebab BIOM akan ada program graduate employability di UMT. Excited sbenarnya untuk program ni sebab aku akan ke Pulau Bidong sekali lagi selama 5 hari for diving !!! Harapnya dapat visit underwater museum di Bidong nanti. Dapat stay asrama UMT for free In Shaa Allah dalam bulan 10 tu. Masa tu junior junior baru dah masuk sem 1 kan, good luck untuk anda semua !
Lepas tamat semester akhir ni, aku balik rumah dulu kejap for two days before gerak ke Penang jumaat pagi then Isnin dah start internship. I will start my new journey in Penang. Wish me luck there since this latihan industri jumlah kreditnya 6 ! Banyak sangat tu ! and this subject lah kemungkinannya menentukan graduate ke tak. Ya Allah risau jugak ! Semoga aku dapat bergraduat bulan November nanti bersama rakan rakan seperjuangan !
p/s : nanti bila aku dah settle down dekat penang tu aku buatlah post tentang kehidupan aku berlatihan industri/intership di Penang !
Dengan itu saya sudahi dengan terima kasih !
No comments:
Post a Comment
You may leave a comment here :))