Haritu aku pernah cerita kalau dah settle down dekat Penang ni aku nak buat post baru tapi itulah kemalasan bermaharajalela dalam diri membuatkan aku menangguh post baru. Aku taip post ni dalam minggu ke-7 aku berlatihan industri di Jabatan Laut Wilayah Utara ni. tapi tu pun aku tak pasti bila aku nak post benda ni. Maybe lepas habis intern nanti aku post lah. Aku taip jer dlu risau lupa atau nnti dah smpai rumah dah habis intern aku jdi malas dah nak buat semua benda
*gambar curi google
So, gambar di atas merupakan pejabat tempat aku intern untuk 3 bulan. Pejabat ni terletak berdekatan Tesco Tengku Kudin (senang cerita) dan berdekatan Jambatan Pulau Pinang. Tempat ni bukan pilihan first lah semestinya tapi lepas dah stress sangat haritu tak tahu nak intern dekat mana (aku ada tulis dlm post aku yg lepas yg aku sngt stress nak cari tempat intern lagi and nak kena uruskan hal hal fyp lagi) so aku bukak jer slide ppt yang lecturer briefing tu dan cari tempat tempat intern yg senior senior sebelum ni pernah intern melalui slide trsebut. I found this and apply and after 1 week i got a called from the office inform me to send the approval form to them. And here me now in Penang.
Dekat JLWU ni aku banyak buat kerja office daripada kerja di lapangan. Banyak kerja key in data, buat report and many more kerja kerja pengurusan. Dua kali aku ke lapangan adalah untuk tengok alat bantuan pelayaran di atas bot di mana kami pelajar pelajar intern dibawa menaiki bot ke Pulau Rimau. Selain itu kami juga diajak mengikut pegawai membuat inspection terhadap feri di Jeti Sultan Abdul Halim Pulau Pinang. Yang masa buat inspection tu penat tapi mmg dpt pengalaman baru lah.
Dekat JLWU ni aku tak intern berseorangan, ada dua lagi pelajar intern perempuan dari UMT dan seorang lagi dari Politeknik Balik Pulau. Ada seorang lagi pelajar intern lelaki dari Kolej Ranaco tapi aku tak ambik kisah sangat.
Overall kerja dekat sini okay jer, kekadang ada banyak kerja, kekadang bosan mereput. Staff sangat baik dan friendly. Kekadang tu kalau aku bosan sangat aku siap tanya tak ada kerja ke nak bagi. Sebab iyerlah nak kena tulis buku log tu satu hal. Kalau takde kerja, nak goreng apa dalam logbook tu. Satu hal staff dalam office ni suka buat makan makan, so selalulah dapat rezeki makanan free. Sedap sedap pulak tu. So selalu kenyanglah sehari hahaha.
Update 23/8
Harini Jumaat, Last day of week 8 ! Yuhuu another 4 weeks to go and then i can balik rumah and finish everything. Tak sabar. and actually aku nak bercerita tntg hari evaluation aku utk intern ni. Minggu lepas eh kalau xsilap, haah minggu lepas lah kan 16/8 Jumaat aku telah dilawat (hahahaha dilawat lah sangat) oleh supervisor aku dari UMT. ye macam biasa lah nak buat evaluation kan 7 minggu aku dekat Penang ni aku buat apa. Dr tu datang minggu raya AidilAdha tu. Dia ws seminggu sebelum tu klau xsilap yg dia akan dtg Penang untuk melawat anak anak murid dia ni. Kami bawah dia ada 6 orang. Dua orang di Zoo Negara Teluk Bahang, 2 orang di Fakulti Biologi USM, sorang di Jabatan Perikanan sebelah pejabat aku, and sorang lagi aku lah. supervisor aku tu chinese, the hot bachelor Dr di PPSMS ops lupa skrg UMT dah tukar nama fakulti to FOSME (Faculti of Science and Marine Environment). Dr James nama diberi. Aku sebenarnya kan cuak dgn Dr tu. Tak tahu lah kenapa tapi memang aku selalu mengelak dari beliau. Sebab maybe beliau ada aura yang seram. Waktu FYP dlu aku teringin nak buat tajuk coral sebab aku dri sem 4 lagi berminat nak dgn coral ni tapi aku fikir balik ler sbb Dr yg buat coral, beliau dgn Dr Jenny jer jadi aku cam erm takpelah. hahahahha punyalah penakut. Beliau bukan tak mengajar kami. Beliau start ajar kami waktu sem 2 tu dia bg taklimat pasal Kerja lapangan tu, then seterusnya, sem 3 ajar kerja lapangan, sem 4 ajar subjek coral, sem 5 ajar subjek KPSM dgn subjek Marine Biod kut and sem 6 rasanya takde ajar subjek mana mana (cuma jumpa waktu presentation FYP sbb beliau adalah salah satu panel yg evaluate aku punya presentation proposal dgn progress FYP).
Ahh panjang lah pulak nak terangkan haih, okay teruskan kepada evaluation LI. finally 16/8 hari beliau nk dtg visit. Pagi tu beliau pergi visit member member dkat Teluk Bahang dlu, and then dlm pkul 11 beliau kata akan smpai ke office aku. Ko tau lah pagi tu bapak berdebar hidup aku. Rasa tak tenang gila. Then dlm 10 lebih gtu beliau ws otw. HEOL lagi lah cuak, then ckp pulak tak tau jalan. HALAMAK aku pun xtau nak trangkan jalan mcmana sbb mana aku tau beliau dari arah yg mana so aku cam "Dr wazelah" hahahah tapi tu aku ckp dlm hati jer. Aku kan penakut sikit. Then dlm pkul 11 beliau sampai. Awkward nk trun menyambut iyelah sebab aku sorang jer wei, aku mana pernah ckp sorang sorang dgn beliau kecuali waktu nak ambik test tu sebab aku ke KL waktu classmate yg lain ambik test ramai ramai. Then bawak Dr naik atas duduk, then g panggil sv industri aku, En Yusri. Lepastu aku start present. Seperti biasa present sekejap jer sbb aku letak 11 slide jer. Yg jadi panjangnya sebab beliau banyak sangat tanya hahahah ! Itu perkara biasa sbb aku dh lalui benda tu. Memang dah tahu dah beliau jenis curious dan suka bertanya. Ada tu beliau tanya aku kapal besar mana, bot ada berapa, bot and kapal guna channel berapa perghh boleh gagap nak jawb. Lepastu act macam bapak bapak, seriously agak friendly lah berbanding sebelum ni. Aku pun dari yg cuak terus jadi agak relaks dan boleh sembang dengan beliau. Banyak lah jugak yang dibualkan and kitorang ada ambik gmbr before Dr nk pergi visit member dkat Jabatan Perikanan pulak. Lepas ambik gmbr tu boleh sambung bersembang luar office pulak like seriously aku pun tak sangka aku boleh sakan bersembang dgn Dr yg aku takut selama ni hahahaha ! Maybe sebab aura seram dia hilang jdi aura bapak bapak yg friendly gtu. Jadi seronok lah nk bercerita. Haraplah markah evaluation aku tu se"friendly" aura beliau waktu 16/8 hritu hahahha !
Update week 10
I finally done send my final report for Latihan Industri. Jom kita grad hahahaha. Excited since seminggu aku brtungkus lumus buat report. report kena lebih kurang 30 pages, tapi aku mampu menaip smpai 26 pages jer. trlampau kering idea sngt utk masukkan ceritera kehidupan intern di dalam report. haraplah A In Shaa Allah. Done hantar logbook jugak minggu ni. skrg tinggal untuk hntr borang evaluation dari sv industri dgn habiskan week 11 and week 12. another two week before saya boleh balik mereput di rumahku syurgaku ahahahah.
btw, aku ni tgh mngalami kehidupan tanpa phone which is phone aku rosak. dah seminggu lebih dh, hrini Jumaat so actually lagi sehari ckuplah 2 minggu phone aku rosak muhahaha. sadiss kan hidup tanpa phone smpai 2 minggu. actually lcd phone rosak and aku dah hntr ke kedai dh 2 hari lps. tgh tnggu spare part smpai and nnti org kedai tu akan email aku kalau dh siap repair. 2 minggu tanpa phone, aku hilang dari dunia media sosial, without twitter, instagram and facebook. tak tahu nak rasa sedih ke stress ke. haa awal awal tu stress jugak sbb xdapat contact dgn kwn kwn tpi sbb ada member member rapat yg dpt di contact melalui email so agak happylah. email pun office hour jer, sbb guna wifi office and laptop. yg paling rasa adalah xdpt nk contact mak ayah lah. susah gila. rasa kehilangan. contact pun kena guna phone housemate. lonely sbb housemate pun asyik takde dkat rumah so mmg mereput dkat rumah jer lah kalau cuti hujung minggu.
Kenapa terus langkau pergi week 10 hahaha sbb aku busy gila tak smpat nak menaip. kalau ada masa nk relaks dengar lagu and bukak youtube jer. So ni sbb intern nk habis so better tulis sebelum lupa.
Update Week 11
Harini Selasa, Isnin (smlm) cuti hari keputeraan agong kalau hamba tak salah. okay okay. 3 hari cuti hujung minggu masih tanpa phone wowww. Tapi time cuti tu saya tengok drama korea lah yg didownload dkat office. So harini pepagi dlm 7.30 dh smpai office. Terus tarik laptop dari bag untuk connect wifi and bukak email. satu satunya hubungan aku dgn kawan kawan. Dpt email dari kedai repair phone Ibuddy Technology bgtau yg phone aku dh boleh pickup. Ibuddy tech ni kedai dia dkat area Komtar. Dkat bas terminal komtar tu ada ICT Mall haa dlm tu tingkat 3 ke tingkat 2 entah tak ingt dh. So ptg ni aku akan ke sana lah nk g ambik phone aku wuuu i got my phone. susah takde phone kalau nk bangun pagi tu lah takde alarm. jam takde so mmg haru jugaklah pagi pagi hahaha. Lagi lagi bila member member takde dkat rumah. tapi setakat ni aku berjaya bangun awal. paling lambat pun aku bangun adalah 6.10 pagi. tulah waktu paling lewat aku bangun bila hari kerja. Hari tak kerja hoho jangan ckp lah 12/1 ptg. sbb malam tu pun dh tidur lewat enjoy layan drama.
Update Week 12
Yiheee, its my final week in Penang and i feel so excited. Isnin minggu ni cuti jugak sempena Hari Malaysia so aku kerja 4 hari jer utk minggu terakhir ni. Nothing much masih kena buat kerja seperti biasa, tetiba pegawai pegawai bagi kerja banyak banyak mcm tau tau jer aku dh nak habis padahal aku tak bgtau pun selain pegawai pegawai yg aku rapat. Last day siap kena analyse peta utk susun wargh malas gila tapi buat jugak sungguh sungguh sambil bergelak ketawa dgn internmate yg lain. Dorang yg duk counting day dekat aku. Last day tu pagi pagi lagi Finaz sampai dia terus ckp wah dah last day siap buat story lagi hahahah. tabahlah Finaz, sbb dia masuk sekali dengan kitorang tapi dia paling last habis sbb dia intern 6 bulan. Waktu nak balik guna bas tu aku inform jugak dekat pakcik bas yg selalu stop dkat tmpt stop aku tuu yg aku dh last week dh. Sebab kesian nanti dia tnggu dkat stop tu sbb kekadang duk berangan sambil tnggu bas ni aku tak sempat nak tahan bas tapi kalau pakcik tu yg drive haritu confirm pakcik tu akan stop and kekadang aku yg trkejut bila bas brhenti dpn mata waktu tgh berangan HAHHAHAHA ! Pakcik tu acah buat muka sedih and ckp esok last dah. Serious mcm bapak bapak. Aku cuma tak sempat say goodbye dekat pakcik warga nepal yg selalu tegur aku wktu tnggu bas tu. Dia pernah bagi aku RM10 buat belanja katanya dengan bahasa melayu yg susah aku nk faham. berapa kali tolak sbb segan and aku tak kenal pun dia tapi dia berkeras so aku ambik jerlah. Tapi last week tu aku takde jumpa dia so tak sempatlah say goodbye.
Last Weekend in Penang
Sabtu 21 September
Aku plan nk kemas rumah haritu sebab esoknya Ahad aku dh kena gerak awal awal pagi pergi Penang Sentral. Nad balik haritu while aku dgn Suan akan balik sama sama on Sunday. Pulun lah berkemas that one whole day sampai penat lelah. Duk pening nak sumbat barang dkat mana sebab naik bas jer barang pulak banyak. Lepastu pulun kena habiskan barang basah yang masih tinggal.
Ahad 22 September
4.45 pagi aku set alarm utk bangun and siap siap. Mandi, Solat then last pack and last house cleaning. Suan gorengkan telur mata sbb tinggal telur lagi 4 biji so goreng sorang dua biji utk breakfast. Pukul 6.35 pagi kitorang keluar utk buang sampah and aku dah gerak nak naik bas rapid. 6.50 pagi bas rapid penang sampai so aku naik bas ke jetty, Dari jeti aku naik feri yg dijadualkan pukul 7.35. Sampai dekat Penang Sentral around 8.10 pagi gtuu. Pergi beli kudap kudap utk makan atas bas lepatu melepak kejap dekat kerusi yg ada before lapor diri utk naik bas pkul 9.40 pagi. Bas aku ke Kota Bharu pkul 10 pagi. Sampai bawah, aku g toilet kejap lepastu bas pun sampai and si Suan dah ada dalam bas. HAHHAHHA ni lawak jugak ni sbb aku dgn dia naik bas yg sama tapi tempat naik yg berbeza. Suan naik bas di Terminal Bas Sungai Nibong while aku naik bas di Penang Sentral sbb saje nk gunakan pas mutiara aku tu semaksimum yg mungkin. So tragis jugaklah kisah aku last day duk heret beg luggage dan barang dari Bukit Gambir ke Butterworth. Berpeluh peluh pagi pagi tu nasiblah dalam bas ada aircond.
Finally itu sahaja kisah sepanjang 3 bulan dekat Penang. Aku hadap pelbagai jenis pengalaman dekat sana selama 3 bulan. Walaupun ada yang tak best macam phone rosak, kena tinggal bas, bas lambat, meredah hujan, and many more tapi confirm akan jadi kenangan utk aku. Basically mcm survival diri. Sebab aku intern pun tanpa kawan kawan dari UMT. Sebenarnya saje nak tengok boleh survive ke tak. So kira mcm nk challenge diri sndiri. So far alhamdulillah boleh hadap lah. Although pernah sesat tgh tgh bandar penang tu, pernah tersilap naik bas sampai cuak tak tau nak turun dekat mana and waktu tu phone rosak. Tapi Alhamdulillah semuanya okay. Seronok jugaklah sebenarnya rasa adventure instict dalam jiwa tu trbangun tiba tiba hahahah !
Acknowledgement
I would like to thanks many people during 12 weeks of my stay in Penang. I have both sad and happy memories here and Penang will always have a soft spot in my heart. Thanks a lot to pakcik driver bas 302 yang selalu prlahankan bas bila nk dkat are tmpt aku tnggu. driver bas lain tak buat mcmtu and sometime they always drove away and didnt stop sbb aku tak smpt nk tahan bas. Thanks to pakcik tu i feel like home in this Penang Island.
Thanks to many foreigner worker that always come to talk to me although i;m so lazy to talk and sometime didnt even understand their foreign slang but they always make me laugh. Thanks to my internship friends who helping me a lot. Seriously a lot. Thanks to my housemate that also there when i need someone asap to talk. I always love my time alone but sometime talking to people in house, feels good. Thanks to Nad sometime masak for us three. Thanks to Suan for being like mak mak. Thanks to auntie kedai runcit dkat The Palazzia who always smiling and being nice to me. Thanks to everyone yg prnh trserempak dlm lif Blok 330 yg slalu tolong tahan lif kalau trnmpk aku tgh jalan laju nk kejar lif. Thanks also to akak yg duduk depan rumah sebab selalu tolong tekankan button lif waktu aku tengah nak kunci pintu rumah so bila aku dh siap kunci pintu, lif dh smpai and i dont need to wait for a long time. Thanks to the people in the bus who offer their seat to me. I really appreciate it although i didnt always accept the offer sbb sometime aku prefer berdiri sbb senang nk scan pas mutirara tu bila turun bas. Kekadang scanner suka buat hal dan lah sound dia satu bas boleh dengar so aku prefer scan awal awal before bas stop so takdelah driver bas kena tnggu aku scan bru tutup pintu bas.
p/s : aku tak tahu sebenarnya berguna ke tak kisah hidup aku ni tapi aku saje jugak nak post nanti aku sndiri boleh baca kisah hidup aku nnti waktu aku dan besar. ehh sekarang pun dah besar sebenarnya... my next post nnti mungkin tentang program GE yg aku akan join dekat UMT nanti from 7th October to 11th October program Eco Dive di Pulau Bidong, while 12th to 18 October program GE Fasa 1 di UMT. Program tu dah macam kem jati diri dah tentatif dari pukul 8 pagi sampai 11.30 malam perghh mmg betul betul mcm kem hadoii.
So, sampai disini sahaja bebelanku, stay tuned !
Boleh tk awak bgi no contact JLWU tu .. sbb saya tgh Cari tempat intern lagi ni ðŸ˜
ReplyDeleteSaya call nombor yg ada dekat website JLWU tu jer nanti orang. Lepastu send resume through email official JLWU, nnti dorang send dkat org yg jaga budak intern.
ReplyDelete