Monday, May 20, 2019

Final Year Project ft. Student Research Day (SRD)

Hi, its been a while...

Takde lah lama sangat aku menghilang rasanya kan.

Assalamualaikum and salam sejahtera.

Okay nak terus straight to the point ke nak berbunga bahasa dulu ? Entahlah, tapi aku ada masa nak menulis mengarang cerita ni sebab tadi aku selesai peresentation for my final year project poster. Penghujung bulan April lepas dah lupa dah tarikh rasanya 23 atau 24 April i already submit draft thesis untuk my final year project.



3 copy utk 2 reviewer and 1 lagi utk supervisor sendiri.

And after submit draft first thesis ni aku commit everything to CESF19 which happen on 25,26.27. and 28 April 2019. Habis CESF jer aku terus sakit tekak and demam sebab penat yang berterusan maybe and then dapat tau tarikh SRD (Student Research Day) adalah pada 20-21 May 2019. Waktu dapat tau tu semua terkejut lah sebab tak expect awal sangat and dapat tau tarikh pun melalui poster hebahan yang menjemput orang ramai utk datang. Presentator ni apa pun tak tau and poster tak buat pun lagi. 

Then minggu lepas semua pakat kalut lah dgn persiapan untuk presentation terakhir for final year project ni. And berpakat lah masing masing utk kumpul and print poster sama sama so dapatlah murah makanya aku print poster jenis material tarpolin berharga RM10 and super satisfied with the quality. Cantik poster jadinya ! 

and malas nak cakap banyak, let's me show you a few pictures from today's SRD. Kami dari Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran (PPSMS) sesi 2 dari pukul 12 tengahari sehingga 3 petang.




Ini saya bersama poster saya. Tinggi betul posternya tak setanding tinggi saya. 


ada classmate terjumpa gambar sis dekat UMT Media Kreatif.


Penuh semangat tu menerangkan apa yang aku buat dua sem ni.

Sebenarnya ada tiga panel penilai yang menilai poster presentation aku tapi sorang lagi takde orang yang datang ambik gambar, so ada gambar dengan dua penilai jer lah. 

and I'm done presenting !!!!!

and dekat bawah ni gambar gambar selepas present !



Me and my roommates. 


Tengah sembang bincang lepas habis presentation sebenarnya ni tapi ada org snap gambar lah pulak.





My Final Year Project partner.

Aku dah takde apa dah nak cakap sebab memang dah tak ada idea. Badan dah lenguh lenguh berdiri jer waktu present tadi dengan posternya tinggi naw kerja mendongak jer waktu terangkan dekat panel penilai. Penat bak hangg. Ni malam ni tak dapat rest lagi ada interview dengan pelapis utk aktiviti kelab. Esok ada kelas macam biasa, Rabu cuti lagi then Khamis ada lab test 3 jam dan kena hantar report fieldwork yang aku tak sentuh apa pun lagi. Struggle lah nanti nak buat benda tu dalam masa yang singkat tapi point point dah ada sebenarnya. Jumaat Sabtu fikir nak buat report untuk Polisi dan nak hantar hari Ahad. Ohyeah Rabu depan dah boleh balik rumah !!!!! YEAYYY, seronok sangat sebab dah terlalu penat mental dan fizikal dekat Terengganu ni. Okay kena stop hahaha tadi acah macam takde benda nak cakap kan tetiba satu perenggan keluar. 

p/s : thesis correction still kena hantar huwaaa bila nak habis entah semua ni.

Bye, Assalamualaikum.









1 comment:

  1. Wow seronok tengok students present poster. Congrats on your hard work!

    ReplyDelete

You may leave a comment here :))