Saturday, September 8, 2018

Semester baru bakal bermula.


Hai Assalamualaikum. 

Harini Sabtu terakhir aku berada di rumah... and gonna back to Terengganu on Tuesday morning since Dr. Hafiz buat kelas biod marin pkul 8 pagi hari Rabu... Not feeling well today but still want to update my blog. 

Finally, semester 5 bakal bermula, dan bermulalah fasa baru sebagai student final year ! Wow cepat gila masa berlalu and i feel nervous ! Pejam celik pejam celik dah 2 tahun jadi student BIOM yang penuh pancaroba serta onak dan duri hahahah apapun, still dapat survive sampai sekarang demi segulung ijazah. 

Cuti sem 3 bulan ni dipenuhi dengan aktiviti mereput di rumah serta a few busy week untuk preparation final year project. I have already write my post on my final year project proposal presentation that going smoothly well and last week i already done my sampling for this month. Not yet finish since i need to do some sampling in October also on my crab Charybdis natator 


Selama seminggu saya dan partner yg turut conduct nearly same study but with different species under same supervisor, berulang alik dari Kota Bharu ke dua sampling site iaitu di LKIM Tok Bali dan LKIM Kuala Besut. Kami kena ukur carapace ketam dan ukur body weight serta check sex maturity of the crab. If we found the berried female crab, kami kena bawak balik the egg to the lab for egg fecundity analysis that need to be done after 3 month preservation. 




Penat tapi quite lucky since i have kawan waktu conduct sampling ni. Jadi perjalanan ulang alik dari Kota Bharu ke LKIM tak ada lah membosankan sangat HAHHAHA ! Berjalan kaki hampir 4 km setiap hari dan meredah jambatan panjang tu tak rasa penat sebab duk bersembang gossip bergelak ketawa sepanjang jalan. Kekadang ada orang orang kampung yang baik hati tolong tumpangkan. 
Banyak benda yg dpt belajar waktu sampling ni, macam macam perasaan ada HAHHAHA.

Sekarang ni memang tengah stay mereput dekat rumah kah, rehat rehat before start sem. Dah daftar subjek haritu 26 Ogos and dpt dftr 22 jam kredit. Pening tak tau nak ambik subjek mana. Jadual sem depan agak longgar sikit maybe sebab subjek Final Year Project tak termasuk dalam official jadual. Sem depan selain busy dengan akademik, mungkin akan busy jugak dgn aktiviti kelab. Dpt jawatan under CEC mmg busy lah agaknya harap tak jejaskan apa apa In Shaa Allah. 

Ada macam macam perasaan bila semester nak start ni, rasa malas nk balik nak hadap assignment and labwork serta lab report tapi teringin nak balik nak jumpa kawan kawan dan roommate. 3 bulan tak jumpa lama jugak tuu. 

Rasanya sampai disini sahaja coretanku kali ini... bila lagi entah dapat update blog. Kita tengoklah nanti kalau ada tajuk best untuk dikupas kan ?


Sekian, Wassalam :))

p/s : cuti 3 bulan aku habiskan banyak chinese drama. tukar taste sekali sekala dari drama korea. Maybe nanti boleh up post tentang chinese drama yg boleh recommend dekat korang. Stay tuned !






No comments:

Post a Comment

You may leave a comment here :))