Friday, September 28, 2018

What a weekend !

Hello and Assalamualaikum,

Image result for hello

Update blog guna wifi UMT since sekarang aku berada di Fakulti PPSMS tunggu housemates dua orang tu siapkan kerja di lab. Oh jangan pelik aku tak buat kerja lah sebab kerja lab aku belum start lagi. Harini pun ponteng sampling kerana masalah teknikal hahah. Kesian pakcik pakcik dkat LKIM tu sbb actually kami dah janji dengan dorang nak datang pagi tadi. So ceritanya ialah..

Lagi beberapa hari before September melabuhkan tirainya, kami yg berada di Terengganu ni mengalami krisis air. Sejak dari pagi kelmarin 27 September 2018 takde air. Actually aku sedar lewat yg Terengganu takde air. Pukul 5.45 pagi aku bangun tu, air masih ada dan aku kalut bersiap siap untuk pergi sampling fyp ketamku di LKIM. Dalam pukul 9 lebih balik ke Gong Badak dan g makan bersama roommates dekat kedai nasi dagang area UMT tu. Balik dengan bau hanyir ikan aku terus mandi lah bila sampai rumah. Alhamdulillah waktu tu rumah sewa still ada air walaupun sbenarnya waktu tu dah banyak tempat yg air dah start takde. Pakcik rumah sewa kami bgtau rumah tu ada guna air tangki so kami satu rumah memang tak sedar air dah takde sbenarnya. Kemain lah dorang ni semua mandi, masak, basuh baju apa semua.

Image result for tiada air

Aku takde kelas hari Khamis full day and taklimat FYP minggu ni pun batal sebab nak bg peluang persediaan proposal fyp bagi yang belum present. So aku sambung tidur dan terbangun pukul 2 lebih nak terkencing HAHHAHHA adoiii waktu tu lah trsedar air dah takde !!!! Tunggulah sampai pkul 5 lebih Suan call nak datang ambik guna toilet dekat PPSMS lepastu kami g beli makanan kejap dekat pasar malam and balik makan dekat rumah. Dekat rumah waktu nak makan tetiba takde eletrik pulakkkkk. Siap makan lek lek jer elektrik ada balik. haih.

Malam tu sebenarnya nak lepak dekat lab lah sebab dekat rumah tak ada air nanti susah nak cari toilet tapi ada masalah sikit malas nak cerita panjang so pusing lah nak g lepak mcdonald. tetiba haih mcdonald full, kfc full, pizza full tak tau nak g mana so balik lah rumah hmmm bosan teroksss.

Katanya krisis air ni sampai pukul 4 pagi jer tapi aku bangun 5.45 pagi tu nak mandi nk g sampling still tak ada air. tunggu punya tunggu still takde air so aku ws zue (partner crab) ckp cancel lah harini. So sambung tido, pukul 12 tgahri tadi still tak ada air, nad dgn suan ajak g mandi dekat fakulti. Oh lahai weekend ku hancussss gara gara tak ada air.

Sebabnya aku kena sampling 2 kali seminggu. So sbb hari sabtu aku dengan zu dua dua ada program so kami pilih lah hari Khamis dan Jumaat tapi hari ni dah takleh pergi sampling dah. Kacau plan betul. Kena g sampling pagi Ahad. tu yang malas tu.

And skrg ni aku dekat ruang solat tgh download cerita guna wifi UMT HAHAHAHHA, lajuu weii dengan aircond lagi haa terus malas nak keluar dari sini. Nad dekat lab BIOD duk melukis dia punya christmas tree worm and Suan duk isolate dia punya fungus fungus tuu. Kejap lagi lah kut nak g menjenguk dorang kejap.

Okay thats all cerita weekendku kali ini.

p/s : oh esok Sabtu aku ada program shadow tapi aku bukan peserta. Aku just jaga kaunter pendaftaran and merit kalau tak silap. Program Shadow under kelab CPC.

No comments:

Post a Comment

You may leave a comment here :))