Monday, May 20, 2019

Final Year Project ft. Student Research Day (SRD)

Hi, its been a while...

Takde lah lama sangat aku menghilang rasanya kan.

Assalamualaikum and salam sejahtera.

Okay nak terus straight to the point ke nak berbunga bahasa dulu ? Entahlah, tapi aku ada masa nak menulis mengarang cerita ni sebab tadi aku selesai peresentation for my final year project poster. Penghujung bulan April lepas dah lupa dah tarikh rasanya 23 atau 24 April i already submit draft thesis untuk my final year project.



3 copy utk 2 reviewer and 1 lagi utk supervisor sendiri.

And after submit draft first thesis ni aku commit everything to CESF19 which happen on 25,26.27. and 28 April 2019. Habis CESF jer aku terus sakit tekak and demam sebab penat yang berterusan maybe and then dapat tau tarikh SRD (Student Research Day) adalah pada 20-21 May 2019. Waktu dapat tau tu semua terkejut lah sebab tak expect awal sangat and dapat tau tarikh pun melalui poster hebahan yang menjemput orang ramai utk datang. Presentator ni apa pun tak tau and poster tak buat pun lagi. 

Then minggu lepas semua pakat kalut lah dgn persiapan untuk presentation terakhir for final year project ni. And berpakat lah masing masing utk kumpul and print poster sama sama so dapatlah murah makanya aku print poster jenis material tarpolin berharga RM10 and super satisfied with the quality. Cantik poster jadinya ! 

and malas nak cakap banyak, let's me show you a few pictures from today's SRD. Kami dari Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran (PPSMS) sesi 2 dari pukul 12 tengahari sehingga 3 petang.




Ini saya bersama poster saya. Tinggi betul posternya tak setanding tinggi saya. 


ada classmate terjumpa gambar sis dekat UMT Media Kreatif.


Penuh semangat tu menerangkan apa yang aku buat dua sem ni.

Sebenarnya ada tiga panel penilai yang menilai poster presentation aku tapi sorang lagi takde orang yang datang ambik gambar, so ada gambar dengan dua penilai jer lah. 

and I'm done presenting !!!!!

and dekat bawah ni gambar gambar selepas present !



Me and my roommates. 


Tengah sembang bincang lepas habis presentation sebenarnya ni tapi ada org snap gambar lah pulak.





My Final Year Project partner.

Aku dah takde apa dah nak cakap sebab memang dah tak ada idea. Badan dah lenguh lenguh berdiri jer waktu present tadi dengan posternya tinggi naw kerja mendongak jer waktu terangkan dekat panel penilai. Penat bak hangg. Ni malam ni tak dapat rest lagi ada interview dengan pelapis utk aktiviti kelab. Esok ada kelas macam biasa, Rabu cuti lagi then Khamis ada lab test 3 jam dan kena hantar report fieldwork yang aku tak sentuh apa pun lagi. Struggle lah nanti nak buat benda tu dalam masa yang singkat tapi point point dah ada sebenarnya. Jumaat Sabtu fikir nak buat report untuk Polisi dan nak hantar hari Ahad. Ohyeah Rabu depan dah boleh balik rumah !!!!! YEAYYY, seronok sangat sebab dah terlalu penat mental dan fizikal dekat Terengganu ni. Okay kena stop hahaha tadi acah macam takde benda nak cakap kan tetiba satu perenggan keluar. 

p/s : thesis correction still kena hantar huwaaa bila nak habis entah semua ni.

Bye, Assalamualaikum.









Wednesday, April 17, 2019

Officially a certified diver

Hello Assalamualaikum.



Asha here again, and today I want to talk about my experience buat lesen diving di Pulau Perhentian. Before I forgot all the details better lah I tulis skrg hahahah. Bear in mind that today post is a little bit long hahahaha. Bersabarlah dengan bebelanku....



Untuk ada lesen diving actually mmg benda tu adalah aku punya impian lah sejak dpt buat degree on Marine Biology. Memang dah minat main air dari kecik and tak pernah ada fobia air walaupun aku pernah hampir lemas waktu kecik dulu tapi memang never thing that as something that will make me fear of water. Sebenarnya nak buat diving ni tahun lepas lagi with my roommates since waktu tu aku baru dpt duit from Wang Ehsan Kelantan utk student IPTA RM 1k tapi masalahnya waktu tu laptop lama aku yg since 2010 tu buat hal. Skrin rosak and aku cuak takut everything dlm tu hilang before dpt replace sbb laptop tu 8 tahun dah memang banyak file penting lah so aku bagitau my parents nak guna duit ehsan tu untuk laptop and buat lesen tu biarlah dulu kalau ada rezeki boleh buat tahun depan.

So my roommates and other classmates buat lesen dive waktu cuti mid sem 4 kalau tak silap aku and aku balik rumah waktu tu. Ish kalau cerita meleret macam ni jadi panjang pulak post ni so aku shortkan terus ke hari buat lesen lah yer.

Dipendekkan cerita I finally decide utk buat lesen tahun 2019. Already talk to my parents about that and they said okay jer so I proceed lah. Kebetulan kawan kawan yg dah ada lesen dive nak buat fundive sama sama so aku pun join sekali and I was joined by two of my classmates Sharunya and Fahmi utk buat lesen Open Water Dive ni di Monkey Dives Long Beach Pulau Perhentian Kecil. 3 orang jer from my coursemate yg buat lesen dive tahun ni dan yang lain lagi 5 just join untuk fun dive. Malas nak cerita harga buat lesen since harga akan berubah ubah ikut tempat, hari blab la bla.

Kitorang buat lesen waktu cuti mid sem baru ni. I balik rumah (Kelantan) hari Selasa petang then stay sampai Isnin, saje nak spend time dengan family sebab cuti kan. Pagi Isnin bertolak balik Kg Pak Tuyu (rumah sewa di Terengganu) and esoknya bertolak dlm 5.45 pagi dari Pak Tuyu ke Jeti Perhentian di Besut. Kebetulan one of my roommates yg Chinese tu rumah dia area jeti so menumpang lah dia. Dia pergi jugak Perhentian tapi 11hb sbb dia just buat fun dive since dia dah ada lesen. Konvoi dua kereta, kereta Suan which is ada aku as penumpang and kereta Fahmi yg tumpangkan Sharu sekali. 7 lebih kami sampai di Jeti. Makan/bungkus nasi untuk bawak pergi pulau since makanan dekat pulau mahal naww. Ayah Suan yang belanja kami breakfast pagi tu hehehehe thankyou uncle.

Kami naik bot 7.45 pagi then sampai entah pukul berapa tah lupa dlm sejam rasanya perjalanan ke Perhentian. Sampai tu kena jalan pergi Monkey Dives punya tempat then disambut oleh instructor dive kami Niel and John. Foreigner yang baik gila. Nanti aku letak gambar gambar dengan dorang. Lepastu kami kena isi borang sikit untuk tngok okay ke tak utk dive sbb dive ni bukan benda main main. Then proceed dgn briefing and lepastu kami kena tengok video knowledge pasal dive. Ada 5 video semuanya and satu video tu berdurasi selama hampir satu jam OMG ! Oh lupa, kami jugak dpt buku manual open water dive yang sangat berwarna warni and mmg tak bosan lah tngok. Dalam tu ada latihan latihan utk each section and kami kena tengok video sambil jawab latihan dlm buku tu. Team dive kami utk 4 hari tu ada 5. Aku, Sharu and Fahmi and a sweet couple, foreigner student from USM Penang, Maryam from Iran and Kemo from Libya. Kami tngok 3 video dlm pukul 12 lebih kami boleh check in penginapan. Oh pasal penginapan omg it’s a dorm share laki perempuan. Memang culture shock habislah tpi aku dpt katil atas rasanya better lah. Sambil membayangkan hari hari mendatang kena tidur tanpa bukak tudung.

(permandangan dari dorm)

Pukul 3 ptg kami dibawa masuk ke shallow water paras dada tpi sebab air pasang kan tetiba jer air paras dada tu jadi paras dagu agaknya and aku ni pendek terpaksa berjengket guna fin yg aku pakai tu. First time kena menyelam walaupun air cetek jer tapi aku tak panic pun Cuma aku tak dpt stabilkan diri utk buoyancy aku dlm air. John dgn Niel sruh kitorang melutut dlm air, aku cuba untuk melutut tapi masalahnya aku terapung balik naik ke surface. Eh takdelah sampai surface Cuma point penting dia aku xdpt stay dkat dasar. Punyalah beberapa minit gak cuba utk stabilkan diri and I finally boleh buat jugaklah Cuma still susah. And then dorang (the instructor) ajar kami skills dlm air. I actually forgot dah semua tpi yang aku ingat adalah tentang cabut regulator dari dlm mulut, clearing mask dlm air incase mask kabur or air masuk dlm mask. Memang naya lah wei air masuk mask. Agak kelam kabut jugak aku hari first because that was my first time memang naharom teruk gila dgn buoyancy apa semua.



Then kami dibawa ke Batu Nisan (dive port yang kedalaman 8m) kat situ still kelam kabut jugak aku tpi aku cuba tenangkan diri like calm kan diri sendiri. It goes quite okay walaupun banyak kali buoyancy hancur terus menyembah ke dasar bumi hahahahah memang kelakar gila lah first dive. Balik dari dive dia ajar pasal part part dekat BCD,regulator,tank semua tu. Kami kena simpan alat sendiri disattached semua dan bilas dgn fresh water. Petang tu lepas bersihkan diri kami kena sambung tengok 2 lagi video sambil buat latihan dlm manual (This part was pretty boring and sleepy but its actually very important and we need to focus) Pukul 6 kami dibenarkan rehat sampai ke pagi hahahaha. 

Petang tu aku nk tidur tapi dekat dorm panas bak hang sebab eletrik mana ada waktu siang di pulau so aku pergi lepak dekat hammock sambil merasa angin pantai (I actually sangat rindu moment ni). Malam pergi makan dengan Fahmi and Sharu and then g sembang tepi pantai psal macam macamlah then dlm pukul 10 lebih dah masuk tidur since penat and esok kena dive lagi.

Pukul 6.15 pagi aku dh bangun dengan sendirinya padahal aku set alarm pukul 7 lebih. Aku terus bangun mandi and pakai suit renang terus sebab pukul 8 dah start gear up untuk dive. Aku pergi tepi pantai ambik gambar sunrise Masya Allah sangat cantik.



Lps breakfast terus dengar briefing and belajar mcmana nak set up diving gear tu. Regulator, BCD, Oxygen tank, LPI, First stage blab la bla, Weight lagi and everything lah. 2nd day ni kami dibawa ke Batu Nisan lagi untuk belajar skills. Kami kena belajar skill cabut BCD dalam air, cabut mask dalam air. Oh cabut mask dalam air sangat mencabar bagi akulah sbb aku risau aku trsedut air masin guna hidung. Perit pedih lah wei. Then lepas cabut mask tu aku kena berenang without mask dlm air hanya ada regulator. Punyalah kuat aku tutup hidung. 

Lepastu belajar lah cara cara waktu emergency. Contoh kalau tgh dive tiba tiba tak jumpa buddy dlm air and banyak lagi lah skill skill penting yg lain. Then kami naik ke darat utk quiz then jawab FINAL TEST ! yeah kami jawab final test boleh bincang. Its quite simple and relax so korang jangan risau lah pasal test. Pukul 3 petang kami dive lagi kali ini kami dibawa ke D’Lagoon yang kedalaman 13.5 meter. Aku dan quite good waktu tu utk equalize and quite stabil dlm air. Siap main main lagi dlm air dgn my buddy yg bangang teruk. Buddy I si Fahmi tu is so crazy korang tau dia buat lawak dalam air OMG kalau aku gelak confirm lah air masuk mask so memang tak terkira berapa kali aku kena keluarkan air dari mask sebab tergelak cam bangang betul dia tu. Aku dah start seronok dengan dive waktu tu and having fun dalam air. Cuma masalah biasa aku bila naik bot jer lepas diving terus kepala pusing pening sebab aku ni seasick bila naik bot. So bila dorang duk bercerita dengan seronoknya dlm bot aku memang lemau lah sebab pening so Instructor asyik ingt aku stress sbb dive sbb muka aku lesu tak bermaya gila padahal yang lain duk rancak sembang. Padahal aku seasick jer and very happy about the dive. Malam tu kami makan burger jer sambil sembang sembang dekat tepi pantai macam biasa.

Third day, sekali lagi bangun pukul 6 lebih then pergi mandi and pergi tengok sunrise lagi. Pukul 8 lepas breakfast kami terus gear up untuk dive yg ketiga. Sebelum dive kami diajar utk baca kompas dalam air. Lupa pulak haritu 11hb coursemate aku lima org lagi join kami utk fun dive. So pagi tu kami actually tunggu dorang sampai. Lepas belajar baca kompas kami dibenarkan rehat for 10 minutes and waktu tu ternampak coursemate kami dah sampai. Bapak excited sebab tersangatlah sendu hanya bertiga di pulau tu. So bila ramai ramai macam ni barulah seronok. Kami pergi dive utk kali ketiga di Blue Lagoon ke kalau tak silap kedalaman masa tu belum sampai 18m lagi. This dive is also fun and waktu ni kami sampai boleh main batu gunting kertas lagi dalam air. Kami dibawa ke Stingray Alley waktu tu and ofcourse we saw a stingray mula mula kecik jer yg ada blue spot then tetiba Nampak yang besar yg biasa kita tngok dlm tv tu and im so excited gila lah. Very fun I told you. Nampak nemo, dory and banyak lagi haiwan laut yang biasanya tengok dalam tv jer.



Then lepas 45 minit kami naik ke darat balik and then pukul 12 lebih kami dive for the last dive di Tanjung Basi yang kedalaman 18m. Cuak jugak bila turun guna tali tu you cant see dasar laut. Then kami dive cari area berpasir yang lapang sebab area kami turun dengan tali tu banyak coral. Then kami melutut di area berpasir and our instructor, Niel tunjukkan kami bacaan depth (kedalaman) and we reached 18metre depth and waktu tu aku amaze gila I already at 18metre depth without any problem. Then kami terus dive tengok coral and aku memang sangat happy waktu tu walaupun air asyik masuk mask and I need to clear my mask every 2 minuted I think. Terlalu kerap. Then kami di ajar buat backflip lah macam macam benda lah kami buat dalam air tu. Aku tengok aku punya gauge oxygen tank waktu around 90 bar and aku rasa sedih gila. Bila dah cecah 50 bar kita kena naik ke surface sebab dah kekurangan oxygen. Aku rasa taknak naik. Aku nak duduk jer dalam air jdi mermaid dlm tuu. Sampai 5metre depth kami kena stop kejap utk 3 minit and I dh lupa utk apa tpi mmg wajib kena stop utk stabilkan paru paru agaknya. Then naik ke darat with a sad feeling because that was our last dive. Pukul 2 kami kumpul balik utk isi paperwork utk lesen dan certificate and we done with our open water dive course. All the remaining hours is all mine.



Petang tu very relaxing evening since dah boleh relaks relaks, boleh lek lek lepak hammock and member pun dah ramai so rancak sembang lah macam macam cerita. Tak lupa jugak duk bermesra dengan rakan rakan baru yang jumpa di pulau. Malam tu kami semua dalam 6 orang nak pergi cari makan then ada sorang dive master tu recommend kami makan buffet. Malam tu malam last so semua macam on lah nak g makan buffet RM25 sorang walaupun kena jalan jauh sikit. Jalan punya jalan tu Masya Allah jauh dia sampai berpeluh peluh. Macam jungle trekking memang aku tak tipu penat dia sampai buat stop banyak kali. Pakat duk maki kami punya member sebab bawak kami pergi cari makan jauh jauh. Tapi lepas jer daripada area hutan tu kami disajikan dengan permandangan resort yang lawa. Ombak resort kalau tak silap, kawasan tu sangat lawa dan agak eksklusif dan private. Kami kena jalan sikit lagi lagu area tepi pantai and jumpa Shah Ri La resort (entah betul entah tidak ejaan tu abaikan lah yer) then naik jer tangga sikit jumpalah kawasan buffet tu. Dengan harga RM25 tu kami dapat pilih seafood satu jenis seorang dan makanan lain kami boleh ambik jer suka hati. Agak nice kawasan dia utk pasangan yg datang honeymoon sebab dia ala ala candle light dinner gituuu. Tapi kami kisah apa candle light dinner ke apa kami Cuma nak makan. Penuh meja kami ambik makanan malam tu hahahah !



Dalam pukul 10 lebih kami siap makan dan Ya Allah nak kembali ke bilik penginapan tu memang menguji tenaga. Perut tengah penuh dan kami terpaksa mendaki bukit lagi sekali hahahaha rasa nak terkeluar balik isi perut adoi. Sampai sesat waktu dalam perjalanan balik tu sebab gelap and semua pun penat. Tapi bila sampai di pantai tengok meriah sangat orang tengah tengok fire show so kami join tengok sekejap then lepastu decide untuk bersembang dekat hammock di Monkey Dives.



Esoknya, kami kami yang ambik lesen dive ni dah tak ada apa apa aktiviti dah, kawan kawan yang datang buat fun dives pagi tu ada satu dive lagi before dorang check out so dlm pukul 8 lebih macamtu dorang gear up and turun ke laut. Aku relaks relaks dekat tempat biasa aku iaitu hammock merah terchentaa. Dalam pukul 11 pagi kami siap siap untuk check out sempat lagi aku makan megi pedas gila perisa ayam bakar tu sambil tunggu kami punya Instructor utk naik ke darat utk mintak sign dkat dive log kami. Then, kami ambik gambar and say goodbye dkat our lovely instructors, rakan rakan yg dikenali di pulau and also Maryam and Kemo our team dive. Pukul 12 tengahari kami naik bot ke Jeti Kuala Besut. Kami keluar dari Pulau Perhentian membawa seribu kenangan.

Last but not least, i am very happy to actually archieve my goal for 2019 which is to have a Diving License yang aku memang dah berangan nak dapat sejak aku first year degree Marine Biology.



Its actually hectic week for me but saya cari jugak masa untuk update sebelum saya malas dan lupa segala details. I need to submit my thesis omg, wish me luck everyone :))

p/s : more picture down here :))


sis pantang nampak kamera, trmasuklah waktu dive dlm air. terus angkat peace hehe


Dalam air susah nak communicate so kita guna telepati hahahaha ! takdelah, dlm air kita akan belajar sign sign bahasa isyarat.


with the prettiest indian girl in our batch. 


My dive buddy, si Fahmi aka the President of Marina Club (Marine Biology student's academic club) for session 2018/2019

up sikit jawatan member hahahaha

Ah, fyi Marina Club ni kelab utk wrga biologi marin from 1st year sampai 3 rd year. Nanti kalau korang dpt sambung kos biom korang akan join kelab tu lah as kelab wajib korang for 3 years. kelab lain korang still boleh join. Cuma Marina Club ni automatik korang jadi ahli if korang dpt kos biomarin. 


Dari kiri (Sharu, Fahmi, Our Instructor Nils, Boatman and me)


Us


Our last dayyyy.


Alan who actually taking his Instructor license here take this picture.


Look how happy i am hahahaha ! Yes I am VERY VERY HAPPY to meet and get to know them all.









Sunday, March 10, 2019

Continuous Hectic Week


This is how my dekstop look like during hectic week....

Hello, Assalamualaikum. I'm back hahahaha despite from many thing i need to do. Sajer nak berblogging since i myself quite shock and serabut with my dekstop. Aku kalau buat assignment confirm time nk dwnload jurnal/pdf mmg akan direct to dekstop sbb malas lah nk buka folder folder lain and end up jadi lah mcmtu. OMG malasnya nak susun masuk file ! Seriously i need to upah someone to susun everything but sorry i dont have money. Im young, and broke. 

I got many thing to do in my head sampai migrain again today. Rehat kejap sambil browsing relaxing songs from youtube in this cold room. Yeah im in the indezone. A club room for my cpc club which is hella freezing but comfortable with sofa and tv and most thing, i'm alone. Nanti nantilah aku tunjukkan macam mana rupa bilik kelab bernama indezone ini. I like this room and its like my second house hahahahah. Yeah particularly i love here because the wifi is so so lajuuu and the air cond ofcourse. Skrg takde gambar dalam laptop hanya ada dlm phone and i malas gila nak transfer so nnti rajin aku akan update dkat post ini jugak.

Seharian dekat indezone and tak balik lagi ni. Nak balik dh sbenarnya ni sbb dh selesai pencarian maklumat melalui internet. Sayang nak guna data nanti cpt habis so manfaat kan lah wifi free dari UMT. Okaylah, thats all from me for today, pendek sajaaa harini since tak sempatlah nak taip panjang panjang. Gonna write soon if i have time sbb skrg ni selain assignment, kelab pun sibuk nak menyibukkan diriku ini maka aku harus menunaikan komitmen itu.

Good night :)




Tuesday, February 19, 2019

Stressful first week of final semester

Assalamualaikum and hai everyone.

Got time to write post today because my lecture cancel the class. so because today is already Wednesday i would like to summarise my first week in final semester.

Ah before that, last week i went to KL again on 15-16th Feb. Saya dipertanggungjawabkan as urusetia untuk bawa peserta ke career fair di KL yg berlangsung di KLCC. Saya terpaksa pergi without my classmate waktu ni sebab beberapa hari lepas tarikh ni kami akan ada presentation utk progress Final Year Project and saya pun tidak terkecuali kena present di hari pertama iaitu 19hb Februari. Terpaksa jugak ke KL kerana dah memang bawah tanggungjawab saya waktu tu utk handle student dari UMT ke sana. Waktu ke KL ni slide presentation saya baru 50% siap and memang pressure jugak tapi i choose to stay calm and enjoy the short trip hahahaha !



Saya bawak 59 orang peserta dengan dua bas yang disewa dari pengurusan UMT. Kami pergi sehari sahaja, bertolak Jumaat malam dari UMT, dalam pukul 5 pagi dah sampai di KL, mandi dan bersiap kami terus bertolak ke KLCC and arrive at the venue around 8.30 am. waktu tuu hall tak buka lagi so stay lah sekejap dekat luar before daftar and masuk. Around 1 tengahari kami semua dah keluar dari career fair tu untuk makan tengahari. Aku pergi makan dengan penasihat kelab aku dengan my friend from my kelab also. 

Actually during that time im waiting for my long distance best friend to come. She's from KL and kami berkenalan dekat matrik and stay in contact sampai sekarang walaupun kami tamat matrikulasi April 2016. Kami ada buat gathering dekat pulau Kapas September 2017 haritu and i decide to meet her again since trip kali ni agak bebas so saya ada masa utk spend time dengan dia. 


and yesss, we met finally and having fun sampai pukul 6 ptg where saya dah kena berkumpul untuk naik bas balik ke UMT. so sad sebab sekejap jer jumpa and tak dapat nak sembang banyak banyak tapi dapat jumpa pun Alhamdulillah. We will gonna meet again later babe ! Thanks sebab sudi dtg jumpa dkat KLCC and sudi keluar sampai entrance untuk hantar aku ke bas despite tgh hujan lebat waktu tu. I appreciate it. 

Then, 17hb ! Saya sampai di UMT dalam pukul 2 pagi, forgot to whatsapp my friend yg stay dekat hostel utk tak kunci pintu (saya nk tumpang tidur bilik dia) and i thought dia kunci pdahal dia tak kunci pun pagi tu sebenarnya sbb dah tau i will come to her room. sebab taknak kacau i naik lah tingkat 3 blok asrama tu sebab situ ada bilik study, so saya tidur di meja bilik study and bangun dengan sakit belakang dan tengkuk sebab tidur dengan tak selesa hahahhaa. 

Pukul 9 saya ada appointment dengan my supervisor untuk tunjuk slide presentation. Ada beberapa pembetulan yg perlu dibuat then saya dengan my fyp partner relaks relaks kejap pergi makan sambil bincang tentang final sem. Seriously nak tergelak since kami jarang sangatlah sembang tentang benda benda ilmiah ni. Pukul 11 saya ada appointment lain dengan Lecture one subject ni sbb ada problem sikit saya mmg tak ada mood nak cerita dekat sini. Teringat pun jadi sakit hati so malaslah nk cerita. Habis jer appointment tu mmg mood down gilaa jadi serabut nak fikir dah lah tengah ngantuk penat semua lah sebab baru jer sampai dari KL. Saya pun nak pergi tenangkan diri sorang sorang dekat area pantai. Sempat lagi tetido sekejap sampai pukul 1.30 tengahari dekat meja tepi sungai tu. Waktu ni tenang jer rasa sbb dpt tidur, ada angin dari pantai, dengar lagu and tengah sorang sorang. Then petang tu saya ada kelas sampai 6 petang. (lupa nk baagitau 17hb tu kami dah start hari 1st semester baru, cuti dah habis)

Isnin, 18hb Not so good day. Its also a stressful day. Saya banyak dengar bad news dari classmate dan ramai betul kacau saya dekat whatsapp. Saya reply supaya tak kacau saya sampailah lepas saya habis present fyp saya. Meeting program malam tu pun saya tak pergi sbb saya mmg sangat stress and banyak kerja nak kena buat. 

Selasa 19hb, my presentation day, malm tu saya tidur around 12 malam and bangun balik pukul 5 pagi to get ready, saya antara manusia manusia yang present sesi 1 and i am so so nervous !


Tapi Alhamdulillah, saya selesai present dengan jayanya, hanya beberapa teguran utk perubahan daripada panel penilai dan saya memeang rasa lega sangat. Habis jer present, saya dengan partner saya terus cuba utk selesaikan satu lagi masalah kami sem ni yang mmg tu pun saya malas nk cerita. Kalau saya cerita memang berganda ganda panjang post kali ni. Belum dapat selesai tapi saya rasa nak balik rehat kejap. Saya ada kelas pkul 3 so banyak lagi waktu terluang untuk rehat. 

Malam tu saya sambung stress lagi hahahah serious mmg stress gila sampai saya macam loading banyak benda, banyak blur, tak boleh nak join kawan kawan ckp apa sebab asyik fikir psal problem saya tu. Padahal saya baru habis FYP presentation sepatutnya saya nk relaks relaks dan jimba dlu kejap tapi tak boleh. Tentang elektif sem ni lagi tak tau nak ambik elektif apa sebab jadual banyak clash. Pressure sngt sampai saya banyak kali drop add subjek sampai terdrop subjek wajib semalam sebab saya tersilap tekan. Cuak saya waktu tu nasib baik boleh add balik. Saya kena hantar kerja semalam tapi saya penat sangat saya cucuk earphone dan buka youtube nak dengar lagu lagu then tak perasan tertido. (Youtube saya dapat free dari pukul 1 pagi smpai 7 pagi selama sebulan) Saya terbangun pukul 5 pagi sbb alarm semalam saya lupa offkan. Charge phone then saya sambung tidur balik sampai pukul 8.30 pagi. Kena bangun sambung buat kerja sebab pengarah program nak hantar surat ke company harini.

Harini saya selesai 2 benda yg saya stress. Saya dah jumpa elektif yang tak clash dengan subjek lain dan memang rasa lega sangat. Lecture pun cancel kelas then memang tenang lah sikit harini so thats why saya dapat tulis blog ni. 

and thats all i think from me. Harapnya, next next week will be smooth sailing day sampai lah hari terakhir final semester ni. Doakan saya supaya terus tabah mengharungi final semester ni dan dapat graduate on time iaitu on November 2019. Saya akan cuba untuk terus kuat walaupun tau final semester ni pressure dia lain macam punya lah. Tapi kena letak dalam otak, saya dah nak graduate dah so sabar sikit lagi. Saya rasa habis jer belajar nanti saya kena buat sau post baru bertajuk "apa yang anda perlu buat untuk tak jadi macam saya" yes saya banyak buat kesalahan waktu degree ni yg menyebabkan saya menyesal. Saya masa tu memang tak tau apa apa since saya pun anak sulung tak tau degree ni macam mana. Course biologi marin waktu saya masuk awal awal dlu saya memang tak tau apa apa. Takda orang yang boleh bagi nasihat untuk saya macam mana untuk tak buat kesilapan. Banyak yang saya kena muhasabah diri balik dan saya harap anda semua yg membaca akan buat yang lebih baik untuk kehidupan universiti anda semua. Tapi saya tahu, habis belajar ni saya pasti akan rindu kehidupan degree saya. 



Sekian ~



Wednesday, January 30, 2019

Thinking hard

Hello everyone,

Image result for thinking hard

I'm having mental breakdown ! I dont know what to do, actually these days i have many thing to think, to do, to solve, to finish and to CHOOSE ! yeah, and now im in trouble to choose.

Memilih, yeah iya sangat menyusahkan saya skrg. Biasanya, i know what i want, biasanya tak susah untuk buat keputusan sebab i know what exactly i like. Tapi, the situation now is different. As you must know or maybe you are new to my blog and may not know that i am final year student. So what every final year student should stress now, is our FYP and OUR INTERNSHIP !!!!

Yeah, saya sekarang tengah bercerita tentang hala tuju untuk Latihan Industri saya yang bakal bermula bulan Jun nanti ! Wei rasa macam cepatnya waktu berlalu. Saya tak ready, takut, berdebar, nervous hahahaa semua lah ! Saya tengah pening dekat mana saya nak buat internship/praktikal saya ! Awalnya saya fikir nak buat dekat dengan rumah jer, waktu tu otak saya fokus nak buat dekat HUSM, hospital tempat saya lahir but recently saya dpt tau biasanya yang buat intern dekat sana student biokimia. Maka, saya terpaksa kuburkan impian untuk berada dekat dengan rumah. Saya stress sangat haritu fikir bila dapat tau tentang tu. Sampai migrain. Ahh, saya memang kalau stress yang melampau dan banyak fikir saya akan terus kena migrain. hmm, waktu tu saya takleh fikir dah, so saya bagitau my mom sbb haritu saya dah yakin and dah bagitau dia saya nak buat dkat HUSM and my mom ofcourse setuju sangatlah. So saya bagitau ibu saya saya tak dapat nk buat dekat HUSM dan saya stress tak tahu nak pilih dekat mana. Saya nak pilih apa yang saya suka but at the same time saya taknak internship ni nanti menyusahkan parents saya. Saya taknak buat jauh jauh sebab thinking of my parents. Sedih rasa nak menyusahkan mak bapak, asyik kerja mintak duit.

Tapi ibu reply balik bagitau takpe, ikut jer saya nak pergi mana, she said that my dad and her will send me there, and will pick me up after finishing my 3 months internship. So ibu mintak hantar senarai tempat intern yang sesuai untuk student biomarine. Then, saya send slide yang pensyarah share. She said that dekat Kelantan takde tempat yang sesuai dgn jiwa saya. HAHAHAH she know i love working outside bukan kerja dalam pejabat.

Sebenarnya, for me lah saya nak intern di pulau. or area area pantai where i can be near to marine life and nature. Itu jiwa saya. Tapi i cant choose. Tak taulah kenapa. Stress ni nak fikir. And biasanya kelayakan tu banyak yg saya tak layak mcm lesen diving. Saya belum ada lesen diving tapi bercadang nak buat sem depan. I already talk about that to my parents since the cost is too much i think.

So semalam, saya bercadang untuk berhenti dulu fikir tentang ni. Saya nak sambung fikir dekat rumah. HAHAHHA saya akan balik lusa malam and im so excited !!!! So dekat rumah boleh bincang depan depan dengan my parents and i will feel more better like that ! Surround by my lovely siblings and parents ahhh i dont know how much i said this alreadyy but Ya Allah I REALLY REALLY REALLY LOVE MY FAMILY !!!! Pergi mana mana pun saya teringat dorang, nampak other kids main main, i think of my siblings. Ahhhh tak sabar nak balik !


I am the happiest when i am with them.

Extroverted introvert

Assalamualaikum,

Finally realize something in my whole life that i actually not so extrovert ! Actually aku ada terfikir tentang apa status social aku to my surrounding. I can socialize with people but also love my time alone.



I came across one article earlier and decide to write here. It is about Extroverted introvert. The writer wrote about some sign if you are extroverted introvert and yes all sign suit me ! ALL ! and im shock. Because many friends of mine think that im very good in socialize mybe because they always saw me as cheerful person with a lot of laugh and smile while i actually not. I may laugh and smile because im comfortable with my surrounding and might also be quiet because i feel lost in that moment.

I actually a person who love a time alone, yeah maybe now not so like being alone at night because im scared hahahhaha but i can really be myself whenever im alone. Its not like i always need time alone but whenever i feel exhausted from people, whenever i feel that i already given enough enery for that day then i will shut myself up stay at the back and just keep silently watching other around me.

Many people know that i love watching drama alone. Thats why i do when im alone, it is like silently observing and can having fun on my own. I also love reading since i love everything with story inside. I would like to knoe why and always have curiousity alone but never try to ask other.

I may look bad to others as if im judging them in my mind but no im not. If i dont like you and dont know you i will never realize and care anything about you, but first of all never insult what i like. I can accept anything and try to forgive but not if you insult whatever i like and love.

I also dont usually too open to others. I mean i never talk too much about myself to others more than what i write on my blog. I feel more comfortable to write it here rather than talking. I dont know whether anyone i know will read this but this is what i prefer.

I am not a good person, i have many negative side of me. but i know im human i can have that side and know i can easily make mistake. I have people i dont feel comfortable with but i try to act well with them. Although you guys may think that i look hypocrites because of this but for me, i am mature enough not to let my feeling interfered my daily life. I have many bad habit that i always do maybe because i feel used to.

but whatever it is, i will try my best not to disturb others,i try my best not to make everything hard for people around me, i will ty not to be a nuisance to others life. If i can do it myself then i will do it without asking for others help.

I have habit not too be a nuisance to my parents. I cant help not to ask for their help if its not too stressful. I cant bear to ask for money everytime i really need. I have many siblings under me so that is maybe why i selalu say takpe, itsokay, aku okay jer. Aku selalu mengalah in many situation because im used to.  So here i want to say that, guys, even if i look weak, look always mengalah to others but please, jangan sesuka hati nak mengarah dan mengatur hidup aku. I really hate that !!! Seriously ! Aku paling tak suka bila dibebel, dimarah. Even dekat rumah pun mcmtu. I can do many things on my own but if they told me to do so, scold me to do so i always rebel. Please dont force me to do something. Please... i cant help but really get frustrated because of that

Maybe that is why i can categorize myself as Extroverted introvert, because i actually can get tired easily with people. I dont like them to interfered and try to control too much in my own fucking life. I can socialize having fum with people, listen to them, share to them but in the end of the day,i need to get a rest, alone without anyone trying to disturb me. I hope that in the future i will not feel pressured to please and care of  everyone feelings in the first place, afterall in the end of the day, only i care on my own feeling.


Monday, January 28, 2019

Not an usual semester break

Hola !

This is actually my first post for 2019 ! 



Asha here, seeking time and leisure to write in my beloved blog ! Its 29 January, Tuesday 2019, im still here in my university, UMT. but fyi now is semester break for degree student. I have done my semester 5 and finish my final exam on 17th January. but why im still here ? in UMT rather than have a relax sweet time at home.

I blame myself for that hahahaha, Im quite pack this semester break to get ready for my last final semester before i graduate. Busy with my final year project (lab analysis), my club programme and also busy preparing for next semester big event. So, terpaksa lah sis yg selalu homesick ini berkampung di Terengganu even in semester break.

Biasanya, sebut cuti jer, confirm aku balik rumah. Tak menyempat ! Habis jer final pukul 12/1 then pukul 3 ptg biasanya aku dah naik bas, pukul 6 biasanya dh sampai Kota Bharu. Aku mmg dikenali sebagai manusia yang sangat suka balik and sangat sayang rumah, rareky to see me spend time in Terengganu during holiday tapi sekarang, im still here.

Oh, but its okay, i already bought my bus ticket. Im going home maybe for a week before come back again here. Saya akan balik Jumaat ni to spend Chinese New Year holiday with my family and hometown friends. I miss them !

Oh, actually saya baru jer balik dari KL, few days ago. Program kelab to have delegation with other universities at zon tengah semenanjung Malaysia. we visit 4 university. 3 private uni and 1 universiti awam. Balik jer dari Kl, saya demam and dpt sore throat yg agak teruk with addition of ulcer/ulser (i cant remember the exact spelling) dekat my throat. Sakit, susah nak minum, and ofcourse cant eat. I spend 2 whole days laying on bed sleeping, and on the first day i cant even eat anything nor drink something. I actually have many plans to do on those two days but i cant. My kelab penasihat siap call apa semua but i dont have any energy to do work. My pengarah program call and whatsapp asking when i will conduct my meeting with my team but im really sorry to tell that i cant do that stuff for now. Im very tired physical and mental hahahaha.


UKM (Bandar Baru Bangi)


Sunway University (Sunway City)


MMU University (Cyberjaya)


UniKL MIAT (Sepang)


Ah, but now im okay, even i still have a little bit ulcer/ulser there but still i can and drink already. Sunday, i already have energy to do my work. I already start my lab analysis and will try to finish it before Friday ~ (Friday is the day i will go home !)

I will go to KL for two more activities. One is for event sponsorship (i'm the sponsorship director for cesf19) and another one is for career fair. Im in charge to bring rombongan UMT to the Mega Career and Study Fair (MCASF 2019) at KLCC. Heol im that busy and yeah ofcourse gonna prepare for my final year project progress presentation that gonna will be organize on the first week of new semester. Hope everything went well.

Sekarang ada satu lagi keserabutan di kepala which is kena cari tempat internship ! Saya tak jumpa lagi tempat untuk buat latihan industri and saya tak dapat buat my internship dekat kelantan since takde tempat yg suit me well. Habislah, the penyelaras for intership already said that by MARCH we all should already have place to do so ! Sakit kepala nak fikir aduhai.

and here a few pics from my laboratoy work.


Analytical balance ~


My working space


Bunch of egg crab from one sample.


Egg crab under dissecting microscope

I think thats all from me today, i will write again later when i have time. For sure its gonna be after i have relaxing time at home. Excited because im gonna meet my family and will have sweet time meeting my hometown friends ! I miss them all !

Ahh, and i'm also want to share few pics of my first ever visit to Putrajaya hahahaha. Its my first time there. So, this post gonna end with my picture. Till then, bye :))