Wednesday, April 17, 2019

Officially a certified diver

Hello Assalamualaikum.



Asha here again, and today I want to talk about my experience buat lesen diving di Pulau Perhentian. Before I forgot all the details better lah I tulis skrg hahahah. Bear in mind that today post is a little bit long hahahaha. Bersabarlah dengan bebelanku....



Untuk ada lesen diving actually mmg benda tu adalah aku punya impian lah sejak dpt buat degree on Marine Biology. Memang dah minat main air dari kecik and tak pernah ada fobia air walaupun aku pernah hampir lemas waktu kecik dulu tapi memang never thing that as something that will make me fear of water. Sebenarnya nak buat diving ni tahun lepas lagi with my roommates since waktu tu aku baru dpt duit from Wang Ehsan Kelantan utk student IPTA RM 1k tapi masalahnya waktu tu laptop lama aku yg since 2010 tu buat hal. Skrin rosak and aku cuak takut everything dlm tu hilang before dpt replace sbb laptop tu 8 tahun dah memang banyak file penting lah so aku bagitau my parents nak guna duit ehsan tu untuk laptop and buat lesen tu biarlah dulu kalau ada rezeki boleh buat tahun depan.

So my roommates and other classmates buat lesen dive waktu cuti mid sem 4 kalau tak silap aku and aku balik rumah waktu tu. Ish kalau cerita meleret macam ni jadi panjang pulak post ni so aku shortkan terus ke hari buat lesen lah yer.

Dipendekkan cerita I finally decide utk buat lesen tahun 2019. Already talk to my parents about that and they said okay jer so I proceed lah. Kebetulan kawan kawan yg dah ada lesen dive nak buat fundive sama sama so aku pun join sekali and I was joined by two of my classmates Sharunya and Fahmi utk buat lesen Open Water Dive ni di Monkey Dives Long Beach Pulau Perhentian Kecil. 3 orang jer from my coursemate yg buat lesen dive tahun ni dan yang lain lagi 5 just join untuk fun dive. Malas nak cerita harga buat lesen since harga akan berubah ubah ikut tempat, hari blab la bla.

Kitorang buat lesen waktu cuti mid sem baru ni. I balik rumah (Kelantan) hari Selasa petang then stay sampai Isnin, saje nak spend time dengan family sebab cuti kan. Pagi Isnin bertolak balik Kg Pak Tuyu (rumah sewa di Terengganu) and esoknya bertolak dlm 5.45 pagi dari Pak Tuyu ke Jeti Perhentian di Besut. Kebetulan one of my roommates yg Chinese tu rumah dia area jeti so menumpang lah dia. Dia pergi jugak Perhentian tapi 11hb sbb dia just buat fun dive since dia dah ada lesen. Konvoi dua kereta, kereta Suan which is ada aku as penumpang and kereta Fahmi yg tumpangkan Sharu sekali. 7 lebih kami sampai di Jeti. Makan/bungkus nasi untuk bawak pergi pulau since makanan dekat pulau mahal naww. Ayah Suan yang belanja kami breakfast pagi tu hehehehe thankyou uncle.

Kami naik bot 7.45 pagi then sampai entah pukul berapa tah lupa dlm sejam rasanya perjalanan ke Perhentian. Sampai tu kena jalan pergi Monkey Dives punya tempat then disambut oleh instructor dive kami Niel and John. Foreigner yang baik gila. Nanti aku letak gambar gambar dengan dorang. Lepastu kami kena isi borang sikit untuk tngok okay ke tak utk dive sbb dive ni bukan benda main main. Then proceed dgn briefing and lepastu kami kena tengok video knowledge pasal dive. Ada 5 video semuanya and satu video tu berdurasi selama hampir satu jam OMG ! Oh lupa, kami jugak dpt buku manual open water dive yang sangat berwarna warni and mmg tak bosan lah tngok. Dalam tu ada latihan latihan utk each section and kami kena tengok video sambil jawab latihan dlm buku tu. Team dive kami utk 4 hari tu ada 5. Aku, Sharu and Fahmi and a sweet couple, foreigner student from USM Penang, Maryam from Iran and Kemo from Libya. Kami tngok 3 video dlm pukul 12 lebih kami boleh check in penginapan. Oh pasal penginapan omg it’s a dorm share laki perempuan. Memang culture shock habislah tpi aku dpt katil atas rasanya better lah. Sambil membayangkan hari hari mendatang kena tidur tanpa bukak tudung.

(permandangan dari dorm)

Pukul 3 ptg kami dibawa masuk ke shallow water paras dada tpi sebab air pasang kan tetiba jer air paras dada tu jadi paras dagu agaknya and aku ni pendek terpaksa berjengket guna fin yg aku pakai tu. First time kena menyelam walaupun air cetek jer tapi aku tak panic pun Cuma aku tak dpt stabilkan diri utk buoyancy aku dlm air. John dgn Niel sruh kitorang melutut dlm air, aku cuba untuk melutut tapi masalahnya aku terapung balik naik ke surface. Eh takdelah sampai surface Cuma point penting dia aku xdpt stay dkat dasar. Punyalah beberapa minit gak cuba utk stabilkan diri and I finally boleh buat jugaklah Cuma still susah. And then dorang (the instructor) ajar kami skills dlm air. I actually forgot dah semua tpi yang aku ingat adalah tentang cabut regulator dari dlm mulut, clearing mask dlm air incase mask kabur or air masuk dlm mask. Memang naya lah wei air masuk mask. Agak kelam kabut jugak aku hari first because that was my first time memang naharom teruk gila dgn buoyancy apa semua.



Then kami dibawa ke Batu Nisan (dive port yang kedalaman 8m) kat situ still kelam kabut jugak aku tpi aku cuba tenangkan diri like calm kan diri sendiri. It goes quite okay walaupun banyak kali buoyancy hancur terus menyembah ke dasar bumi hahahahah memang kelakar gila lah first dive. Balik dari dive dia ajar pasal part part dekat BCD,regulator,tank semua tu. Kami kena simpan alat sendiri disattached semua dan bilas dgn fresh water. Petang tu lepas bersihkan diri kami kena sambung tengok 2 lagi video sambil buat latihan dlm manual (This part was pretty boring and sleepy but its actually very important and we need to focus) Pukul 6 kami dibenarkan rehat sampai ke pagi hahahaha. 

Petang tu aku nk tidur tapi dekat dorm panas bak hang sebab eletrik mana ada waktu siang di pulau so aku pergi lepak dekat hammock sambil merasa angin pantai (I actually sangat rindu moment ni). Malam pergi makan dengan Fahmi and Sharu and then g sembang tepi pantai psal macam macamlah then dlm pukul 10 lebih dah masuk tidur since penat and esok kena dive lagi.

Pukul 6.15 pagi aku dh bangun dengan sendirinya padahal aku set alarm pukul 7 lebih. Aku terus bangun mandi and pakai suit renang terus sebab pukul 8 dah start gear up untuk dive. Aku pergi tepi pantai ambik gambar sunrise Masya Allah sangat cantik.



Lps breakfast terus dengar briefing and belajar mcmana nak set up diving gear tu. Regulator, BCD, Oxygen tank, LPI, First stage blab la bla, Weight lagi and everything lah. 2nd day ni kami dibawa ke Batu Nisan lagi untuk belajar skills. Kami kena belajar skill cabut BCD dalam air, cabut mask dalam air. Oh cabut mask dalam air sangat mencabar bagi akulah sbb aku risau aku trsedut air masin guna hidung. Perit pedih lah wei. Then lepas cabut mask tu aku kena berenang without mask dlm air hanya ada regulator. Punyalah kuat aku tutup hidung. 

Lepastu belajar lah cara cara waktu emergency. Contoh kalau tgh dive tiba tiba tak jumpa buddy dlm air and banyak lagi lah skill skill penting yg lain. Then kami naik ke darat utk quiz then jawab FINAL TEST ! yeah kami jawab final test boleh bincang. Its quite simple and relax so korang jangan risau lah pasal test. Pukul 3 petang kami dive lagi kali ini kami dibawa ke D’Lagoon yang kedalaman 13.5 meter. Aku dan quite good waktu tu utk equalize and quite stabil dlm air. Siap main main lagi dlm air dgn my buddy yg bangang teruk. Buddy I si Fahmi tu is so crazy korang tau dia buat lawak dalam air OMG kalau aku gelak confirm lah air masuk mask so memang tak terkira berapa kali aku kena keluarkan air dari mask sebab tergelak cam bangang betul dia tu. Aku dah start seronok dengan dive waktu tu and having fun dalam air. Cuma masalah biasa aku bila naik bot jer lepas diving terus kepala pusing pening sebab aku ni seasick bila naik bot. So bila dorang duk bercerita dengan seronoknya dlm bot aku memang lemau lah sebab pening so Instructor asyik ingt aku stress sbb dive sbb muka aku lesu tak bermaya gila padahal yang lain duk rancak sembang. Padahal aku seasick jer and very happy about the dive. Malam tu kami makan burger jer sambil sembang sembang dekat tepi pantai macam biasa.

Third day, sekali lagi bangun pukul 6 lebih then pergi mandi and pergi tengok sunrise lagi. Pukul 8 lepas breakfast kami terus gear up untuk dive yg ketiga. Sebelum dive kami diajar utk baca kompas dalam air. Lupa pulak haritu 11hb coursemate aku lima org lagi join kami utk fun dive. So pagi tu kami actually tunggu dorang sampai. Lepas belajar baca kompas kami dibenarkan rehat for 10 minutes and waktu tu ternampak coursemate kami dah sampai. Bapak excited sebab tersangatlah sendu hanya bertiga di pulau tu. So bila ramai ramai macam ni barulah seronok. Kami pergi dive utk kali ketiga di Blue Lagoon ke kalau tak silap kedalaman masa tu belum sampai 18m lagi. This dive is also fun and waktu ni kami sampai boleh main batu gunting kertas lagi dalam air. Kami dibawa ke Stingray Alley waktu tu and ofcourse we saw a stingray mula mula kecik jer yg ada blue spot then tetiba Nampak yang besar yg biasa kita tngok dlm tv tu and im so excited gila lah. Very fun I told you. Nampak nemo, dory and banyak lagi haiwan laut yang biasanya tengok dalam tv jer.



Then lepas 45 minit kami naik ke darat balik and then pukul 12 lebih kami dive for the last dive di Tanjung Basi yang kedalaman 18m. Cuak jugak bila turun guna tali tu you cant see dasar laut. Then kami dive cari area berpasir yang lapang sebab area kami turun dengan tali tu banyak coral. Then kami melutut di area berpasir and our instructor, Niel tunjukkan kami bacaan depth (kedalaman) and we reached 18metre depth and waktu tu aku amaze gila I already at 18metre depth without any problem. Then kami terus dive tengok coral and aku memang sangat happy waktu tu walaupun air asyik masuk mask and I need to clear my mask every 2 minuted I think. Terlalu kerap. Then kami di ajar buat backflip lah macam macam benda lah kami buat dalam air tu. Aku tengok aku punya gauge oxygen tank waktu around 90 bar and aku rasa sedih gila. Bila dah cecah 50 bar kita kena naik ke surface sebab dah kekurangan oxygen. Aku rasa taknak naik. Aku nak duduk jer dalam air jdi mermaid dlm tuu. Sampai 5metre depth kami kena stop kejap utk 3 minit and I dh lupa utk apa tpi mmg wajib kena stop utk stabilkan paru paru agaknya. Then naik ke darat with a sad feeling because that was our last dive. Pukul 2 kami kumpul balik utk isi paperwork utk lesen dan certificate and we done with our open water dive course. All the remaining hours is all mine.



Petang tu very relaxing evening since dah boleh relaks relaks, boleh lek lek lepak hammock and member pun dah ramai so rancak sembang lah macam macam cerita. Tak lupa jugak duk bermesra dengan rakan rakan baru yang jumpa di pulau. Malam tu kami semua dalam 6 orang nak pergi cari makan then ada sorang dive master tu recommend kami makan buffet. Malam tu malam last so semua macam on lah nak g makan buffet RM25 sorang walaupun kena jalan jauh sikit. Jalan punya jalan tu Masya Allah jauh dia sampai berpeluh peluh. Macam jungle trekking memang aku tak tipu penat dia sampai buat stop banyak kali. Pakat duk maki kami punya member sebab bawak kami pergi cari makan jauh jauh. Tapi lepas jer daripada area hutan tu kami disajikan dengan permandangan resort yang lawa. Ombak resort kalau tak silap, kawasan tu sangat lawa dan agak eksklusif dan private. Kami kena jalan sikit lagi lagu area tepi pantai and jumpa Shah Ri La resort (entah betul entah tidak ejaan tu abaikan lah yer) then naik jer tangga sikit jumpalah kawasan buffet tu. Dengan harga RM25 tu kami dapat pilih seafood satu jenis seorang dan makanan lain kami boleh ambik jer suka hati. Agak nice kawasan dia utk pasangan yg datang honeymoon sebab dia ala ala candle light dinner gituuu. Tapi kami kisah apa candle light dinner ke apa kami Cuma nak makan. Penuh meja kami ambik makanan malam tu hahahah !



Dalam pukul 10 lebih kami siap makan dan Ya Allah nak kembali ke bilik penginapan tu memang menguji tenaga. Perut tengah penuh dan kami terpaksa mendaki bukit lagi sekali hahahaha rasa nak terkeluar balik isi perut adoi. Sampai sesat waktu dalam perjalanan balik tu sebab gelap and semua pun penat. Tapi bila sampai di pantai tengok meriah sangat orang tengah tengok fire show so kami join tengok sekejap then lepastu decide untuk bersembang dekat hammock di Monkey Dives.



Esoknya, kami kami yang ambik lesen dive ni dah tak ada apa apa aktiviti dah, kawan kawan yang datang buat fun dives pagi tu ada satu dive lagi before dorang check out so dlm pukul 8 lebih macamtu dorang gear up and turun ke laut. Aku relaks relaks dekat tempat biasa aku iaitu hammock merah terchentaa. Dalam pukul 11 pagi kami siap siap untuk check out sempat lagi aku makan megi pedas gila perisa ayam bakar tu sambil tunggu kami punya Instructor utk naik ke darat utk mintak sign dkat dive log kami. Then, kami ambik gambar and say goodbye dkat our lovely instructors, rakan rakan yg dikenali di pulau and also Maryam and Kemo our team dive. Pukul 12 tengahari kami naik bot ke Jeti Kuala Besut. Kami keluar dari Pulau Perhentian membawa seribu kenangan.

Last but not least, i am very happy to actually archieve my goal for 2019 which is to have a Diving License yang aku memang dah berangan nak dapat sejak aku first year degree Marine Biology.



Its actually hectic week for me but saya cari jugak masa untuk update sebelum saya malas dan lupa segala details. I need to submit my thesis omg, wish me luck everyone :))

p/s : more picture down here :))


sis pantang nampak kamera, trmasuklah waktu dive dlm air. terus angkat peace hehe


Dalam air susah nak communicate so kita guna telepati hahahaha ! takdelah, dlm air kita akan belajar sign sign bahasa isyarat.


with the prettiest indian girl in our batch. 


My dive buddy, si Fahmi aka the President of Marina Club (Marine Biology student's academic club) for session 2018/2019

up sikit jawatan member hahahaha

Ah, fyi Marina Club ni kelab utk wrga biologi marin from 1st year sampai 3 rd year. Nanti kalau korang dpt sambung kos biom korang akan join kelab tu lah as kelab wajib korang for 3 years. kelab lain korang still boleh join. Cuma Marina Club ni automatik korang jadi ahli if korang dpt kos biomarin. 


Dari kiri (Sharu, Fahmi, Our Instructor Nils, Boatman and me)


Us


Our last dayyyy.


Alan who actually taking his Instructor license here take this picture.


Look how happy i am hahahaha ! Yes I am VERY VERY HAPPY to meet and get to know them all.