Tuesday, October 30, 2018

Goodbye hectic tired October

Hai, Assalamualaikum



Finally esok 1st November. 2018 makin menghampiri penghujungnya. Taknak cakap psal the future November tapi nak bercerita tentang October yang penuh kepenatan,kepayahan,keseronokan semua bercampur aduk dalam satu bulan. 

October is my month ofcourse,  i was born on 12th October and i finally celebrate my 21th Birthday. Dulu duu waktu belasan tahun kerap kali membayangkan bagaimana lah aku di saat usia 21 tahun. Takde yang istimewa hanya angka yg menambah, beban dalam otak juga turut meningkat. 



Dari kesibukan sebagai pelajar tahun akhir dengan kelas dan assignment, kesibukan diri dengan final year project dimana perlu sampling, buat lab analysis serta proses menulis proposal and borang borang lab yg banyak cerewetnya. Ditambah dengan kegedikkan pegang jawatan MT dalam kelab. Dan sambung join volunteer programme bawah RRC. Memang kerap kali migrain memunculkan diri saat saat stress yang melampau. Tambahan pula, bulan ni tak tahu mengapa banyak sangat gunakan duit. Pening uruskan kewangan sendiri dkat sini.

Walau macam mana pun, itu semua lumrah kehidupan, kita sebagai manusia perlu juga lalui dan menjadikan jalan cerita kehiduoan kita lebih menarik. betul tak ? Walaupun penat tapi tetap seronok mencipta pengalaman baru, mencipta perhubungan persahabatan baru dengan orang yang baru dan turut mencipta memori di UMT. 

Aku ingin tetap terus tersenyum. Memang moto kehidupan yang membuatkan aku ingin hidup lebih baik dari hari semalam. Ingin menjadi lebih bahagia dari hari sebelumnya. 

And perasaan paling besar sekarang adalah aku ingin pulang berehat di rumah, sekejap pun jadilah tapi aku nak balik. Minggu ni minggu terskhir before student umt start cuti mid sem. Aku sepatutnya dpt balik hari Rabu lagi sebab sepatutnya Khamis aku tak ada kelas tapi hmm written proposal fyp beum siap lagi, lab produk marin kena buat hari Khamis so i need to finish everything before balik rumah lah sbb confirm dekat rumah aku tak buat kerja kaan. 

Resume eop belum siap, Video cv belum siap, proposal fyp pun belum siap warghhh otakkk. Pressure jugak tapi cuba bertabah hahahahah ! Dan bulan October ni memang banyaklah lecturer lecturer nak buat test before cuti mid sem kan. and skrg kami dah selesai buat test Produk Marin, and Biod Marin.

Selain stress dgn kerja aku tetap enjoy jugak dengan kawan kawan join programme, join dinner, join event yg seronok yang ada dekat UMT ni haa. Semester ni aku membusy sambil berseronok dengan kelab CPC. aku diamanahkan jadi MT kelab bersama 13 orag lagi. Rasa seronok berada dalam kelab ni walaupun busy banyak kerja, tapi seronok berkawan sebab ramai yang sempoi gila gila. Kerja kami adalah tengok movie thriller ramai ramai dekat Indezone bila free. Rasa macam family bila duduk ramai ramai dekat indezone lepak tengok movie. Mula rapat bila jadi makcik pakcik bawang lepas habis program lepastu terus ngam semua satu kepala. Paling takleh blah ada satu malam lepas JMK tu kitorang stay dekat Indezone tengok movie Unfriended Dark Web dengan The Clinic. bila part yg agak tak sesuai ditonton semua bising suruh tutup mata bongok betul tetiba ada orang ketuk pintu indezone semua menggelabah suruh skip part dewasa tuuu HAHHAHAHA serious huru hara malam tu dengan gelak jeritnya penuh emosi fuhhh. 

Tadi petang aku baru selesai test PKI tetiba terlupa nak baca part Talak siot betul hilang markah situu. rugi gilaaa. tapi biasa lah, sekejap jer rasa sedih sbb sbgai student kita kena move on kaan HHAHAHA ! minggu ni minggu last then cuti mid sem so excited nak jumpa The Sisters sebab katanya semua dapat cuti serentak. Nak balik buat Samyang Challenge dengan adik adik Y Allah i miss my siblings.

Lepas habis cuti mid sem terus sambung untuk cuti konvo. tapi sem ni aku bertugas untuk hari konvo bawah kelab aku so aku kena bertugas di dewan konvo hari isnin dan selasa. Dah pegang jawatan so bertabahlah cuti jadi pendek. Ni maunya jeles dengan orang orang yang dah konvo bila bertugas nanti confirm ! Wei tabahlah hati, sikit lagi dah nak habis belajar. Semoga kuat untuk tamatkan pengajian peringkat ijazah ini.

Aku tak tau lah apa aku melalut tulis post kali ni sebab aku tulis dari 28hb October lagi sebenarnya, asyik tak puas hati dengan penulisan sendiri so banyak kali save jer tak publish. Aku dgn Zue baru bagi prof kitorang komen kitorang punya draf untuk written proposal tu so berdebar jugaklah nak tunggu feedback dari supervisor kitorang. Hujung minggu ni nak g sampling sikit sebab lupa ambik gambar abdomen ketam ketam semua tu adoii.

Actually sembang nak balik ni tapi tiket bas balik Kelantan belum beli lagi nih. Esok kut habis kelas EOP, alang alang nak g Indezone sebab esok aku bertugas jaga bilik sampai 5 petang, haah sebab aku tak ada kelas. Khamis 1 NOV 12-2 ptg ada lab Produk Marin. tak tau lah kena buat apa we will wait and see jer lah. Oh Khamis pun aku jaga Indezone so rasanya aku akan stay sampai malam kut nk siapkan proposal fyp tuu sebab dekat sana wifi laju lepastu sejuk ada air cond hehehehhe.

Eh panjangnyaaaa cerita. Rasa macam nak berhenti di sini sahajalah. Bye October hahahah kita jumpa lagi tahun depan iye October, jangan sedih sedih sangat walaupun kau ni lah bulan yg membuatkan aku stress sampai naik migrain tapi kau adalah bulan paling fav sebab bulan kelahiran aku lah kaan ececece. Okay bye readers :))

p/s : EXO comeback 2 November tauuu ! Dont Mess Up My Tempo ~~~ Im the excited EXOL here ^^



Friday, September 28, 2018

What a weekend !

Hello and Assalamualaikum,

Image result for hello

Update blog guna wifi UMT since sekarang aku berada di Fakulti PPSMS tunggu housemates dua orang tu siapkan kerja di lab. Oh jangan pelik aku tak buat kerja lah sebab kerja lab aku belum start lagi. Harini pun ponteng sampling kerana masalah teknikal hahah. Kesian pakcik pakcik dkat LKIM tu sbb actually kami dah janji dengan dorang nak datang pagi tadi. So ceritanya ialah..

Lagi beberapa hari before September melabuhkan tirainya, kami yg berada di Terengganu ni mengalami krisis air. Sejak dari pagi kelmarin 27 September 2018 takde air. Actually aku sedar lewat yg Terengganu takde air. Pukul 5.45 pagi aku bangun tu, air masih ada dan aku kalut bersiap siap untuk pergi sampling fyp ketamku di LKIM. Dalam pukul 9 lebih balik ke Gong Badak dan g makan bersama roommates dekat kedai nasi dagang area UMT tu. Balik dengan bau hanyir ikan aku terus mandi lah bila sampai rumah. Alhamdulillah waktu tu rumah sewa still ada air walaupun sbenarnya waktu tu dah banyak tempat yg air dah start takde. Pakcik rumah sewa kami bgtau rumah tu ada guna air tangki so kami satu rumah memang tak sedar air dah takde sbenarnya. Kemain lah dorang ni semua mandi, masak, basuh baju apa semua.

Image result for tiada air

Aku takde kelas hari Khamis full day and taklimat FYP minggu ni pun batal sebab nak bg peluang persediaan proposal fyp bagi yang belum present. So aku sambung tidur dan terbangun pukul 2 lebih nak terkencing HAHHAHHA adoiii waktu tu lah trsedar air dah takde !!!! Tunggulah sampai pkul 5 lebih Suan call nak datang ambik guna toilet dekat PPSMS lepastu kami g beli makanan kejap dekat pasar malam and balik makan dekat rumah. Dekat rumah waktu nak makan tetiba takde eletrik pulakkkkk. Siap makan lek lek jer elektrik ada balik. haih.

Malam tu sebenarnya nak lepak dekat lab lah sebab dekat rumah tak ada air nanti susah nak cari toilet tapi ada masalah sikit malas nak cerita panjang so pusing lah nak g lepak mcdonald. tetiba haih mcdonald full, kfc full, pizza full tak tau nak g mana so balik lah rumah hmmm bosan teroksss.

Katanya krisis air ni sampai pukul 4 pagi jer tapi aku bangun 5.45 pagi tu nak mandi nk g sampling still tak ada air. tunggu punya tunggu still takde air so aku ws zue (partner crab) ckp cancel lah harini. So sambung tido, pukul 12 tgahri tadi still tak ada air, nad dgn suan ajak g mandi dekat fakulti. Oh lahai weekend ku hancussss gara gara tak ada air.

Sebabnya aku kena sampling 2 kali seminggu. So sbb hari sabtu aku dengan zu dua dua ada program so kami pilih lah hari Khamis dan Jumaat tapi hari ni dah takleh pergi sampling dah. Kacau plan betul. Kena g sampling pagi Ahad. tu yang malas tu.

And skrg ni aku dekat ruang solat tgh download cerita guna wifi UMT HAHAHAHHA, lajuu weii dengan aircond lagi haa terus malas nak keluar dari sini. Nad dekat lab BIOD duk melukis dia punya christmas tree worm and Suan duk isolate dia punya fungus fungus tuu. Kejap lagi lah kut nak g menjenguk dorang kejap.

Okay thats all cerita weekendku kali ini.

p/s : oh esok Sabtu aku ada program shadow tapi aku bukan peserta. Aku just jaga kaunter pendaftaran and merit kalau tak silap. Program Shadow under kelab CPC.

Saturday, September 8, 2018

Semester baru bakal bermula.


Hai Assalamualaikum. 

Harini Sabtu terakhir aku berada di rumah... and gonna back to Terengganu on Tuesday morning since Dr. Hafiz buat kelas biod marin pkul 8 pagi hari Rabu... Not feeling well today but still want to update my blog. 

Finally, semester 5 bakal bermula, dan bermulalah fasa baru sebagai student final year ! Wow cepat gila masa berlalu and i feel nervous ! Pejam celik pejam celik dah 2 tahun jadi student BIOM yang penuh pancaroba serta onak dan duri hahahah apapun, still dapat survive sampai sekarang demi segulung ijazah. 

Cuti sem 3 bulan ni dipenuhi dengan aktiviti mereput di rumah serta a few busy week untuk preparation final year project. I have already write my post on my final year project proposal presentation that going smoothly well and last week i already done my sampling for this month. Not yet finish since i need to do some sampling in October also on my crab Charybdis natator 


Selama seminggu saya dan partner yg turut conduct nearly same study but with different species under same supervisor, berulang alik dari Kota Bharu ke dua sampling site iaitu di LKIM Tok Bali dan LKIM Kuala Besut. Kami kena ukur carapace ketam dan ukur body weight serta check sex maturity of the crab. If we found the berried female crab, kami kena bawak balik the egg to the lab for egg fecundity analysis that need to be done after 3 month preservation. 




Penat tapi quite lucky since i have kawan waktu conduct sampling ni. Jadi perjalanan ulang alik dari Kota Bharu ke LKIM tak ada lah membosankan sangat HAHHAHA ! Berjalan kaki hampir 4 km setiap hari dan meredah jambatan panjang tu tak rasa penat sebab duk bersembang gossip bergelak ketawa sepanjang jalan. Kekadang ada orang orang kampung yang baik hati tolong tumpangkan. 
Banyak benda yg dpt belajar waktu sampling ni, macam macam perasaan ada HAHHAHA.

Sekarang ni memang tengah stay mereput dekat rumah kah, rehat rehat before start sem. Dah daftar subjek haritu 26 Ogos and dpt dftr 22 jam kredit. Pening tak tau nak ambik subjek mana. Jadual sem depan agak longgar sikit maybe sebab subjek Final Year Project tak termasuk dalam official jadual. Sem depan selain busy dengan akademik, mungkin akan busy jugak dgn aktiviti kelab. Dpt jawatan under CEC mmg busy lah agaknya harap tak jejaskan apa apa In Shaa Allah. 

Ada macam macam perasaan bila semester nak start ni, rasa malas nk balik nak hadap assignment and labwork serta lab report tapi teringin nak balik nak jumpa kawan kawan dan roommate. 3 bulan tak jumpa lama jugak tuu. 

Rasanya sampai disini sahaja coretanku kali ini... bila lagi entah dapat update blog. Kita tengoklah nanti kalau ada tajuk best untuk dikupas kan ?


Sekian, Wassalam :))

p/s : cuti 3 bulan aku habiskan banyak chinese drama. tukar taste sekali sekala dari drama korea. Maybe nanti boleh up post tentang chinese drama yg boleh recommend dekat korang. Stay tuned !






Sunday, July 29, 2018

Scaredy cat.

Assalamualaikum and hai readers :))

Image result for scaredy cat

Nak bercerita lagi sbb tadi aku tengok cerita hantu hahahha, aku ni suka tengok cerita hantu sbb thrill kaan tapi sebenarnya aku ni penakut hahahaha ! Bukan mcm penakut sangat but macam suka terbayang macam macam, suka insecure ada benda pndang lah wktu masuk tandas, ada benda lintas lah. haa memang sngt negatif fikiran klau bab bab benda haluss ni.

Actually aku takde lah penakut sangat waktu sekolah dlu, time skolah dlu memang orang panggil aku hakak hakak kawasan, kakyong macam tuu so klau budak kelas aku tau aku ni sbenanya penakut haa mmg kena bahan, Aku selalu bajet tak takut bajet berani taknak orang tindas sbenarnya kaan, nanti ada orang pijak kepala kalau kita lemah sangat.

Waktu sekolah tu mmg bnyklah kes histeria apa semua, mmg terkesan jugak dlm jiwa, takut apa semua tpi takde lah penakut seteruk sekarang tak tau lah mybe sebab skrg dah jarang balik rumah, duduk asing dari family tu yg jdi bertimpa timpa perasaan takut and plus memang suka tengok cerita hantu, thriller tuu yg asyik terbayang.

Then waktu dkat asrama mmg agak penakut gak tpi selalu acah berani, tpi dkat mtrik, toilet mmg dekat sangat dekat sebelah bilik jer so takde lah takut nk g toilet, tpi dkat umt hostel, i punya bilik first and jauh dari toilet so aku ada perasaan seram sikit nk g toilet mlm mlm. Pernah trjadi bunyi alarm pukul 6 pagi nk bngun dri katil trdengar ada org jerit from toilet punyalah takut sbb masa tu dlm bilik aku sorang, roommates smua balik rumah since dorang org trengganu. nak keluar tuu takut gila, sminggu jugak pergi toilet mintak suan tak pun iman tolong teman. takut siss HAHAHAHAHHAAH bapak penakut weii akuuu !

ada wktu tu kitorang nk g hiking so bangunlah awal dah pesan dkat iman awl awl sruh teman bangun mandi pkul 4 pagi, aku bangun gosok tdung dlu, rasa mcm lama sngt nk bukak pintu nk tngokk iman ni mne tak dtg dtg lagi, bila bukak kau tau tak trkejutnyaa aku dia berdiri dpn pintu dgn tuala dkat kepala mmg menjerit aku pkul 4 pagi tu trkejuttt ! wei nk trgugur jantung nasib baik tak menangis jer trkejut sngt hahahahaha ! mmg kena maki lah jwbnya iman pagi tu, huda dri jauh duk gelak, haram betul perangai.

and bila duk rumah sewa takde ah takut sngt shinggalah kena duduk sorang dkat rumah wktu pilihan raya tu since smua balik and wktu tu aku ada test takleh balik jadah serious aku carut sbb aku takut haaaa ! benciiii ! aku tak tidur dua malam sbb wktu nk tidur trbayang sesuatu dkat tingkap hahahaha bongok enn dahlah tingkap takde langsir adoii otak otak ! trus kluar bilik pasang tv kuat kuat tak tidur sampai pagi, lepas subuh baru tidur smpai tengahari, and duk merayu dkat si suan dgn nad cptlah balikk takutt hahahahhahaha omg apa penakut sngt akuu ni. call ibuu mengaduu, punyalah risau ibu bila dngr aku duk sorang, berpuluh puluh kali ibu call taknak aku rasa sunyi and to add the disaster, wktu tu laptop aku rosak takde hiburan langsung sedihhh ! nasib baik the next day farahin dgn zu datang tidur dkat rumah teman akuu and then rasanya suan and nad balik hri sabtu fuhh lega !

kaan teruk kan aku punya scaredy cat, tpi aku sbenarnya tkut kalau sorang jer, klau ada ramai org agak berani sikit kuttt. waktu tngok cerita hantu, haa sichhin tuu siot betul menakutkan gilaaa adoii ! tpi aku still tngok jugak cerita hantu sbb aku suka hahahahaha, and biasanya suka heret suan tengok sekali.

p/s : macam mane nak kembali kepada Asha yang tak penakut nii ? stop tengok cerita hantu ? tak best ah centuu hahahahah.

Saturday, July 28, 2018

Nightmare !

Image result for nightmare in sleep

Hai, Assalamualaikum readers :)) looking from my tajuk and gambar tu boleh korang teka ke apa aku nak cerita kali ni ? okaay let me be frank.

Semalam after lama dah tak de mimpi ngeri, tetiba aku termimpi benda yang scary. Maybe sbb aku terlalu banyak tengok movie yang thriller sampai terbawa bawa ke alam mimpi. Aku jarang biasanya termimpi yg buruk buruk ni tapi smlm i got one and aku smpai ingt balik apa yg aku mimpi. Biasanya orang jarang ingat apa yg dimimpikan dlm tidur semalam kan, aku jarang ingat and biasanya mimpi aku takdelah seteruk semalam. 

Aku terbangun around 1.50 am smlm sbb trkejut, benda first aku buat setelah bangun adalah bersyukur gilaa sebab aku dapat bangun dari mimpi tu, aku bersyukur ianya hanyalah sebuah mimpi. Sebab you know mimpi tu seriously rasa real gila sampai terketar ketar tangan aku belah kanan. nak tau kenape ? let me cerita mimpi aku tuu. Not lying, just truth from last night nightmare !

Image result for nightmare in sleep

I cant remember why tapi yg aku ingt aku and ada beberapa org lagi duduk dalam satu rumah. Cant remember the faces of them but i remember kami disusun ikut nombor and aku nombor 7. aku partner dengan sorang perempuan ni yg nombor 8. Nak tau tak nombor tu untuk apa ? Nombor tu adalah nombor giliran kami akan dibunuh dgn specific cara. Contohnya partner first orang yg no 1 no 2 kena tembak di kepala and the killer done it in front of everyone in the house. Lepastu like tnggu skejap like aku kena tnggu lama lah before turn aku dgn partner aku tuu. then start from no 5 sampai ke nombor berapa tah tak tahu kena bawak pergi area public where ramai berkumpul dalam bangsal ke dewan i dont know tapi bilik tu panjang mcm dewan peperiksaan mcmtu and malap, there's people watching the killer kill people. Giliran org no 5 dan no 6 di panggil ke depan untuk kena bunuh. Aku dgn partner aku yg aku tak ingt rupa tu kena tnggu di ruang menunggu. macam orang bodoh tak cakap apa, tak nangis pun, mind kosong blur ikut jer orang sruh buat apa, but aku ingt aku rasa mcm nk lari tapi takleh nk gerak. just duduk pasrah dlm bilik menunggu. 

Ada tv dkat area bilik menunggu tu utk tayangkan apa jdi dkat ruang tempat dorang bunuh mangsa. Partner before aku tu kena bunuh dngn cara cabut gigi and biarkan sakit perlahan lahan dan mati. Kuku dorang pun kena cabut. SAKIT ! aku takut gilaa tengok tapi aku tak nangis pun dalam mimpi tu. Then dorang keluarkan mayat bungkus dalam plastik dan campak depan orang orang yg tengah tngok mcm tngok show tu, the next that i remember, kami berdua no 7 dan 8 kena panggil keluar, tak kena heret pun kami keluar mcm rileks pasrah dah idk warghh ! Kami kena stay dlu dkat blakang barisan orang yang tengah tngok show tu dan dorang pandang pandang ke arah kitorang lah, dorang tau lah kitorang ni next mangsa. Kitorang kena tnggu sbb killer tu nk set up barang barang utk bunuh kitorng pulak. Then bila siap, that guy killer buat isyarat sruh jalan ke depan like isyarat, "come, its your turn !" bodoooh ! nak carut rasa bila ingt balik mimpi tuu mcm arghhh aku taknakk mimpi mcmni lagi rasa real gilaa. Waktu jalan tu, orang duk sorak sorak macam beruk sumpah geram bila ingat balik mimpi ni ! 

Then masuk dalam bilik bunuh tu ada dua org yg pakai mask lelaki perempuan dgn set up bilik mcm dlm klinik gigi. HAHAHAHAH aku dah lah mmg takut dgn klinik gigi. So aku kena pilih dlu nk tamatkan hidup aku ditangan siapa bodoh lahhh ! Tak tahu lah kenape aku g bilik yg laki tu mybe aku nmpk prempuan tu scary kut. yg partner aku tu kena baring dkat kerusi cabut gigi dkat prempuan tuu. Oh actually kitorang tak kena mati dngn cabut gigi, kitorang akan dibunuh dgn cara kelar di pergelangan tangan, so thats why aku bgtau tdi wktu bangun dri mimpi tu prgelangan tangan aku rasa menggeletar kan. Aku cam rela jer kena bunuh wei time tu tak tau lah kenape bangang sangat. Then killer tu cucuk apa tah dkat gusi bapak sakit and i remember i jerit dlm mimpi tuu. memang berdebar hahahahhaa nk kena bunuh kaan ! then dia cucuk lgi dkat lengan before ambik pisau utk kelar area nadi tu butttt, thats the time aku rasa mcm wei aku kena bangun aku takut, lpstu aku terbangun dari mimpi ngeri tu. The End HAHAHAHHA. 

Image result for nightmare in sleep

bangun check phone trkejut baru satu lebih. aku tidur awal sbenarnya smlm lpstu whatsapp piqa sbb takut sangat HAHAHHA. takleh nk tido balik sebab still teringat mimpi tu haa nanti kang tidur balik termimpi benda sama. tak mau ! So aku scroll lah twitter smpai aku rasa lega. tengok gambar exo, gambar yoona, video video concert smtown smlm sebelum dapat tidur balik. 

p/s : jangan ingat aku reka cerita tauu, wei ni betul betul terjadi dalam mimpi aku smlm, takdenya aku nk reka cerita nk bayangkan aku kena bunuh no way ! menakutkan weiii !

Trust issue.

Image result for trust issue

Hai, assalamualaikum.
I am back :))

Aku baru selesai buat english class utk my adik adik and i have free time again hahahaha. Terasa nk menulis tentang sesuatu and i recalled back dgn satu tweet yg i baca di twitter tentang trust issue. They said, people who have trust issue will always get paranoid because they afraid everybody will lie to them.

Aku jdi manusia yg trkait dgn trust issue because of my past experience. Sejak past experience tu terjadi pada aku, aku jdi paranoid. Walaupun ada someone confess they like me, i will doubt it. I will think that he only try to game me. Not only in relationship, i also have trust issue in friendship. I mean a new friendship. I actually trust my babes The Sisters and my bff in matriculation, Syafiqah so much and i have nothing against them. I love them and i trust them so much. Tapi untuk mencari atau membina sebuah persahabatan yang baru tu, sukar bagi aku sbb trust issue ni. Sebab, aku jadi not open. Aku tak suka ceritakan rahsia aku pda orang. I stay closed all the time and just cerita benda benda yang bagi aku not a secret. I actually a good listener to my bestfriend tpi i memang jarang sangat nak bercerita masalah dan rahsia pada org lain. 

Image result for trust issue

In a relationship, i dont trust man anymore. and i tend to grow hate to playboy and sweet talker. I hate them so much. Dulu zaman sekolah aku ada ramai kawan lelaki. Ramai yang cemburu kata aku gedik whatsoever (pernah get depressed because of this) IM NOT LIKE THAT ! tapi skrg di universiti, berapa kerat jer aku berkawan dengan lelaki. I will talk if he is a group mate, a friend of friend yeah just in a friend tone. Entahlah i dont know sampai bila nak rasa macam ni. Kalau tanya best friend aku tentang trust ni, mereka tau berapa kali aku menangis sebab kepercayaan aku pada org hancur. Sebab aku terlalu percaya, salah aku terlalu letak kepercayaan. 

Dekat universiti ni pun pernah menangis atas sebab yg sama. Malah ada yang lebih teruk. Memang dah tertutup hatini untuk percaya orang baru dlm hidup. Hmm. Tapi takpe, despite from having this kind of issue, i actually have a strong way to stand up and stand for myself. I have my own way to cheer myself up. 

In Shaa Allah, mungkin aku akan bertemu dengan orang baru yang mungkin aku boleh percaya seperti mana sekarang aku sayang dan percayakan kawan kawan aku The Sisters dan makcik durian from KMPP hehehe.

Goodnight :))

Monday, July 23, 2018

Throwback : Kajian Kerja Lapangan di Pulau Bidong

Assalamualaikum and Hai :))

Harini, aku update panjang sikit dari kebiasaan kerana artikel kali ini contain pengalaman dan kenangan aku di Pulau Bidong selama 4 hari pada tahun lepas.


Aku baru teringat yang aku tak pernah cerita lagi tentang pengalaman join kajian kerja lapangan di Pulah Bidong. Haritu ada tulis dkat word jer tpi file tu hilang so let me taip balik lah. It was my first time pergi pulau seumur hidupku. Meh join sis throwback sikit memory tahun lepas.

Tak ingt dah tarikh rasanya 20 Ogos 2017, iye setahun telah berlalu. Waktu tu kami cuti sem lps tamat semester 2. Subjek Kerja Lapangan ni merupakan subjek wajib utk pelajar tahun 2 so kita kena lah prgi buat kajian dlu dkat pulau.

4 hari kami di UMT, dua hari rabu dan khamis kami menjalani latihan water confident di kolam UMT dan membuat prsediaan barang barang makmal utk dibawa ke pulau. Jumaat dan Sabtu adalah hari berehat before prgi Pulau.








Hari Ahad pagi kami bertolak naik bot doscovery umt utk ke Pulau. tak silap rasanya 10 buah bot discovery digunakan utk membawa pelajar biomarin tahun 2 2017/2018 brsama para lecturer, staf makmal, volunteer, tukang masak serta barang barang berat.











prjalanan dari jeti Pulau Duyung ke Pulau Bidong rasanya dlm 2 jam setengah. mabuk ke tak ? aku mmg seorang yg mudah pening dan suka muntah, tapi mmg tahan gila taknak muntah so aku tidur di spanjang prjalanan. 30 minit before nk sampai tu baru aku bukak mata dan menikmati prmandangan di tengah laut. kami dlm 79 org student biom second year sesi 2017/2018 ni telah dibahagikan kepada 4 kumpulan besar. satu kumpulan 20 org.

Aku berada dlm kumpulan 1. Kami telah ada jadual utk aktiviti spanjang 4 hari di Pulau Bidong. so sbb aku kumpulan 1 confirm lah aku akan cerita tentang jadual kumpulan 1.
sampai di pulau, kami kena bergabung tenaga angkut barang dari bot ke darat. ni kenangan sangat beratur tepi pantai pass pass barang dkat org sebelah. penginapan diasingkan laki prempuan semestinya kaan dan diasingkan ikut kumpulan mcm kumpulan aktiviti. so korang mmg tidur dgn member grup korang jer. untuk mengeratkan uhwah rasanya so takde lah gaduh gaduh waktu nak buat kerja kaan.





Lecturer lecturer selalu bimbang dan momokkan kami tentang ketiadaan air di pulau bidong tapi alhamdulillah waktu kami pergi tuu takde langsung masalah air, semua dpt mandi dan gosok gigi dengan tenang dan selesa.

So aktiviti first kumpulan aku adalah physical parameter dan biological. maknanya kami kena naik BOT lagiiii ! kumoulan 1 dibahagikan lagi kpd 2 grup kecil consist of 10 members each. aku di grup 1a kami kena ambik parameter air laut sperti suhu, arus, kekeruhan air and banyak lagi lah. kami jugak kena ambik sample air laut di dua station yg telah ditetapkan. manakalabot satu lgi conduct biological activity which kena collect plankton, dan bethos (marine life yg hidup di dasar laut) di laut.









Kami naik bot tu dlm pkul 3 guys. it so hot and omg tgh perut ada isi lps makan tghari tdi. and guess what arus air laut pun terumbang ambing aduhh tringat gila saat malapateka bg aku, muntah teruk di atas bot. oh no, aku still dpt tahan tak muntah atas bot, aku muntah di dlm laut hahahaha, takpe kasi plankton nutrient tambahan di laut berkat makan tghari before tu.

Mmg otak bercelaru tak dapat lngsung nk fokus buat kerja. paling worse bila bot dah berhenti makanya bot trumbang ambing dan aku pening gilaaa, tahap nk pengsan. sis is kennot with this kind of situation, rasa brsalah pun ada pda teammates sbb tak dpt membantu sngt wktu buat kerja ats bot tu. pdahal dorang pun ada pening jugak. hmm cedihhh. tu lah aktiviti pling truk bagi aku di Bidong ni. so sbb rasa brsalah tuu, sampai jer di darat dlm pkul 5, lps mandi dan solat tak makan terus prgi start buat analysis utk chlorophyl test. sampai ke maghrib buat then teammates yg lain sruh g makan dlu. dorang gnti kerja, but aku rasa brsalah so makan cpt cpt dan dtg balik smbung buat. dlm pkul 9 tu before lecturer panggil briefing team physical parameter dh pun siap simpan brg dhh 😍 sronok gila dpt siap awal dan dpt tolong team biological sorting marine animal yg dpt collect ptg tdi. oh and kumpulan lain iaitu kump 2,3 dan 4 pun trut buat kerja masing masing ikut jadual. ada grup yg buat microb, and mcm mcm lgilah lupa dh apa dorang buat sbb bukan kumpulan aku 😂

Pkul 9 mlm kami ada briefing, briefing ke hah org panggil? ia mcam ahh conclusion utk hari first. lecturer akan tanya setiap grup apa dorang buat hritu, apa yg prlu ditambah baik, apa yg bagus dorang dpt hritu. dan nasihat atau tips utk next kumpulan yg akan buat aktiviti sama pada keesokan harinya. lps diskusi tu kami semua smbung buat kerja smpai 12 mlm.


tgh sorting benthos







ni waktu aktiviti microb


ni waktu sesi bercerita apa yg jadi haritu yg pkul 9 tuu.


esoknya hari kedua klau xsilap kumpulan 1 buat aktiviti sehari suntuk di pantai vietnam. pantai di dlm kwasan pulau bidong jugak cuma dari tmpt pnginapan kami kena naik bot utk ke sana. pagi kami buat aktiviti sediment collection dan apa tah nama aktiviti tu lupa, mcm ukur dan lukis graf pantai. i forgot dah apa namanya. Aktiviti ni okaay jer takde masalah sngt cuma kami kena ukur low tide pada wktu pagi,so confirm lah air tgh pasang wktu tu dan memang budak laki dlm grup kami kena menyelam utk ukur low tide (air surut) nasib baik ada sorang tu bawak gogle dan camera yg boleh bwk masuk air. smpai ke tghari kami buat kerja smpai rasa trbakar kulit nii haa.







tghari tu kami balik ke tmpt pnginapan utk solat, brsihkan diri dan makan tghari. pkul 3,kami naik bot kembali utk ke pantai vietnam utk aktiviti microplastic dan water confident. best laah weii masuk laut. kebahagiaankuuu. dlm pkul 6 ptg kami start trus aktiviti bird watching smpai ke magrib. Penat Ya Allah usah dikata. kami adlh grup last yg smpai ke tmpt pnginapan. mlm tu kami sorting sample air dan buat aktiviti microb. dan mcm biasa ada diskusi utk tau apa jdi hri tu.


aktiviti bird watching


esoknyaaa hari ketiga ! hari yg ditunggu tunggu !


Ya Allah kebahagian sngtt hari ketiga ni. Kami buat aktiviti snorkelling dan manta tow ! mmg sronok sngt sbb kami dpt buat aktiviti berat dlu mcm physical parameter activity di hari first. snorkelling ni kami kena tngok jenis coral dlm laut dan catat ikut jenis korang kena buat PIT atau Quadrat. aku mls nk terang tpi aku buat quadrat utk aktiviti ni. aku no problem bab masuk air walaupun pagi tu kedalaman laut adalah 3 meter sbb air pasang. biasanya hanya 2 meter jer yg pernah masuk iaitu di kolam umt tu. walaupun aku pendek 1.5 plus plus meter sahaja ketinggian tpi no hal lah sbb aku pro HAAHAAHAA kakiku yg pendek ini still berguna dlm air ecehh 😂 kami buat aktiviti ni brpsangan actually tpi sebab air pasang partner aku tak berapa confident lgi lgi dgn arus deras pagi tu. so volunteer yg jaga kami dlm laut wktu tu teman aku ke tgh laut nk cri kawasan quadrat aku since partner aku tak dpt nk move ke dpn. siap aku punya quadrat aku trlupa nk ambik skate board partner aku weii bapak penat kena berenang ke tepi balik utk ambik slate board dri dia. kesian dia tak dpt gerak weii. takpe aku xrasa susah pun nk tolong since result ni aku jugak nak guna nnti. members grup kenalah saling tolong menolong kan. so aku pun selesaikan jugak quadrat partner aku. takde lah susah mana since aku catit jenis coral dan growth form tu dkat slate board aku so aku dpt siapkan kerja dgn cpt. ahli grup lain rmai lagi tak siap so volunteer tu ckp pusing pusing lah dlu enjoy view dlm laut. im so happy oh my god that is heaven ! lawaa yg amat dgn ikan ikan berenang, nmpk obor obor lagi waduhh kebahagian ! bila dh penat barulah aku berenang ke darat. terus baring tak hingat dah dekat tepi pantai dgn member grup satu. lpstu selfie lah ramai ramai.





yg board kecil putih tu namanya slate board. tmpt utk catat data dlm air so data tak hilang.
lab assistant akan tolong belikan slate board ni utk semua, kita just kena bayar jer laah.

slate board ni mmg disekalikan dgn pensel yg trikat dan tali getah yg senang kita nak sangkut dkat life jacket kita ataupun di pergelangan tangan. 

so takde lah slate board ni jatuh ke dasar laut waktu kita buat kerja. karang jadi marine debris haaa !




aduh panjangnyaa cerita, penat dh tpi nak cerita lagi sbb next activity lagi BEST 😍 MANTA TOW ! ni adalah aktiviti dimana korang kena pegang pada board yg diikat dgn tali brsambung dngn bot dan bot akan tarik kau sekeliling laut utk korang tgk pmndangan dlm laut. at first before prgi bidong, aku takde confident lansung nak try aktiviti, oh lupa nk cerita aktiviti tak wajib pun just suka suka, klau korang berani korang boleh lah nk join. kalau korang takna korang boleh jer duduk rest dkat tmpt pnginapan. so before sampai di pukau bidong aku tak yakin dgn diri sndiri. aku fikie negatif gila, klau trlepas board mcmne, klau tali ptus mcmne, klau tetiba kaki cramp takleh brenang mcmne. hahahahaha mcm mcm benda negatif aku fikir.

tpi sbb tdi sronok gila buat snorkelling aku xfikir pnjang trus on nk join aktiviti manta tow di pantai vietnam. seriously aku rasa xmenyesal pun join aktiviti tu smpai rasa nk buat dua kali weii lawaa gilaaa dlm laut Ya Allah aku speechless wktu tow tuu. So kami pecah dua grup sbb kumpulan 1 rmai yg brani so 5 org jer yg taknak buat manta tow ni. half members kena tnggu dlu dkat jeti while half lagi buat manta tow dlu. aku trmasuk half ygbuat dlu. aku takut jugak sbenarnya so xbrani nk buat dlu so aku tnggu lah yg lain trun dlu. aktiviti ni buat gilir sorang sorang. first person, diyana buat dlu wktu dia buat tu bot tarik dia di dlm laut aku rasa mabuk nk muntah sbb aku rasa bot bawak slow gilaa. start dh episod mabuk aku aduhh aku mmg takleh naik bot tapi aku okaay dlm air. so before aku muntah pelangi aku volunteer jdi org yg kedua. ya, aku trun dlm air sbb aku rasa nk muntah ! then lps turn aku tu aku mintak dgn lecturer nk g snorkelling area jeti pulau vietnam tmpt yg other half lgi tgh tnggi sbb aku mmg takleh dah weh duduk atas bot mmg mabuk nak muntah.

Image result for manta tow

Image result for manta tow
ni gmbr dari pakcik google jer sbb aku xjumpa gambar aktiviti manta tow dlm gallery laptop aku.
gmbr tuu mmg betul gmbr aktiviti manta tow.

so siap buat manta tow tu, aku dpt g snorkelling area jeti pantai vietnam smbil tnggu ahli kumpulan 1 yg lain slesaikan manta tow, sronok yg ampun lawaa gilaaa marine life dkat kwasan tu lagi lawa dari kwasan aku snorkelling pagi tdi. dkat pntai vietnam ni mybe sbb ada jeti so kawasan dia gelap sikit and aku nmpk marine life dkat situ tend to be more colourful, ikan dan coral berwarna warni dkat bawah jeti dan ada yg melilit dkat tiang jeti. Indahnya ciptaan tuhan.
mmg hari ketiga tu paling bes bagi aku so sbbtu part ni paling panjang hahahaha,aku excited plus rindu wktu cerita benda ni.




tuu aku lah tuu yg tgh buat up love tuu hahahaha 
nmpak tak ke-excited-an akuu di situu 








sbenarnya takde lah confident sngt brenang klau takde life jacket tu. boleh jer sbenarnya nk brenang sbb dh try skejap cuma tak brape confident bila kaki tak jejak tanah. so dgn bantuan life jacket tu kita akan rasa lebih confident utk brenang situ sini hahahhaa. so org yg tak reti brenang pun tak payah risau sbb kita ada life jacket, korang cuma jangan takut air jer. rugi nanti.

ni gmbr member member grup 1 yg dah siap aktiviti manta tow dan tgh snorkelling bebas di pantai vietnam. ada volunteer tgh jaga dan perhatikan kami dari atas so kami mintak tolong ambikkan gmbr hahahaaha


Petang tu ada aktiviti trawling. semua kumpulan dari kump 1 smpai 4 trlibat pda wtu yg sama. oh cuma prlu hntr wakil sahaja dua org. setiap kumpulan kena hnte wakil 2 org utk naik bot. aku mmg tak lah kaan no way nak naik bot. confirm bot wktu trawling akan sangat slow yg ampunn dan mnybabkan mabuk yg luar biasa so i choose to rest. ptg tu duk baring baring dlm hammock smbil ambik angin pantai. pkul 5, lecturer panggil yg mne yg takde kerja brkumpul utk gotong royong. esokkan dah nak balik so kena lah pastikan kawasan panginapan ni bersih mcm sewaktu first day hritu.






ni ptg lps team trawling balik.
tgh sorting hasil dapatan waktu trawling.


ni tgh buat preserve sample dari hasil trawling utk bawak balik UMT


ni waktu lecturer lecturer tgh excited jumpa parasit dlm ikan yg dapat sewaktu trawling.









dan ini adalah gambar swaktu gotong royong.

Malam last tu heaven sikit bergurau senda tak ingt dunia, smbil selesaikan kerja yg belum siap dan key in data dalam laptop dari hasil setiap aktiviti yg telah dijalankan sepanjang 3 hari di sini.




si jack ni try pakai kain pelikat







Macam aku ckp tadi, malam last ni agak relaks sebab dah tak banyak kerja dah, boleh bergurau senda, nyanyi ramai ramai, buat lawak, gossip, and apa apa lah hahahaha ! 

  Esok paginya, kami berkemas dan bertolak balik ke UMT. 



Wei sampai UMT kami bukan dpt rest tau, kena terus makmal utk smbung buat aktiviti analysis chlorophyl. 





Before naik bot utk bertolak balik tu confirmlah kami bergambar kenangan dulu di Pulau Bidong, saje taknak post dlu gmbr nk post last sekali before aku publish post ni. Aku rasa bertuah dapat jadi antara yg join kerja lapangan ni. Walaupun penat, hitam legam sun burn, serta mabuk tapi pengalaman 4 hari di Pulau Bidong memang takkan dilupakan. Kerana subjek kerja lapangan ini lah kami pelajar tahun 2 biologi marin sesi 2017/2018 menjadi sangat akrab sbb banyak susah payah yang kami lalui bersama.

Walaupun begitu, subjek kerja lapangan ni tak berakhir di pulau jer, kami kena buat analaysis data di lab sepanjang satu semester iaitu semester 3 menggunakan sample yang kami bawak balik dari Pulau Bidong. Kami memang dah pun selamat presentation utk kerja lapangan dan dah pun siap hantar lab report yg setebal novel cinta kaki novel tu dekat pensyarah.




tengah berdebar tunggu giliran nak kena present


tengah kena tembak dekat dpn ni hahahahaha 
takuttt




tu gmbr done present. aku presentator yg kedua.
berdebar walaweii



ni gmbr done hantar report ni sem 3 yang lalu. tebal woo report ni !

Okaay rasanya itu sahaja ceritera panjang saya kali ini. Done throwback dan kami skrg pun danh bakal menjadi pelajar tahun akhir Biologi Marin ! Doakan kami semoga selamat menjadi dua lagi sem sebelum bergraduat. Dan dgn disertakan gambar gambar terakhir before kami tinggalkan Pulau Bidong tahun lepas.


ramai dah legam termasuklah lecturer. Ayaa jer yg maintain cerah flawless hahahah


Oh not to forget, classmate saya dlm gmbr ni semua bakal jadi student tahun akhir biologi marin bulan 9 ni ^^ 
Sama-samalah kita fight lagi dua semester untuk menjadi pelajar brgraduat bawah course Ijazah Sarjana Muda Biologi Marin dgn jayanya ! 



Ni pensyarah pensyarah yg join kami sewaktu di Pulau Bidong


p/s : semua gambar tu credit tu all my classmate yg share di fb, twitter dan juga group whatsapp. Thankyou for all the memories in Pulau Bidong, rakan rakan.

Gonna read about my experience at Pulau Perhentian for my open water diving license ? Come and read by ---> CLICK HERE !

*Update 21 July 2019
Hey, ive been reading my old post and wanna attached my newest post about my last semester ! Feel free to read my post on Tamat semester akhir !




Goodbye,,