Tuesday, November 19, 2019

Asha dah grad !


Hola, Assalamualaikum and salam sejahtera ^^

After 3 years of struggle degree student life ! Finally i could achieve it !

Saya tengah dalam lazy mood actually minggu ni rasa malas nak buat apa apa, tapi terfikir blog dah lama tak berupdate and saya pulak baru selesai satu event penting dlm hidup sndiri so i think i should share it here since i am better in writing rather than talking.

Baca tittle post kalini so you must already know that i want to talk about my own graduation ceremony ! Biasanya yg dtg melawat blog ni dah tahu yang saya merupakan pelajar Sarjana Muda Sains (Biologi Marin) atau in english Bachelor of science (Marine Biology) from Universiti Malaysia Terengganu. Sebab saya dh banyak bercerita tentang kisah dan pengalaman menjadi pelajar biologi marin sejak first year dulu. Awal awal tak sangka ramai yang berminat untuk membaca kisah saya ni. Bila tengok stats blog terkejut bila ramai yang datang membaca and saya pun start serius untuk bercerita tentang kisah sebagai pelajar biologi marin ni.

So, everyone ! Saya dah bergraduat !!! Alhamdulillah syukur ke hadrat-Nya ! Majlis konvokesyen saya telah berlangsung pada hari Sabtu lepas bertarikh 16 November 2019 (i'll never forget this date) di Dewan Sultan Mizan, UMT. Ia merupakan konvokesyen kali ke-17 UMT.



Sesi Fakulti Sain Dan Sekitaran Marin/Faculty of Science and Marine Environment (FSSM/FOSME) adalah pada hari pertama 16/11 sidang kedua dari pukul 2 petang hingga 5 petang. Pada sidang kedua tu, Kos saya Biologi Marin merupakan kos pertama yang dianugerahkan skrol pada sidang tersebut. Punyalah berdebar sebab kos sendiri mula mula dengan ramai orangnya. Actually saya nervous sejak pagi sabtu tu lagi. Tak lena tidur sebab nervous. Adik saya cakap pelik betul buat apa nak berdebar, bukan exam pun. Geram betul dengar. Itu yg saya balas balik ckp "kau tunggu turn kau konvo baru tau perasaan dia mcmana" Allahu memang takleh duduk diam sebab nervous sangat. Padahal one day before konvo tu hari saya ambik jubah konvo tu saya dah join rehearsal nak tau flow naik stage tapi still nervous sebab lately bnyk sangat gambar gambar stage yg circulate dkat sosial media, ada yg bulu tutup mata, ada yg mortar board atas kepala tu jatuh, budak budak kelas ada yg risau takut jatuh, takut muncung mulut, takut skrol jatuh atas stage. Ya Allah mcm mcm yang didebarkan.

Hari Jumaat, saya dengan beberapa org konvo berpakat dtg ambik jubah konvo. Jumaat tu sebenarnya hari last ambik jubah so pakat risau dapat jubah lama, tapi rezeki kami haritu dapat saiz s dan jubah baru. Saya nasihatkan siapa yg rasa diri dia pendek silalah ambik jubah saiz s (untuk student umt jer, sbb saya tak tahu saiz jubah uni lain)


haa, ni saiz s punya, elok utk org yang ketinggian agak 'comel' mcm saya hahahah !

Lepas kami ambik jubah tu kami masuk dewan utk rehearsal sbb kami esok hari first sidnag 2 dan kos kami kos paling awal. Jumpa lah classmate classmate yg turut dtg utk rehearsal. Lepas sesi rehersal, saya dan 3 lagi kawan decide nak buat pre-convo photoshoot dlm area umt sendir sendiri jer takde book photohrapher mcm org lain sbb bajet takde hahahah ! 


Sabtu, 16/11 pukul 1.15 petang, hari penting saya, kami beratur ramai ramai di bawah khemah yg disusun di depan area dewan konvo (DSM) mengikut kos masing masing. Sebab kos saya kos first maka kami beratur paling hadapan daripada kos kos lain dalam fakulti kami. Nearly pukul 1.45 mcmtu rasanya perarakan masuk kesemua 2 ribu lebih pelajar fakulti saya ke dewan. Rasanya dlm pukul 3 lebih, petugas konvo ke barisan kos kami dan menyuruh barisan kelas kami bangun untuk memulakan sesi penyerahan skrol. Dan akhirnya giliran saya pun tiba ! 


Gambar ini hasil kegigihan bff live streaming dari jauh sebab tak dapat dtg. Diorang yang tolong berdebar bersama sama saya dekat rumah. Kelakar betul, riuh group whatsapp kami mengutuk saya sebab saya agak berdebar lepas terima skrol tu dan nmpk saya jalan agak kaku mcm tiang. 

Selesai majlis konvokesyen tu, saya keluar mencari family saya, and bergambar sekejap sebelum saya minta izin untuk bertemu para pensyarah dan rakan rakan sekelas. Memang tradisi setiap kali konvokesyen untuk kos biologi marin, selepas majlis konvokesyen berlangsung, kami akan berkumpul beramai ramai bersama para lecturer, junior junior tahun 1,2 dan 3 serta beberapa alumni yang sudi dtg meraikan kami di tangga Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT. Memang disitulah kami akan berkumpul setiap tahun untuk meraikan pelajar biologi marin yang telah bergraduat pada hari trsebut.


Selesai sahaja sesi bergambar dan pemberian goodies bag daripada para junior, saya terus beredar dari situ sebab risaukan keluarga saya yang menunggu. Berlari lari saya dari tempat pertemuan family biology marine trsebut ke tempat keluarga saya menunggu. Taknak keluarga saya menunggu terlalu lama. Sempat juga kami sekeluarga berphotoshoot dan sesi menyarung jubah. Saya taknak kongsi dekat sini hahahaha sengaja nak simpan sendiri sebagai kenangan. Bawah ni saya share gambar saya bersama Ibu dan Papa. Belon dekat atas tu sebab adik adik menyorok dekat belakang dan mengangkat belon utk gambar nampak cantik kata dorang. Layankan jer lah !


Maka selesailah majlis konvokesyen saya. Selepas 3 tahun lebih saya akhirnya dikurniakan ijazah alhamdulillah ! Harap doakan saya semoga terus sukses di masa akan datang dan dapat kerja yang saya minat In Shaa Allah amin. Saya juga doakan anda semua yang membaca semoga sukses dalam kehidupan masing masing. 

1 comment:

  1. hi there! im 17 now and apparently soo interested in becoming a marine biologist especially after reading your blogs(study journey+ diving) hehehe thankyou for the contents kakak :))

    ReplyDelete

You may leave a comment here :))