Tuesday, July 9, 2013

MARHABAN YA RAMADHAN.



ASSALAMUALAIKUM WARRRAHMATULLAH HIWABAROKATUH ;)

Wah, sedar tak sedar, esok kita dah nak puasa kan ? Sungguh cepat masa berlalu. Rasa mcm baru jer masuk tahun 2013 sedar,sedar dah bulan Julai. 

Walaupun puasa, ia tidak menghalang kita untuk melakukan aktiviti seharian kita. Jadikan kisah para sahabat dan orang Islam yang pernah berperang ketika bulan Ramadhan iaitu Perang Badar sebagai suatu teladan yang patut kita contohi. Tentera Islam telah menang menewaskan tentera kafir . Hebatkan kisah tersebut .

Pada bulan Ramadhan ini, sekolah aku menganjurkan majlis Tadarus al-Quran dimana 30 orang peserta akan menghabiskan semua juzuk-juzuk di dalam al-Quran. Insyaallah. Doakan kami berjaya.

Esok, walaupun puasa, sekolah aku tetap mengadakan majlis penutupan Bulan Bahasa dan Science Fair dimana aku terlibat secara langsung untuk mengendalikan majlis. Harapanku agar majlis esok berjalan lancar walaupun mungkin kami agak keletihan kerana puasa pada hari pertama.

Sampai disini shaja penulisan aku ;3 


1 comment:

  1. selamat berpuasa, jom kita rebut bonus di bulan puasa :)

    ReplyDelete

^^ Taknak tinggal komen ker comel-ii dan kiut-ii semua :3