Wednesday, November 21, 2012

I-City Malaysia :))



hai.. cuti lmbat lgi abis kan,,,  so.. arinie nk rekomen tmpat trbaik pnyer utk BERCUTI :))

kalau yg masih belum prgi bercuti tue... jngn risau larh ! bnyk masa lgi nk prgi bercuti.. bukan kowrnk dah tak bleyh prgi bercuti.. bru bulan 11 kowt ! lmbt lgi nk AWAL TAHUN :))

arinie saie nk rekomen tmpat bercuti dan berEnjoy iaitu di I-City Malaysia , Shah Alam !

Taman Tema Snowalk :)


Taman tema Snowalk di I-City, Shah Alam telah pun dirasmikan pembukaannya pada Hari Krimas tahun lepas (25 Disember 2010). Ianya merupakan taman tema salji terbesar di Malaysia dan bernilai RM20 juta.
Antara tarikan utama bagi pengunjung Snowalk ialah iglu, istana, kapal dan jambatan gantung yang diperbuat daripada salji dan diserikan dengan cahaya lampu berwarna-warni. Terdapat juga pelbagai permainan musim salji yang disediakan di Snowalk iaitu gelanggang luncur ais, keretapi, gelongsor salji dan beberapa permainan kanak-kanak.
Tiket untuk masuk ke taman tema Snowalk adalah sebanyak RM25 bagi orang dewasa dan RM20 bagi kanak-kanak. Bayaran yang dikenakan itu termasuk dengan baju sejuk. Kasut pula boleh disewa dengan bayaran sebanyak RM10.
Snowalk dibuka pada jam 10 pagi hingga 1 pagi untuk hari Isnin hingga jumaat, manakala pada jam 10 pagi hingga 2 pagi pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. Taman tema ini sesuai untuk dikunjungi oleh semua golongan umur dan keluarga.

snowalk icity
I-City new Taman Tema Air 
SHAH ALAM 26 Sept. - Taman tema digital, i-City bakal memiliki satu lagi daya tarikan terbaru berunsurkan elemen air apabila memperkenalkan taman tema air WaterWorld@i-City pada November ini.
Taman tema tersebut menampilkan 'Tornado Ride' iaitu permainan air terkenal yang dipelopori di Kanada sembilan tahun lalu dan ia merupakan yang pertama di rantau Asia.

Menurut Pengarah i-Berhad, Monica Ong, permainan air setinggi tujuh tingkat itu menawarkan pengalaman seumpama terapung di ruang angkasa dan ia bakal menjadi permainan mercu tanda utama di i-City, di samping pelbagai tarikan di WaterWorld@i-City yang berkeluasan empat hektar.

"Kami berasa gembira memperkenalkan permainan air terbaru dan unik ini di Malaysia yang merupakan sebahagian daripada pembangunan WaterWorld@i-City bernilai RM25 juta.

"Taman tema air ini akan menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan, bersih dan selamat kerana tornado rekaan Kanada itu telah mengambil kira semua aspek fizikal dan kinetik agar keselamatan pengunjung terjamin," katanya ketika merasmikan pelancaran taman tema itu di sini hari ini.

Monica Ong berkata, pembinaan taman tema air yang sudah lengkap sehingga 80 peratus itu selaras dengan visi i-City untuk menjadi hab berasaskan teknologi di bandar raya ini dengan menawarkan aspek komersial dan hiburan.

Beliau berkata, WaterWorld@i-City juga menawarkan tarikan lain seperti kolam berombak lengkap dengan pentas dan skrin LCD, pengembaraan menyusuri gua berbatu yang diterangi lampu LED, jakuzi gergasi dan permainan gelongsor kanak-kanak yang boleh ditunggang untuk seorang, berkembar atau berempat.
"WaterWorld@i-City merupakan komponen hiburan keempat di i-City selepas berjaya menarik perhatian pengunjung melalu landskap taman lampu digital, tarikan pembelajaran dan hiburan salji serta taman tunggangan luar bangunan," katanya.

Beliau berkata, pada masa ini i-City berjaya menarik 90,000 pengunjung pada setiap minggu dan dengan pelancaran taman tema air itu, pihaknya menyasarkan peningkatan sebanyak 30 peratus pengunjung pada waktu siang.

"Kami berharap pengunjung terhibur dengan taman tema air yang baru ini kerana kami akan sentiasa memastikan pengunjung berpuas hati dengan komponen hiburan di i-City," katanya.



DONE KOPI PASTA :D

credit to Ezany.kun and Akhbar Utusan !





No comments:

Post a Comment

^^ Taknak tinggal komen ker comel-ii dan kiut-ii semua :3